Islamic Widget

Jumaat, 25 Februari 2011

Tugas itu Ibadah.. (^_^)..smile..

salam..buat pengunjung blog ana,mohon seribu kemaafan.ana sdikit sibuk sejak kblakangan ni.maklumlah,tarikh perlaksanaan program kolej, FTG, Assignment yang ana dan sahabat2 ana uruskan memang kesemuanya rapat2.bnyak yg perlu ana prepare kan..komitment dr semua mmg diperlukan..erm,tmbahan lg ana dan sahabat2 ana masih dalam proses

belajar ...wahai rakan2 yg yg budiman,sapa2 yg ingin mnyumbangkan idea untuk beberapa modul yang boleh dilaksanakan,ana alu-alukan..disaat2 gnting bgini,ana memerlukan support dr kalian smua.buat kawan2 yg sama

bertungkus lumus utk program kite..smg Allah permudahkan sgalanya bg kt smua ya.amin...kepada ahli FTG bersedia utk next pgram pd 3,4,5 nie..InsyaAllah kita ade pgram dgn warga pendidik pulak..

NIAT menjadi sahnya sesuatu amalan ibadah sama ada yang fardu mahupun sunat. Tanpa niat sesuatu amalan itu tidak mendatangkan sebarang pahala di sisi Allah. Begitu jugalah halnya dengan pekerjaan seharian yang kita lakukan. Untuk menjadikannya satu ibadah yang berpahala mesti dimulakan dengan niat yang ikhlas kerana Allah.

Dengan niat yang tulus ikhlas itu akan menjadi pemandu kepada seseorang untuk menjalankan kerjanya dengan bersungguh-sungguh dan yakin akan berhasil dengan cemerlang. Kata Nabi SAW yang bermaksud: “Setiap amalan itu dengan niat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Oleh itu, sesuatu pekerjaan yang hendak kita laksanakan hendaklah didahului dengan niat kerana Allah untuk mendapat keberkatan. Nabi SAW juga pernah mengatakan yang Allah tidak melihat pada rupa dan harta kita, tetapi Allah melihat pada hati dan amalan yang kita lakukan.

Selain itu , kita juga perlu sentiasa menjalankan pekerjaan dengan integriti yang mantap. Ciri-ciri beramanah, jujur dan sentiasa mematuhi segala etikanya menjadi penanda aras kepada diterima Allah kerja kita sebagai ibadah di sisi-Nya. Orang berniat ikhlas kerana Allah sangat takut melakukan sesuatu penyelewengan ketika menjalankan tugas. Orang sebegini tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan prinsip agama. Dia tahu apa yang sedang dikerjakannya itu diperhatikan Allah dan sudah tentu dia akan menyempurnakannya dengan komited dan sejujur yang boleh. Apabila dia hendak melakukan yang bertentangan dengan kehendak agama, maka dia akan teringat bahawa Allah Maha Melihat dan dia berasa malu kepada-Nya. Inilah ciri-ciri orang yang takut akan Allah yang akan menjadi benteng paling ampuh menjalankan sesuatu kerja dengan dedikasi dan mengharapkan reda Allah.

Tentunya mukmin seumpama itu akan dibuka pintu rahmat dan diberikan kejayaan yang cemerlang dalam pekerjaannya. Orang mukmin yang cemerlang dan berjaya dalam kerja buatnya akan sentiasa mengingati janjinya kepada Allah tatkala dalam solat ketika membaca Iftitah yang bermaksud: “Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan sekalian Alam.” – (Maksud Surah Al-An’am ayat 162 ) Inilah ayat yang kita ulangi dalam solat dan mukmin yang menghayati akan makna di sebalik ayat ini, tentu sekali akur dan akan melakukan amal ibadah dan apa saja pekerjaan duniawi dengan ikhlas, berintegriti dan komitmen dengan mengharapkan ganjaran pahala dan diluaskan pintu rezeki oleh Allah.

Satu perkara lagi yang menjadi prasyarat kepada kejayaan dalam sesuatu pekerjaan ialah nilai istiqamah dan dedikasi. Niat yang baik tetapi membuat sambil lewa saja bak melepaskan batok di tangga tidak akan meninggalkan kesan positif. Rasulullah SAW pernah memberitahu umatnya: “Bahawa Allah mencintai seseorang yang apabila ia mengerjakan sesuatu kerja, ia laksanakan dengan cemerlang.” (Hadis riwayat Abu Ya’la) Memang sudah menjadi sunnah dalam kehidupan di dunia ini, Allah menetapkan kejayaan sesuatu perkara hanya terhasil melalui usaha gigih, dedikasi dan secara terancang. Istiqamah dalam Islam merangkumi skop yang universal dan ini termasuk dalam aspek melakukan sesuatu pekerjaan atau perkhidmatan.

