"perjalanan di fana ini kian singkat. Kita semakin Hampir dengan Pelabuhan Yang Sebenar. Waktu semakin pantas bergerak. Antara sedar atau tidak umur juga makin bertambah. Ini juga bermakna Qiamat Kecil kita kian hampir. Jadi baki waktu yang ada, baki kudrat yang ada wajarlah kita manfaatkan sebaiknya...♥ ♥
Islamic Widget
Ahad, 1 April 2012
Kerapkan diri mengingati mati
Nabi Allah Ibrahim a.s. pernah mminta malaikat maut mnunjukkan wajahnya ketika saat mencabut nyawa seorang pemaksiat. awalnya malaikat maut mnolak kerana khuatir nabi Allah Ibrahim a.s. tidak sanggup untuk melihat namun nabi Allah Ibrahim a.s. menegaskan bahawa dia sanggup.
lalu malaikat maut menampakkan jelmaannya.. ia hadir sebagai makhluk yg brkulit hitam legam, berambut lurus tegak, berbau busuk dan mengenakan pakaian serba hitam. dari mulut dan hidungnya keluar jilatan api.
melihat pemandangan itu nabi Allah Ibrahim a.s. jatuh pengsan. setelah ia sedar semula dan malaikat maut kembali kepada bentuk yg asal.. nabi Allah Ibrahim a.s. berkata:
"wahai malaikat maut, bila seseorang yg menderhaka melihat wajahmu pada saat kematiaannya, nscaya itu sudah cukup menjadi hukumannya."
- itu baru melihat malaikat maut, belum lagi saat nyawamu direntap bagaikan satu persatu dari urat saraf, jiwamu dan sehinggakan tidak berkecuali setiap dari tubuhmu akan merasai kesakitan yg tidak terhingga hingga tidak mampu engkau bertenanga untuk menjerit kesakitan.. nah, sama2 kita fikirkan. kerapkan mengingati mati kerana ia sesuatu yg pasti ,Bahagia itu satu pilihan. :)
Isnin, 19 Mac 2012
kerana aku HAWA
Jujur, aku tidak sepenuhnya mengerti.
Hawa itu kadang keliru. Mahu terus membisu, bimbang disalahtafsir. Mahu berlaku jujur, terpalit segan. Mahu menutur kata, bimbang hati dicemari.
Hawa itu kadang cemburu. Melihat yang lain mendapat itu ini tika dirinya diketerbatasan mampu.
Hawa itu kadang buntu. Mahu diceritakan, dia juga tidak tahu apa puncanya.
Itu kisah Hawa. Mungkin kisah itu tidak bisa menyentuh hati seorang Adam, tapi jika dia Hawa, jiwanya pasti meruntun sayu mendengarnya.
Aneh bukan? Ya, kerna Hawa itu sifatnya aneh.
Lalu, harus bagaimakah?
Pasti, aku juga tidak punya jawapan untuk itu.
Hawa. Hatinya sangat rapuh. Jiwanya sangat sensitif. Matanya mudah saja berkaca. Kata mereka itu tanda lemah. Tapi aku bilang itu fitrah.
Bukan mereka mahu mengundang simpati, tapi cukup untuk meluahkan rasa di hati. Jangan sesekali terjemahkan itu sebagai kekalahan. Tidak sama sekali! Itulah sebenarnya punca kekuatan dalam ketahanan mereka.
Adam, aku khabarkan bukan untuk minta engkau mengerti, kerana aku; Hawa, juga tidak pernah mengerti.
Cukuplah agar engkau tahu. Moga engkau tidak mudah mengusik hatinya. Hati yang punya sarat perasaan. Perasaan yang kadang menjerat dirinya dalam silap menterjemah erti di sebalik kata seorang Adam, dalam silap mentafsir maksud di sebalik tingkah seorang Adam.
Berhentilah. Supaya mereka tidak kepenatan berjuang seorangan jika engkau turut sama berjuang.
Harungilah sujudmu ketepian Redha-Nya. Kirimkanlah untaian kata indah lewat doamu. Moga Hawa itu terus kuat!
Khamis, 15 Mac 2012
Tarbiyah is in the air

