Islamic Widget

Ahad, 15 Januari 2012

istikharah


istikharah...

Takdir langit menukar warna
Dari jingga ke kelam mata
Dalam jubah tanganku melata
Merunduk runtun terus meminta

Aku bercinta dalam dilema
Mencari yang tiada dijangka
Biar sakit yang kau sedia
Sepenuh jiwa aku redha


Adanya satu itu kelabu
Adanya satu itu pasti bertemu
Mahu aku bertanya Kau kirimkanlah
Mahu aku pada siapa Kau jelaskanlah




Istikharah.. Istikharah..
Pada-Mu ya tuhanku lepaskanlah aku
Dari tanya dan keliru
Istikharah.. Istikharah
Demi nama-Mu ya Allah

Aku sujud penuh menyembah
Berikan aku jawapannya
Biar sakit biar pahit
Yang diutus-Mu itulah kesempurnaanku



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

Rabu, 4 Januari 2012

teori Evolusi Cinta

Assalammualaikum semua.... tetiba plak ana rase nak post ttg cinta kali nie... xtaulah kenapa agaknya..mgkn sbb terlalu risau n sedih tgk gelagat org yg "mabuk" or hangat bercinta skrg nie kot.... umm meh bace sini meh...

"Nko tak baca ke apa yang dia hantar dalam sms ini? Dia hantar hadith, ko tahu tak? Bukannya lirik lagu Anuar Zain!” tegas seorang ‘ukhti’.

Beliau sedang ‘mencanak naik iman’ selepas menerima sms pada jam 5 pagi tentang fadhilat Qiyamullail dari jejaka seperjuangannya. Namun akhirnya segala itu hanyalah sebuah kedunguan. Berlakon bijak bermain-main dengan Tuhan.

Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kita menjaga batas ini, adalah untukmengawal sesuatu yang manusia lemah terhadapnya.

Iaitulah soal HATI!

33_53-i

“Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka”

Ya, siapakah yang lebih kenal akan soal hati selain Dia?

Dia yang menggelarkan hati kita sebagai QALB, iaitu sesuatu yang berbolak balik terlentang terlangkup dengan begitu mudah di sepanjang perjalanan hidup ini. Sesungguhnya dengan segala unsur bijak yang ada di minda, kita terlupa bahawa Allah mahu menyelamatkan kesucian HATI, yang tidak mampu ditanggung logik. Akal kita dengan ilmu di puncak menara gading mana sekali pun, tidaklah kuat untuk mengawal hati. Akal itu menteri, rajanya adalah hati. Sering sahaja raja yang berkuasa itu berpaling tadah dari akal kepada NAFSU.

Mulut kalian tidak menyebut.

Tetapi Allah mendengar debar rasa di sebalik pergaulan itu.

Tubuh kamu tidak menampakkan calar.

Tetapi Allah melihat kesan-kesan luka panahan Iblis yang menembus daging dan tulang temulang jati dirimu.

Jika soal halal dan haram itu terlalu banyak liku-likunya, pertimbangkanlah soal kesucian hatimu.

Wahai anak-anak muda yang kemaruk cinta, sama ada cinta itu versi YOU and I atau versi ANA wa ANTI, bertaqwalah kalian kepada Allah. Jangan nanti disumpah Allah cinta itu menjadi cinta kera, kaum yang dihina Allah kerana terlalu bijak cuba melicik Dia.

Kamu BIJAK SINI, tetapi Allah itu BIJAK SANA. Maha Bijaksana!

kerabunga

source

Allah memerintahkan kamu bercinta secara MANUSIA berpaksikan TAQWA, namun sengaja segelintir kamu mengundang sumpahan cinta KERA berbungakan DOSA.

Tersungkurlah kamu penuh kehinaan di lembah teori evolusi cinta...


Wallahualam...sumber : saifulislam.com

Jumaat, 30 Disember 2011

Himpunan Sayang Belia 2011

Assalammualaikum...Amar Ma’ruf Nahi Mungkar adalah suatu usaha yang paling mulia, tinggi kedudukannya, sangat dititikberatkan di dalam Islam. Ianya mesti dilaksanakan agar manusia sentiasa berada di atas landasan yang betul dan tidak menyimpang dari jalan yang sebenarnya. Lantaran itulah jemaah Islam ditubuhkan supaya dapat membimbing hati manusia.. jom sahabat2 sertainya... Alhamdulillah ana dpt khabar katanya aktivis muslimah dah Full..cukup 1 bas.. cuma yg d perlukan sekarang aktivis muslimin dr UUM... Ayuh rijal2 d luar sana sertai bersama.. :)




Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menyiksa orang-orang umum kerana dosa-dosanya orang-orang yang tertentu tetapi apabila perbuatan dosa itu merahajalela dan terang-terangan kemudian tidak ada yang menegur, maka bererti semuanya sudah layak menerima hukuman.”