Istiqamah dalam melakukan kerja ibarat kehidupan semut.
Semut dijadikan Allah berbentuk kecil saja, jauh beza dengan diri manusia. Namun di sebaliknya ada iktibar yang boleh kita perhatikan sebagai pedoman hidup. Allah jadikan sesuatu itu tidak sia-sia kerana semua dapat diperhatikan dan dikaji selidik buat peringatan manusia. Begitulah dengan kehidupan semut. Cuba kita renungi dengan mendalam bagaimana semut mencari rezekinya. Gigih semangatnya, tekun kerja buatnya, Tidak ada istilah malas dan berputus asa dalam kamus semut itu. Semut juga hidup dengan sikap optimistik yang tinggi.

Kita pula bagaimana? Tidak ada rasa dengki, iri hati dan berpuak-puak dalam menyelesaikan sesuatu kerja. Semuanya dilaksanakan mengikut muafakat mantap dan masing-masing bekerja kuat untuk kemanfaatan bersama. Itulah spektrum sosial dalam kehidupan semut. Tidakkah semua elemen ini patut dicontohi oleh manusia.

Oleh itu, kita sebagai umat Islam seharusnya mempamerkan sikap istiqamah yang berintikan nilai dedikasi tinggi, rajin serta berusaha berterusan demi menjayakan sesuatu kerja. Ciri inilah yang berjaya mengangkat umat Islam terdahulu menjulang kecemerlangan dalam pelbagai lapangan hidup. Jangan risau dengan titik peluh yang terkeluar kerana kerja kuat, kerana setiap titik peluh kerana mencari rezeki yang halal itu sudah pasti dianugerahi ganjaran pahala oleh Allah dan segala hasil perolehan mendatangkan keberkatan. Inilah yang dinamakan kerja sebagai ibadah. Jadi, amat malang kita melihat ada mukmin yang bersikap acuh tak acuh, buat sambil lewa dan seakan-akan menunggu hari gaji saja. Ini bukan standard piawai ciri sebagai pekerja Muslim yang sebenar.

Melaksanakan sesuatu tugas di depan bos saja juga jauh menepati kehendak agama kerana melambangkan kepura-puraan dan bersalahan dengan etika agama.

Oleh yang demikian, mukmin yang inginkan kejayaan sebenar dalam kehidupan bekerja semestinya menerapkan niat yang betul dan ikhlas kerana Allah, sentiasa menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan dengan semaksimum yang boleh dan beristiqamah tanpa putus asa dalam mencapai kejayaan.

p/s : smg ukuwah kita akan kekal tersemat selamanya.... =)

Isnin, 14 Februari 2011

Mesti tahu maknanya dahulu..

bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum wbt buat sahabat2 yang ana cintai kerana Allah..buat semua pengunjung setia blog ana..Alahamdulillah dberikan ksempatan oleh Allah utk ana menyambung pengisian blog ana buat kali ni..

menjadi seorang manusia walau bagaimana pun kita rasa kita dekat dengan Allah, ujian Nya tetap ada buat kita. ana salah seorang manusia yang tak dapat lari daripada ujian Allah. tapi alhamdulillah Allah permudahkan. syukur..

hari ni rasa stress dan tension tak tentu pasal. sendiri punya salah. tak siapkan kerja. otak jam. tiba2 disumbat dengan semua jenis kerja dalam satu masa.dalam pada masa macam tu, Allah datang kan seorang hambaNya. yang ada untuk menasihati. yang datang untuk memberi semangat. yang hadir untuk mengingatkan tujuan kita belajar....ya, semata2 kerana Allah.

alhamdulillah berkat kesabaran nya menasihati, menegur untuk betulkan kembali niat, untuk sentiasa balik pada Allah pabila saat2 diuji, maka ana mampu berdiri kembali alhamdulillah..dan memang pasti. semua itu kerja Allah. Allah beri bantuan selama mana kita terus mengharap hanya padaNya... ok ana nak sambung entry kali nie dgn tajuk yg agak serupa dgn entry yg lepas..jomm bace..

apa sebenarnya ukhwah fillah?




kita faham bahawa ukhwah fillah itu adalah dengan menjalinkan hubungan persaudaraan kerana Allah supaya Allah redha. persoalannya, bagaimana kita mahu Allah redha dengan perhubungan itu?

