Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH.
;;Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG.
::Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI.
::Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN.
::Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA.
::Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG.
::Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita.
Bismillahhirahmanirrahim...dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Assalammualaikum w.b.t.. Syukur kehadrat Allah Tuhan seru sekalian alam.. yang menghidupkanku dengan nikmat iman dan islam.. selawat dan salam buat kekasih yang amat kurindui Muhammad s.a.w..ahli keluarga Baginda,dan para sahabat... Alhamdulillah ya Allah atas kurniaanMu memberikan hambaMu ini sekali lagi kesempatan utk mencoretkan sesuatu diruangan ini setelah lama menyepi..
Bukan sepi sebarang sepi..namun sepiku bermakna...biarlah Allah
sahaja yang mengetahui segalaNya...sekali lagi jari jemari ini menari2 di atas
keybord sambil telinga didendangkan dengan alunan selawat...Allah sepi sungguh
malam ini.. walaupun langit disinari dengan cahaya bulan dan dihiasi dengan
jutaan bintang namun ku tetap terasa sepi...namun binkisanku kali ini bukan utk
ku membicarakan soal sepi.. namun untukku menukilkan kisah kehidupan yang
pernuh dengan pengajaran.. bukan sekadar cerita biasa.. namun cerita hati
J
Belum pernah ana rasakan nilai keihlasan yang sebenar.. ye mmg org
kata ikhlas tidak boleh dilihat..namun ikhlas itu boleh kita rasai kan...ukhuwah
yang terjalin mengajar ana ttg makna ikhlas.. ikhlas yang macamana?? lkhlas
yang sebenarnya dari hati..bila ana susah, sahabat2 dtg membantu tanpa dipinta
setia setiap masa disisi..tanpa mengharapkan balasan, tanpa mengharapkan pujian
sentiasa membantu dengan senyuman manis sentiasa dipipi..tidak pernah merungut
“aku penat” tidakk.. tidak pernah ana dengar dari bibir mereka...tulus hati
memberikan apa yang mereka rasakan sahabat2nya perlukan..kagum ku pada
ketulusan hatimu teman2ku... saat kita bertemu..kita boleh tertawa bersama dan
boleh juga mengalirkan air mata bersama...
Pernah juga dalam persahabatan ana ini diuji dengan pelbagai ujian
dan dugaan..kami pernah terasa hati disebabkan salah faham..mungkin tidak
sengaja melukakan hati sahabat yang lain tanpa niat..tetapi ianya mengajar kami
erti kesabaran..kesabaran dalam menjaga hati insan lain..mendidik dri kami juga
untuk lebih berhati2 tatkala bertindak agar tidak ada yang terluka..ia
menguatkan lagi ikatan antara kami... setiap insan melakukan kesilapan..sahabat2ku
tidak ego..semua sedia untuk meminta maaf dan memberi maaf kerana itulah ana
sayang kepada mereka.
.
“aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik
adalah sahabat yang seiring denganku dan menjaga nama baikku. Kuhulur tangan
kepada sahabat untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai
sahabat, akau semakin percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati
yang tidak luntur dalam suka dan duka. Jika aku dapat aku akan setia padanya” .
(Imam Syafie)
Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya...
Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...
Semalam dan hari ini
Tak kan ada yang sama
Hanya kenangan
Kepulanganku ke desa halaman setelah 3 tahun megembara ke
negeri orang untuk menuntut ilmu.. entah kenapa 3 tahun bagiku bukanlah suatu
tempoh yang lama..terasa baru sebentar disana..kini aku telah kembali semula
disini.. 3 tahun di Universiti Utara Malaysia memberikan seribu satu kisah
buatku.. untuk aku mengetahui makna sebenar kehidupan.. ye aku bangga kerana
aku ditakdirkan Allah untuk berada di universiti tersebut.. walaupun orang kata
universiti tu dalam hutan sekalipun xpelah.. bagiku aku sangat2 bersyukur
kerana jauh dari kesesakan dunia yang mungkin melalaikanku yang sememangnya
lemah dengan godaan dan sering terleka ini..jika hendak diceritakan satu
persatu ana rasa mmg takkan habis cerita ana.. kerana terlalu banyak kenagan
yang inigin ana kongsikan..
Ana Siti Solehah Binti Samsudin.. seorang insan yang tidak
mempunyai apa-apa..seorang insan biasa yang dikurniakan sahabat2 yang luar
biasa..kenapa ana katakan begitu sebab ternyata persahabatan di sini bukan
sekadar persahabatan biasa tp bagai sebuah keluarga..sahabat disini banyak
mengajar ana ttg nilai seorang hamba...
Cinta dan persahabatan
Tidak dinafikan lumrah manusia ingin mencintai dan
dicintai.. persahabatan ini juga mengajar ana ttg erti cinta..bagaimana kita
ingin menyalurkan cinta yang sebaiknya agar tidak tersasar dari landasannya..
mengajar ana ttg erti kematangan.. ye tidak semua yang kita impikan akan
menjadi milik kita..kita kena yakin setiap apa yang Allah berikan kepada kita
itulah yang terbaik..namun cinta sejati hanyalah untuk Allah Yang Maha Esa..
tidak sepatutnya kita melupakan kepada yang memberikan cinta itu ( Allah
S.W.T)..persahabatan ini juga menguatkan cintaku pada Rabbul Izzati..terima
kasih CINTA...
Bulan, Bintang, Matahari, Pelangi, Awan, Langit, Mutiara,
Cahaya.. hehe kisah kami yang akan sentiasa segar diingatan.. J J
Setiap ruang kehidupanku bersama sahabatku benar2 mengajarku
ttg kehidupan yang penuh dengan ranjau.. jika tiada sahabat disisi seperti
mereka semua, tidak tahulah dimanakah ana kala ini..siapa diriku.. benarlah
jika kita berkawan dengan si penjual minyak wangi pasti kita juga akan mendapat
wangiannya..
“Jadikah Rabithah
pengikatnya, jadikan doa ekspresi rindu antara kita”
**** Ya Allah Engkau
Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, Betemu
untuk mematuhi perintahMu, Bersatu memikul beban dakwahMu.. Maka eratkanlah
ikatannya, kekalkanlah kemesraan hati-hati ini dan tunjukkanlah kepada
hati-hati ini akan jalanMu.
“Hilang dimata insyaAllah dihati tidak akan pernah kulupakan”
memetik kata2 dari sahabat2ku :
Teman terbaik adalah yang saling menerima kerana ALLAH,
Saling membantu mendekati ALLAH,
Saling melindungi, merindui , mendoakan di dunia dan akhirat.
alangkah indahnya kita saling mencintai kerana ALLAH,
itulah sekukuh-kukuh ikatan
Kenangan itu kadang kala
Teramat pahit untuk diredah,
Tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.
Hidup tak selalunya indah
Tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
Masa depan yang cerah berdasarkan pada
Masa lalu yang telah dilupakan.
~insyaAllah,,,kte jmpa lagi di lain masa & ketika...♥♥♥