* maklumat lanjut layari FB UNGGAS UUM =)

Isnin, 26 Disember 2011

Aktivis Dakwah

Assalammualaikum...Allahhu Rabbi..hmba bersyukur padaMU atas nafas yg dipnjamkan buat diri ini..dpat hamba meneruskan kmbali khidupan sbg Khalifah d muka bumiMu ini Tuhanku...syukur Allah masih membenarkan jari-jemari ana menari2 di atas keybord utk teruskan perjuangan ana dalam menulis nie...


Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." surah yusuf : ayat 108


kali nie ana cuma nk cerita ttg pglaman ana semasa mengikuti program UNGGAS yg bertempat d sg.petani Kedah...heeee...byk pglaman n iktibar yg dapat ana kutip.... kami pergi ke sp seramai 29 org pelajar dr UUM sebagai aktivis dakwah UNGGAS UUM.... (Urusetia Menagani Gejala Sosial)



pada hari tersebut buat pertama kalinya seumur hidup ana, ana pegang botol arak..bukan ana minum arak taw...ana ngan sahabt2 mninjau kwasan2 yg bnyak terjadinya gejala sosial terutama d bangunan bangunan yg sunyi..kat situlah tempat2 atau port org menghisap dadah n minum alkohol@ arak... macam bukan berada d negara islam pulak...terukknya....botol arak kat merata2 tempat jee..ish2 ...





buat pertama kali jugak ana menjejakkan kaki ke pusat karaoke..Astaghfirullah.....seram jugak mase mula2 nk masuk tu....tgk couple duk dalam bilik karaoke tu berdua je..so kami pun apa lagii.. masuk la jugak kat tmpat diaorg tu..terkezutt la jugak tgk muka diorg..sbb diorg ingat kami nie pgawai pencegahan maksiat kot...huhu... kami dtg utk bg nasihat je..bukan tugas kami utk menahan...



satu lagi pengalaman bilamana kami mendekati pasangan yg bercouple..cuba menjelaskan kepada mereka ttg indahnya aturan islam jika diikuti... first2 tu mmglah takut nk tegur..tp bila dfikirkan jika bukan kita yg bertindak soo nak serahkan pada siapa lagi kn?? jadi terus bersemangat.....Tugas sebagai pendakwah perlu dgalas oleh semua org.... bukan d letakkan pada bahu sesetengah org yg tertentu je tau...

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

” SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW”



Selasa, 20 Disember 2011

Peningkatan diri di dunia utk kejayaan di akhirat

Bismillah...Assalammualaikum....Alhamdulillah..syukur ke hadrat yg Maha Esa dgn rahmat dan kasihnya dapat ana meneruskan penulisan ana sekaligus berkongsi ilmu dgn teman2 maya ataupun teman2 nyata yg slalu ana temui..syukran jazillan kerana sudi singgah.. =)



hummm dah tgk tajuk kat ats tu tak??? ana ada tips tau nak kongsikan buat sahabat2 semua... hehe..nak tau tak...?? so kenalah teruskan membaca smpai habesss.....tips utk tingkatkan amalan diri utk kjayaan dunia n akhirat... kita semua nk berjaya kn..?? so kenalah usaha.... (^_^) berucehe...hihi...

jom..jommmm....layannn....amalkan step2 nie..insyaAllah bleh jadi baik.. hehe
  • dimana pun kita berada kita kenalah yakin kita boleh jadi hamba Allah yg terbaik...
  • kita mesti jadi guru agama/ pendakwah...faham x??? bkn bermakna kita berhenti dari kerjaya kita n then berdaftar nak jadi ustaz @ ustazah...bkn i2 mksudnya.. mksudnya d sini kita kenalah sntiasa saling ingat meningatkan n sampaikan kebaikan kpd org lain...kn i2 tugas sbg khalifah... " sampaikanlah walupun satu ayat"..

  • memnuhi matlamat hidup.. apa matlamat kita???....menjadi khalifah yg terbaekk :)
  • tahu bhwa tugas utama kita adalah utk beribadat " sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.."
  • ingat setiap hari kita berjanji dgn Allah..dalam solat kita.. kn3.. hehe jgn lupa jnji tu..i2 pun kalau kita x tinggal solat tu la yerk...
  • taqarrub..."dekatkan diri kepada Allah.."
  • utamakan perkara @ ibadat yg wajib dahulu, kmudian perbaikilah yang wajib baru bleh usaha utk buat yg sunat

ana amik sepotong hadis Qudsi.. : " Allah berfirman ..'tidaklah hambaku mendekatkan diri kepada KU dengan sesuatu yg lebih aku cintai drp apa yg telah AKU wajibkan. hambaKU tidak henti-henti mendekatkan diri kepadaKU dgn ibadat sunatnya sehingga AKU mencintainya, maka ketika itu AKU menjadi pendengarannya utk mendengar, penglihatannya utk melihat, menjadi tangannya utk memukul dan menjadi kakinya utk berjalan".. (H.R Bukhari)