di sinilah erti sebenar ukhwah fillah. ukhwah yang terjalin kerana mahukan keredhaan Allah. bukan untuk diri kita sendiri. tapi untuk kita bersama :)

ukhwah yang terjalin bukan sekadar melepaskan diri kita saja dari api neraka, tapi ukhwah ini adalah untuk turut sama menyelamatkan saudara kita. siapa saudara kita? mereka itulah orang2 yang berukhwah dengan kita semata2 kerana Allah.

kita berukhwah dengan orang. kita tahu sekarang tujuan nya semata2 mencapat keredhaan Allah. tapi kita perlu tahu, keredhaan Allah itu adalah apabila Allah redha dengan kita.

jadi cuba kita fikir,
adakah Allah redha sekiranya kita biar sahaja kawan2 kita terus menjadi orang yang jahil agama?
adakah Allah akan redha jika kita biarkan saudara kita terus bergelumang dengan dosa? adakah Allah akan redha jika kita biarkan saja saudara2 islam kita ditipu dan ditindas oleh orang2 kafir?

inilah makna sebenar ukhwah fillah. ukhwah semata2 mahu keredhaan Allah. ukhwah semata2 mahu Allah redha melihat kita dan saudara kita sama2 berjaya di akhirat kelak. ukhwah semata2 mahu Allah redha kerana hamba2Nya bersaudara semata2 untuk bersama2 berdakwah menegakkan agama islam.

perluaskan makna ukhwah fillah. pasti apabila kita berada dalam sesuatu hubungan, ibu bapa, adik beradik, kawan2, suami isteri, dan jiran tetangga, akan lahir walau sekelumit rasa untuk kita bersama2 mereka mejauhi neraka Allah! dan bersama2 menuju syurga Allah yang indah itu!

tapi jangan sampai jadi macam ni pula ye..hehe..

********************************************************************************************************************************************************
Allah tolong jika kita berdoa padaNya.

Allah permudahkan sekiranya kita tidak lupa padaNya.

benar katamu sahabat, itu adalah ujian yang sedikit pada kita yang Allah beri. untuk menguji sejauh mana hamba2Nya taat padaNya dalam masa susah atau senang.

jazakumullah semua. taqabbalallahuminna waminkum. Aminn ya rabb.
p/s :jadi mari kita sama2 berukhwah kerana Allah. buktikan kita adalah saudara islam! ^_^

Selasa, 8 Februari 2011

Ukhuwafillah


aku termenung melihat langit biru itu
apakah mereka juga memandang sama
merindui aku seperti aku merindu mereka?Ya Rabb.sungguh.aku rindu.tersangat rindu.
rinduku utk bersama mentadabbur ayat suci
masa ber'dating' dgnNYA yg panjang,spongebob ini pun minta digemukkan lagi
aku rindu penyampaian dari hati ke hati
aku rindu ukhuwah jarak jauh ini!



kelmarin,seorang teman mengadu.
keringnya.dahaganya.dimana harus kita cari kekuatan.
ya.aku sedar.kita sama2 perlukan bekalan tenaga itu
utk teruskan perjuangan.
tapi aku perlu gagah juga dihadapan diasupaya tidak merembes kelesuan itu pada dia
agar dapat dia merasa,aku juga mencuba utk melawan rindu
tapi,rupanya,rindu itu tidak dpt dilawan.sgt kuat rindu itu minta utk diubati
wahai hati..sabarlah sedikit lagi..sedikit saja lagi
aku tahu kamu minta diisi.aku tahu tenagamu tidak sekuat dulu lagi.
kasihan hati.kasihan jiwa.kasihan tuan empunya diri.

lalu,kekuatan ini harus kembali agar aku tidak tersungkur dek resah hati
teman seperjuangan tempat me' reload' tenaga kembali
alhamdulillah.yang jauh dicari,rupa2nya yang dekat juga boleh mengubati
di kala sendiri menyepi,kalam-kalam suci memberi impak tersendiri
ya. kalam-kalam suci yang dahulu kita selami bersama,aku selak kembali

ya Rabb..benarlah kalamMU bermukjizat.

kalamMU berupaya menenangkan hati,menghilangkan lesu
terima kasih ya ALLAH..terima kasih menaikkan graf semangat ini
aku mendapat tenaga kembali..
wahai mereka yang dirindui, semoga kita berpeluang berjumpa lagi,
agar dapat aku melepaskan rindu yang bersisa ini

Missing_You


p/s : ehem. bila ukhuwah tu diikat dengan sentuhan Al-Quran, beginila rindunya.dan kami juga memang sukakan perasaan rindu begini. ukhuwafillah abadan abada...

Isnin, 7 Februari 2011

Aku Cinta Padamu..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..SYUKUR kepada Allah kerana dengan limpahan anugerah dan kasih sayang-Nya, kita dapat menikmati nikmat Islam, mengecapi manisnya iman dan menghayati indahnya ihsan. Syukur kepada Allah kerana mengutuskan kepada kita seorang Rasul pembawa risalah kerahmatan sehingga kita dapat mengecapi nikmat-nikmat ini hingga ke hari ini.

Tetapi kemanisan dan keistimewaan nikmat dan limpahan ini tidak akan dapat benar-benar kita rasai tanpa menghayati Islam melalui pintu dan manhaj ‘Hubb‘ atau cinta dan kasih-sayang.Salam Mahabbah jua ana tujukan buat pembaca setia blog yg ana cintai Kerana Allah..

Jika dalam kesempatan yang lepas2 ana mengimbau keagungan cinta Allah yang menjadi asal segala cinta, kali ini ana nk bawa bingkisan tentang cinta Rasulullah SAW yang perlu dijadikan bekal dan azimat bagi umat dalam mengharungi kehidupan ini.

Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya,

“Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.” (riwayat al-Darimi).

Jika para bapa yang lain lebih banyak berjasa memelihara kebajikan material yang tidak kekal sifatnya, Rasulullah adalah bapa paling mithali dan paling layak menerima segala darjah kebesaran dan pujian kerana Baginda juga adalah bapa yang membelai dan menyubur jiwa dan roh umatnya agar berjaya di sini dan di alam abadi.

Hidup dan matinya sentiasa tamak menghulurkan kasih sayang, inginkan kebaikan dan kesejahteraan untuk anak-anaknya, sentiasa merasa berat melihat kesusahan yang ditanggung oleh umatnya dan sentiasa tamak berusaha memberikan petunjuk kepada mereka agar mereka terselamat daripada lubuk kesesatan dan kerosakan.

Allah SWT menjelaskan kecintaan dan keprihatinan Baginda ini melalui firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat 128. Malah Rasulullah pernah bersabda:

Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Apa sahaja yang dilakukan dan difikirkan oleh Baginda semata-mata demi umatnya sehingga Baginda tidak reda seorang pun umatnya terjerumus ke neraka.

p/s :Subahanallah hebat kn cinta Baginda.. jom sahabat kita lazimkan diri dgn berselawat keatas Baginda...cinta Allah..Cinta Rasulullah..^_^

Sabtu, 5 Februari 2011

Jangan Raikannya..Plezzz...

Assalammualaikum semua.....Alhamdulillah…diberi keizinan untuk terus istiqomah menulis setelah tertangguh beberapa kali.salam sayang buat sahabat2 pembaca setia yang ana cintai kerana Allah..InsyaAllah entry ana kali ni nak bawakan sedikit bingkisan berkaitan 14 februari..ada ape dgn 14 feb tu ye???...Valentine day?? apa tu???...nak tahu ape?? jommm ana nak bgtau....

Dalam masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama (Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus difahami di dalam masalah “Valentine Day”.
Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan “supercalis” bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (kristian), maka berubah menjadi “acara keagamaan” yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam (Allah), maka ia akan tertolak.

Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.

Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Bahkan Rasulullah SAW bersabda :“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.

MARI ISTIQAMAH (BERPEGANG TEGUH)
Perhatikanlah Firman Allah :

“…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.

Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajarannya.

Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah kita dapat berjumpa dengan para Nabi baik Nabi Adam sampai Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah :
“Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para shiddiq (benar imannya), syuhada,sholihin (orang-orang sholih), mereka itulah sebaik-baik teman”.

P/S : InsyaAllah pada 14 februari nanti akan diadakan kuliyyah mimbar yg bertajuk "wanita fitnah dunia"..d jemput semua warga UUM untuk hadir..maklumat lanjut d bawah ini..


