Islamic Widget

Sabtu, 27 Ogos 2011

Ramadhan dan Syawal

Assalammualaikum..salam mahabbah..salam ramadhan..salam aidilfitri semua..maaf atas kelewatan ana mengisi entry baru d ruangan ini.. =) sedihnya ramadhan dah nak berakhir...

Ramai memahami bahawa Ramadan itu, kehadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi. Selain itu, semua bersetuju bahawa ketibaan Syawal perlu dirai. Gembira, bersedih dan seterusnya bergembira, seolah-olah itulah aturannya. Pertukaran perasaan dan emosi sebegini hakikatnya adalah satu seni dan tarbiah buat diri manusia. Tidak ada produk atau formula saintifik yang boleh mengawal perasaan ini, kerana ianya adalah seni. Seni inilah yang mendidik jiwa hamba supaya tahu meletakkan hidayah perasaan kurniaan Ilahi kena pada tempatnya.

Di penghujung Ramadhan ini, renungilah bagaimana perasaan para sahabat di saat perpisahan ini. Mereka akan menangisi pemergiannya. Masakan tidak sedih berpisah dengan tempoh masa di mana sifat Pemurah dan Penerima Taubat Allah itu berlipat ganda. Masakan tidak sedih berpisah dengan saat di mana bala syaitan itu digari. Masakan tidak sedih berpisah dengan saat pintu syurga dibuka seluasnya, dan pintu neraka itu ditutup serapatnya. Masakan tidak sedih berpisah dengan tempoh masa khusus untuk melahirkan generasi bertaqwa, berasaskan kepada hidayah al-Quran. Semua ganjaran ini, hanya ditawarkan terhad sepanjang Ramadhan sahaja. Mereka akan berdoa supaya diterima amalan mereka sepanjang bulan barakah ini, serta dikurniakan lagi Ramadhan untuk tahun akan datang.

MENANGISI PEMERGIAN RAMADHAN

ana tertarik dengan doa yang dibaca oleh Imam al-Sudaisi, yang sewajarnya kita baca di senja Ramadhan ini:

اللهم اوصلنا الى رمضان كريم اعواما عديدة

Allahumma ausilna ila Ramadan Karim a’waman adidah.

Ya Allah, sampaikanlah (usia kami) hingga ke Ramadan Karim tahun-tahun mendatang.


Akhirnya, persoalan apa bestnya raya hanya mempunyai satu jawapan sahaja, iaitu best raya sekiranya kita best menunaikan ibadah Ramadhan, serta memahami falsafah Eidul Fitri.

Selamat hari raya ana ucapkan kepada semua yang mengenali ana sekeluarga. Maaf zahir dan batin. Manfaatkan akhir Ramadhan untuk mengejar ganjaran yang berbaki di bulan barokah ini. Tiada jaminan yang kita akan menemuinya pada tahun-tahun mendatang.

Taqaballahu minna wa minkum. (^_^)

Selasa, 9 Ogos 2011

Yang Terbaik!

Assalammualaikum,..salam mahabbah..salam ramadhan..apa khabar iman kita hari ini??.. sahabat ana ingin kongsikan sesuatu buat semua..moga berioleh manfaat bersama insyaAllah.. (^_^)

ana pernah mendapat mesej daripada beberapa orang sahabat yang antara lainnya kandungan mesej itu mengandungi nasihat yang pernah disebutkan oleh Sahabat Nabi, Sayyidina Ali Karamallahu Wajhah.


Kata Sayyidina Ali R.A., sesuatu yang terbaik yang turun dari langit adalah taufiq. Adapun sesuatu yang terbaik yang naik dari bumi adalah ikhlas.




Nasihat ini, jika dapat difahami dan diaplikasikan maknanya di dalam kehidupan kita, pasti hidup kita sebagai hamba kepada Allah S.W.T akan lebih terurus kerana Sayyidina Ali apabila menuturkan nasihat yang seperti ini, beliau telahpun menafikan beribu-ribu perkara lain yang ada di alam ini, lantas mengkhususkan bahawa yang terbaik adalah dua ini.


Maknanya, yang terbaik yang turunnya dari langit bukanlah rezeki, bukan juga jodoh, atau apa-apa yang lain yang kita melihatnya sebagai terbaik. Tetapi ianya adalah taufiq.


Begitu juga dengan yang naik dari bumi, apabila dikhususkan bahawa ianya adalah ikhlaslah perkara yang terbaik, maka secara langsung telah diketepikan perkara-perkara lain seperti kasih-sayang, pengorbanan dan lain-lain...wallahualam.. ~



Jumaat, 5 Ogos 2011

Hadiah Ramadhan



Assalamualaikum w.b.t..

Cantiknya kotak-kotak hadiah kat atas ni..Rasa tak sabar pon ada nak tahu apa isi dalamnya..

Kalau kita lah kan, tiba-tiba ada seseorang memberikan hadiah pada kita, agak-agak rasa seronok tak?? Tak kira lah hadiah sempena hari lahir ke...hadiah atas ucapan tahniah dan sebagainya..kita mesti rasa suka..


Alhamdulillah hari ini, ana rasa bersyukur kerana baru-baru ini ada orang bg hadiah..hehe..tahu ke hadiah ape??..tet...tak tau kn..


Rasa bahagia sebab hari ini dapat "hadiah" itu..Hadiah daripada Allah untuk berada pada Ramadhan kali ini..walaupun hari ini dah masuk hari yang ke 5 dan masih tak pasti apakah ini yang terakhir dan adakah sempat merasai nikmat "hadiah" ini sehingga ke penghujungnya ???Wallahua'lam..itu ana serahkan pada Allah..Tapi untuk berada pada hari ini, ana tetap merasakan ini adalah antara hadiah dan nikmat yang Allah telah berikan..

Dan dalam "hadiah ramadhan" kali ini, masih ada banyak lagi hadiah yang Allah sediakan untuk kita di dalamnya..antaranya LAILATUL QADR!!..


jangan lupa..gunakan kesempatan ini untuk memulakan langkah baru dalam membentuk keperibadian diri..mulakan tarbiyah pada diri anda!..
Subhanallah, sedar atau tidak..Allah sudah beri hadiah yang cukup istimewa untuk kita..bukan semua orang dapat merasai nikmat ini seperti yang kita rasa hari ini..

Kerana inilah "hadiah terbaik" buat kita iaitu Madrasah Ramadhan...Allah beri bukan saja2 atau untuk dipersiakan..Tapi, kita fikir dan renungkan..apa yang kita mahu dan inginkan untuk Ramadhan kali ini??..

Semoga Ramadhan kali ini yang terbaik dan kita juga menjadi hambaNya yg terbaik..insyaAllah..sama2 kita berusaha ke arah itu..

Ramadhan Kareem!..Andai ada kesilapan di mana-mana..diri ini memohon maaf..
Semoga selamat menjalani ibadah di Madrasah ramadhan...(^_^)