- Allah tetapkan dengan kehendakNya (rezeki, ajal)
- Allah tetapkan dengan ilmuNya yang Maha Luas (amalan, akhir hidup)
Segala rezeki yang kita dapat kat dunia ini Allah tentukan dengan kehendaknya, termasuk kita dapat penajaan ke oversea, kita makan apa hari ni, kita kahwin dengan siapa nanti, semua itu telah ditetapkan dengan kehendakNya.
Tetapi, ada dua perkara yang Allah tetapkan bukan dengan kehendakNya iaitu amalan kita di dunia, dan pengakhiran hidup kita sama ada syurga atau neraka. Contohnya, jika kita tak study untuk exam, itu bukan Allah dah tetapkan, tetapi sebaliknya pilihan kita. Allah cuma menulisnya dengan ilmuNya yang Maha Luas bahawa ‘si polan ini tak study untuk exam‘ kerana Dia tahu kita akan berbuat demikian. Maka, jika kita berbuat dosa, itu bukannya kehendak Allah, tetapi atas pilihan kita sendiri dan akhir hidup kita (syurga/ neraka) juga berdasarkan pilihan kita juga bukan?
Tetapi, Dia tidak pernah zalim.
“Maka, Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan kataqwaan, sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.”
(as-syams 91:8~10)
Sesungguhnya, Dia akan mengilhamkan kepada kita jalan kejahatan dan juga jalan ketaqwaan, tetapi kita yang memilihnya.
Jadi, apa kaitan takdir dengan tarbiyah?
Semua tarbiyah yang datang pada kita itu adalah ditentukan oleh Allah, kerana Dia tidak akan menghukum seorang yang tidak pernah tahu melainkan telah diberitahu. Samalah juga dengan kaum terdahulu, mereka telah didatangkan nabi/rasul untuk memimpin mereka, mengajak kepada kebaikan, tetapi ada di antara meraka yang beriman dan ada juga yang memilih untuk menolak kebenaran. Maka, setelah didakwah habis-habisan oleh utusan Allah, mereka masih menolak, natijahnya adalah azab dari langit!
Ketahuilah bahawa, ‘tarbiyah is in the air’, bagi mereka yang sedang mencari atau masih mencari teruskan berdoa, supaya Allah menunjukkannya pada kita, dan supaya hati kita dicondongkan ke arah jalan ke syurga.
Mereka yang sedang melakukan amalan ahli syurga yang banyak, jangan pernah merasa cukup dan jangan pernah merasa yakin akan dapat ke syurga sebaliknya teruskan beramal keranaNya.
Mereka yang sedang melakukan dosa, jangan putus asa dengan rahmat Allah, carilah hidayah Allah itu, cari sampai mati, kerana Dia tidak pernah zalim.
Tarbiyah is in the air, terpulang kepada kita, untuk memeluknya erat, atau membiarkan ia berlalu pergi begitu sahaja. :)
Rabu, 22 Februari 2012
permulaan dan pengakhiran

Selasa, 7 Februari 2012
kalau bukan..tetap bukan...


Khamis, 2 Februari 2012
Sejarah akan berulang??

Jumaat, 27 Januari 2012
Tika Ujian menyapa
dalam kemurungan hati Alhamdulillah hati ana telah disentuh oleh teman2 yg banyak memberikan semangat dan kata2 yg penuh hikmah memulihkan kembali kelesuan diri yg semakin hari terasa tidak berdaya utk melaluinya.. syukran sahabat2ku..ikhlas ku amat menyayangimu kerana Allah....
Berteman dengan orang-orang yang khusyuk yang selalu merenung, bergaul dengan orang yang selalu berfikir& menyendiri, dekat dengan orang yang bertaqwa & soleh yang dari mereka terpancar hikmah & dari wajah mereka terpancar cahaya, & dari hati mereka bertambah makrifat -dan jumlah mereka adalah sedikit- adalah ubat yang mujarab.

Berusahalah berteman dengan orang-orang seperti mereka, selalu bersama mereka, kembali kepada mereka & kamu sambungkan rohmu dengan roh mereka, jiwamu dengan jiwa mereka serta kamu habiskan kebanyakan waktu kosongmu bersama mereka. Carilah orang yang keadaannya membuatmu bangkit bersemangat, perbuatannya membawamu berbuat baik & jika kamu melihatnya maka kamu mengingat Allah.
Berteman dengan orang-orang seperti ini adalah salah satu ubat yang mujarab kerana watak manusia sering mencuri, sehinggalah hati terpengaruh dengan hati yang lain dan jiwa pun mengambil contoh dari jiwa yang lain. Oleh kerana itu, berusahalah untuk menemukan jiwa-jiwa yang soleh sebagai teman.
Saudaraku, berfikir, berzikir di waktu-waktu yang suci, menyendiri, bermunajat serta merenung alam yang indah dan menakjubkan, menggali rahsia keindahan & keagungan alam, meneliti dengan hati & berzikir dengan lisan tentang tanda keagungan yang menakjubkan serta hikmah yang agung ini, termasuk hal yang memberi kehidupan kepada hati dan menyinari kalbu dengan keimanan & keyakinan.