* perkara yg paling penting utk tigkatkan amalan diri ialah mesti ada ILMU, AZAM, AMAL DAN SEBARKAN.... soooooo..tunggu apa lagii ayuh...teruskan usaha kita utk capai kejayaan dunia & akhirat,..insyaAllah moga Allah terima segala amalan kita... (",)



"meski ku rapuh dalam langkah kadang x setia kepadaMu namun cinta dalam jiwa hnyalah padaMU...Maafkanlah bila hati x sempurna mencintaiMu dalam dada ku harap hnya diriMu yg bertakhta.."


Jumaat, 9 Disember 2011

susahnyer nak istiqomah..

Assalammualaikum...salam mahabbah..salam kasih sayang buat pembaca setia blog ana...ana Mohon Maaf kepada Allah..ana juga mohon maaf kepada shbat2 kerana kadang kala kesibukkan membuatkan ana lupa utk terus menulis.. .sedangkan ana dah berjnji utk cuba istiqomah...ternyata berkata itu mmg mudah, tp utk laksanakan mmg sukar...

"istiqomah utk sentiasa menyeru, istiqomah utk berpegang teguh pada tali Allah, istiqomah utk terus berada pada jalan ini"

humm pengisian kali ini ttg istiqomah... teringat ana waktu berchatting dgn seorg kenalan d YM.. berkongsi cerita ttg istiqomah.. " ternayata kesibukkan dunia buatkan seseorang lupa pada tggjawab lain yg harus dgalas" ( ini ana tujukan buat diri ana)....nie ttg penulisan blog la..yelah seperti yg shbat2 tgk, ana nie kejap timbul, kejap tenggelam bila menulis nie kn...ana sedar tu...

istiqomah mmg sukar tp tidak mustahil selagi mana kita cuba utk sentiasa memperbaharui amalan kita..mmg istiqomah itu urusan kita dgn sang Khalik namun ianya memerlukan persediaan, persiapan, latihan dan juga kemahuan yang tinggi utk melaksanakannya...
Memang istiqamah dengan perjuangan menegakkan kebenaran itu cukup sukar. Kalau tidak masa kan Nabi sendiri menyebut: ‘ Ayat dari surah Hud menyebabkan rambutku beruban’

Tetaplah berada disini. Mari kita bergerak saat manusia beristirehat. Mari kita bekerja saat manusia lain diam. Jangan tertipu oleh gemerlap hidup orang lain. Jangan merasa kita seolah dalam kesempitan kerana kita zuhud, menjaga dan menjauhkan diri dari segala yang syubhat (tidak jelas halal haramnya). Jangan putus asa dan khawatir ketika manusia yang jauh dari Allah seakan berada dalam keadaani tenang. Ingatlah bahwa amal yang kita lakukan, nilainya ada pada bagaimana kita mengakhiri hidup dengan amal itu. Disisi Allah SWT. adalah yang paling baik dan yang paling kekal. Jadilah orang yang selalu mencari redha Allah SWT.

pesanan buat ana n sahabat2 ana.. " biarpun sedikit asalkan tetap istiqomah"... sesibuk mana pun kita kat dunia nie..ingatlah bahawa dahulu Rasulullah lagi sibuk drp kita..kn3.. hehe :)

Rabu, 9 November 2011

Berjalan, Berlari & Berlumba-lumba

Bismillah...Assalammualaikum sahabat2 ana...mari kita renung2kan sebentar....

Berjalan, Berlari dan Berlumba-lumba Menuju ALLAh~

Mengungkap kata tentang perjalanan menuju ALLAh Ta’ala memang mudah.

Tapi bagi yang memaknai ungkapan kata itu pasti sedia maklum dan merasai, bahawa perjalanan menuju ALLAh tidak boleh dicapai hanya melalui angan-angan semata.

Mendekat kepada ALLAh, tidak mungkin dapat dirasai kemanisannya hanya dengan khayalan. Mendekatkan diri kepada-Nya, tidak cukup hanya dengan niat sahaja!

Kita tahu, untuk mendapatkan sesuatu, kita perlu bergerak untuk itu. Go for it! Perlu ada usaha dan kerja keras. Semestinya akan menuntut banyak pengorbanan dan keselesaan diri sendiri yang kita sendiri kurang senang.

Tapi janji ALLAh, semuanya ada ganjaran dan balasan..♥ ♥ ♥ ♥ ^_^