INFORMASI TERKINI :


KULIYYAH MIMBAR "WANITA FITNAH DUNIA"

TARIKH :14 FEBRUARI 2011

MASA : 9.00 MALAM

TEMPAT : PERKARANGAN PEJABAT YAB

PENCERAMAH : USTAZ HJ MOHAMMAD KHADAFI BIN HJ ROFIE

ANJURAN : BIRO KEROHANIAN & SAHSIAH JKPS DPP YAB

Khamis, 3 Februari 2011

Sebelum Allah menjemput..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha penyayang..salam Mahabbah semua..Alhamdulillah dkurnikan nikmat iman dan Islam dalam diri ini..Selawat dan salam buat kekasih yang amat dirindui Muhammad s.a.w,keluarga dan sahabat Baginda..

Syukur kehadratnya kita masih lagi hidup dalam keadaan aman dan damai di Bumi ini..hati terasa sayu sebenarnya ketika ini..sedih melihat pergolakkan yang sedang melanda umat Islam di bumi mesir..bimbang dengan keadaan sahabat dan saudara ana di bumi anbiya itu.. Semoga kalian sentiasa dalam jagaan Allah..insyaAllah utk entry kali ini ana ingin sama2 kita muhasabah diri..luahan hati untuk menyentuh hati..=(

untukku dan untukmu saudaraku....

Allah yang maha agung, Maha menatap, Maha mendengar, Maha memperhatikan, Dia tahu apa yang kita lakukan,Tidak satu pun lirikan mata yang luput dari pengetahuan Allah

Tidak ada satu kata pun yang terucap yang tidak didengar oleh pendengaran Allah yang maha mendengar
Saat ini kita dihargai orang lain, teman, orang tua sesungguhnya bukan kemuliaan yang kita miliki melainkan kerana Allah yang masih menutupi aib kita
Wahai saudaraku sekalian, sesungguhnya kian lama kian dekat dengan kepulangan kita
Kain kafan akan ada saatnya akan dibungkuskan ke badan kita
Alangkah beruntungnya jikalau kematian datang kita benar benar sudah bersedia
Dosa sudah diampuni oleh Allah, badan kita terbasuh air wudhu
Alangkah indahnya jikalau malaikat maut menjemput dengan rupa yang teramat indah
Kening kita usai bersujud, lisan kita sedang lirih menyebut nama Allah
Keringat kita sedang bersimbah berjuang dijalan Allah


Kursus pengurusan jenazah

Alangkah indahnya jikalau kematian datang orang tua redha kepada kita,
orang orang yang kita sakiti sudah memaafkan,tidak ada hutang piutang
Alangkah indahnya jikalau kematian datang air mata kita sedang menitis,
ingat dan rindu kepada Allah
Kita lepas ajal kita dengan kemuliaan dengan khusnul khotimah
Tapi alangkah banyaknya orang orang yang mati dengan keadaan sebaliknya
Mati dalam keadaan dosa
Mati di tempat zina
Mati dikutuk dan dilaknat orang tua
Mati dengan berselimut harta haram

Saudaraku, sebaik baiknya manusia adalah manusia yang selalu ingat mati
dan paling mempersiapkan diri kita untuk mati dan
selalu berfikir hari ini adalah hari yang terakhir kita
Luruskan niat dan berbuatlah yang terbaik setiap saat,
jangan pernah sia siakan satu kejadianpun kecuali
harus membawa manfaat bagi dunia dan akhirat
Ya Allah berikan kesempatan untuk memberikan
yang terbaik dalam hidup ini berguna bagi dunia
dan bermanfaat bagi akhirat

Kita susuli maut dengan amalan yang utama
Selamat berjuang saudaraku sekalian untuk mengharungi sisa umur ini
Semoga kita diberi kesempatan untuk mempersembahkan yang terbaik dan
kita berjumpa dihadapan Allah kelak di Syurga amin ya robbal alamin,
hidup untuk mempersembahkan yang terbaik berguna untuk dunia &
bermanfaat bagi akhirat, Selamat berjuang ….


DOAKU ….

" Ya Allah kami mohon berikanlah hari ini menjadi hari ampunan bagi segala dosa dosa kami,
Ampun ya Allah…, Ampunilah kami ya Allah …
Ampuni sekelam apapun masa lalu kami,
Hapuskanlah segala kotornya aib aib kami
Ampuni apabila kami sering tidak redha dengan takdir Mu ya Allah
Ampuni segala kezaliman kami, terhadap orang tua kami
Ya Allah, selamatkan orang tua kami, jadikan titisan keringatnya,
Air matanya, darahnya jadi jalan
Kemuliaan bagi dunia dan akhirat
Sayangi ibu bapa kami ya Allah….
Golongkan kami menjadi anak yang tahu balas budi
Lapangkan kuburnya ya Allah 3x, ringankan hisabnya, Amin "