Assalammualaikum..TAHNIAH (^_^) ukhtyku sayang..
Uhibbuki fillah..Harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya.Ya Allah,peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..
Di jalan Allah
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang
Cinta Kasih-Ku patut diperolehi mereka yang saling berkasih sayang kerana-Ku, cinta kasih-Ku patut dinikmati oleh mereka yang saling bersilaturrahim kerana- Ku, cinta kasih-Ku patut dikurniakan kepada mereka yang nasihat-menasihati kerana-Ku, cinta kasih-Ku patut dicurahkan kepada mereka yang kunjung-mengunjungi kerana- Ku, cinta kasih-Ku patut dinikmati oleh mereka yang saling memberi kerana-Ku. Mereka yang saling berkasih sayang kerana-Ku dan pada jalan-Ku, (mereka) berada di atas mimbar- mimbar di hari Kiamat dari cahaya suatu kedudukan yang diinginkan oleh para nabi, para siddiqin dan para syuhada." (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Al Hakim dan Al Qudha` ie)
Ikhlas dari adikmu…SITI SOLEHAH SAMSUDIN
(anasolehah)
http://menujuredhailahi.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan