Islamic Widget

Isnin, 19 Oktober 2009

perintah untuk menundukkan pandangan dan menyembunyikan perhiasan


Islam memerintahkan wanita untuk tetap tinggal di rumah, tidak berbicara dengan lelaki yang bukan mahram dengan penuh ghairah dan menutupi diri dengan sempurna (menjaga aurat). oleh kerana itu Allah berfirman :

"katakanlah kepada wanita-wanita beriman agar mereka menundukkan pandangannya dan menjaga kemaluannya; dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali yang zahir. dan hendaklah mereka menutupkan tudung hingga ke dadanya. dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suaminya dan mahramnya. dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan ; dan bertaubatlah kamu kepada Allah,wahai orang2 yang beriman agar kamu beroleh kejayaan. Katakanlah kepada lelaki yang beriman agar mereka menundukkan pandangannya dan menjaga kemaluannya. yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.'' (an-nur ayat 30-31)