
"perjalanan di fana ini kian singkat. Kita semakin Hampir dengan Pelabuhan Yang Sebenar. Waktu semakin pantas bergerak. Antara sedar atau tidak umur juga makin bertambah. Ini juga bermakna Qiamat Kecil kita kian hampir. Jadi baki waktu yang ada, baki kudrat yang ada wajarlah kita manfaatkan sebaiknya...♥ ♥
Islamic Widget
Khamis, 2 Februari 2012
Sejarah akan berulang??

Jumaat, 27 Januari 2012
Tika Ujian menyapa
dalam kemurungan hati Alhamdulillah hati ana telah disentuh oleh teman2 yg banyak memberikan semangat dan kata2 yg penuh hikmah memulihkan kembali kelesuan diri yg semakin hari terasa tidak berdaya utk melaluinya.. syukran sahabat2ku..ikhlas ku amat menyayangimu kerana Allah....
Berteman dengan orang-orang yang khusyuk yang selalu merenung, bergaul dengan orang yang selalu berfikir& menyendiri, dekat dengan orang yang bertaqwa & soleh yang dari mereka terpancar hikmah & dari wajah mereka terpancar cahaya, & dari hati mereka bertambah makrifat -dan jumlah mereka adalah sedikit- adalah ubat yang mujarab.

Berusahalah berteman dengan orang-orang seperti mereka, selalu bersama mereka, kembali kepada mereka & kamu sambungkan rohmu dengan roh mereka, jiwamu dengan jiwa mereka serta kamu habiskan kebanyakan waktu kosongmu bersama mereka. Carilah orang yang keadaannya membuatmu bangkit bersemangat, perbuatannya membawamu berbuat baik & jika kamu melihatnya maka kamu mengingat Allah.
Berteman dengan orang-orang seperti ini adalah salah satu ubat yang mujarab kerana watak manusia sering mencuri, sehinggalah hati terpengaruh dengan hati yang lain dan jiwa pun mengambil contoh dari jiwa yang lain. Oleh kerana itu, berusahalah untuk menemukan jiwa-jiwa yang soleh sebagai teman.
Saudaraku, berfikir, berzikir di waktu-waktu yang suci, menyendiri, bermunajat serta merenung alam yang indah dan menakjubkan, menggali rahsia keindahan & keagungan alam, meneliti dengan hati & berzikir dengan lisan tentang tanda keagungan yang menakjubkan serta hikmah yang agung ini, termasuk hal yang memberi kehidupan kepada hati dan menyinari kalbu dengan keimanan & keyakinan.
Ahad, 15 Januari 2012
istikharah
Rabu, 4 Januari 2012
teori Evolusi Cinta
Assalammualaikum semua.... tetiba plak ana rase nak post ttg cinta kali nie... xtaulah kenapa agaknya..mgkn sbb terlalu risau n sedih tgk gelagat org yg "mabuk" or hangat bercinta skrg nie kot.... umm meh bace sini meh...
"Nko tak baca ke apa yang dia hantar dalam sms ini? Dia hantar hadith, ko tahu tak? Bukannya lirik lagu Anuar Zain!” tegas seorang ‘ukhti’.
Beliau sedang ‘mencanak naik iman’ selepas menerima sms pada jam 5 pagi tentang fadhilat Qiyamullail dari jejaka seperjuangannya. Namun akhirnya segala itu hanyalah sebuah kedunguan. Berlakon bijak bermain-main dengan Tuhan.
Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kita menjaga batas ini, adalah untukmengawal sesuatu yang manusia lemah terhadapnya.
Iaitulah soal HATI!
“Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka”
Ya, siapakah yang lebih kenal akan soal hati selain Dia?
Dia yang menggelarkan hati kita sebagai QALB, iaitu sesuatu yang berbolak balik terlentang terlangkup dengan begitu mudah di sepanjang perjalanan hidup ini. Sesungguhnya dengan segala unsur bijak yang ada di minda, kita terlupa bahawa Allah mahu menyelamatkan kesucian HATI, yang tidak mampu ditanggung logik. Akal kita dengan ilmu di puncak menara gading mana sekali pun, tidaklah kuat untuk mengawal hati. Akal itu menteri, rajanya adalah hati. Sering sahaja raja yang berkuasa itu berpaling tadah dari akal kepada NAFSU.
Mulut kalian tidak menyebut.
Tetapi Allah mendengar debar rasa di sebalik pergaulan itu.
Tubuh kamu tidak menampakkan calar.
Tetapi Allah melihat kesan-kesan luka panahan Iblis yang menembus daging dan tulang temulang jati dirimu.
Jika soal halal dan haram itu terlalu banyak liku-likunya, pertimbangkanlah soal kesucian hatimu.
Wahai anak-anak muda yang kemaruk cinta, sama ada cinta itu versi YOU and I atau versi ANA wa ANTI, bertaqwalah kalian kepada Allah. Jangan nanti disumpah Allah cinta itu menjadi cinta kera, kaum yang dihina Allah kerana terlalu bijak cuba melicik Dia.
Kamu BIJAK SINI, tetapi Allah itu BIJAK SANA. Maha Bijaksana!
Allah memerintahkan kamu bercinta secara MANUSIA berpaksikan TAQWA, namun sengaja segelintir kamu mengundang sumpahan cinta KERA berbungakan DOSA.
Tersungkurlah kamu penuh kehinaan di lembah teori evolusi cinta...
Wallahualam...sumber : saifulislam.com
Jumaat, 30 Disember 2011
Himpunan Sayang Belia 2011

Isnin, 26 Disember 2011
Aktivis Dakwah
Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.
” SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW”
Selasa, 20 Disember 2011
Peningkatan diri di dunia utk kejayaan di akhirat

- dimana pun kita berada kita kenalah yakin kita boleh jadi hamba Allah yg terbaik...
- kita mesti jadi guru agama/ pendakwah...faham x??? bkn bermakna kita berhenti dari kerjaya kita n then berdaftar nak jadi ustaz @ ustazah...bkn i2 mksudnya.. mksudnya d sini kita kenalah sntiasa saling ingat meningatkan n sampaikan kebaikan kpd org lain...kn i2 tugas sbg khalifah... " sampaikanlah walupun satu ayat"..
- tahu bhwa tugas utama kita adalah utk beribadat " sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.."
- ingat setiap hari kita berjanji dgn Allah..dalam solat kita.. kn3.. hehe jgn lupa jnji tu..i2 pun kalau kita x tinggal solat tu la yerk...
- taqarrub..."dekatkan diri kepada Allah.."
- utamakan perkara @ ibadat yg wajib dahulu, kmudian perbaikilah yang wajib baru bleh usaha utk buat yg sunat
