Islamic Widget

Jumaat, 22 Julai 2011

satu malam

Alhamdulillah….
Setiap hari yang kulalui ku jalaninya dengan penuh kesyukuran pada-MU. Percaya pada hati bahawa setiap yang terjadi itu ada hikmahnya. Di malam yang sepi, usai sejadah itu kucium dan kusujud, terpaku ku sendirian mengenang memori silamku. Ujian yang kulaui amat perit sekali. Dalam tenungan silamku, aku tersenyum buat diriku… akhirnya aku berjaya menempuh semuanya atas kekuatan cinta dan beriman kepada Allah swt. Kasih sayang Allah dapat kurasai di saat ujian itu datang.

Deraian airmata tidak terkira. Di suatu malam….panggilan telefon dari seseorang….

Dengan tak sengaja, aku menangis… terluah segala yang terbuku di hati….

“Solehah jangan nangis, Allah sayang Adik. Allah uji sebab DIA sayang sangat pada Adk. Adk insan terpilih di sisinya. Mungkin akk tak rasa ape yang Adk rasa, tapi akk akan sentiasa bersama selamanya dan mendoakan Adk”

Linangan airmata itu, gugur dan gugur dengan derasnya.

“terima kasih akk…. Insya’Allah sy akan kuat”

Tak mampu utkku meluahkan bicara. Moga kita bersama di syurga abadi....

Moga bersam-sama tegar mencari setitis cinta ILAHI.

Ya Allah….malam ini…aku redha dengan ujian dan bebanan yang telah Engkau berikan padaku. Jikalau tiada ujian seberat itu, mungkin tidak terkesan kasih sayang-MU pada hamba-MU yang hina ini. Sejadah itu kulihat, masih lagi terbentang di situ. Dialah penemanku setiap masa di saat aku bertemu dengan-MU.

Segenap sudut bilikku, kuperhatikan…. Merekalah menjadi saksi aku berbicara dengan-MU. Sungguh sunyi rasanya jika hidup tanpa-MU. Di-KAU selalu memujuk hatiku dengan warkah cinta-MU. Pabila kegundahan datang bertandang, ayat-ayat cinta-MU menyentuh hatiku. Aku tenang dengan pujukan-MU.

Ya Allah, syukurku pada setiap anugerah-MU. Anugerah yang hadir di setiap ujian. Kita takkan sedar akan sesuatu itu jika tiada ujian di sisi….

Ahad, 17 Julai 2011

Beriadah dgn My Family.. ^_^

Bismillah... Alhamdulillah..Assalammualaikum smua...salam Mahabbah dan salam kerinduan ana ucapkan..hari nie ana saja nk kongsikn suasana semasa ana g beriadah bersama fmly ana semalam..jadi xde apa sgt..just gmbar2 jew.. lepas nie boleh lah rncang dgn keluarga sahabat2 semua utk bercuti yer... layann.. Taman Negara Gunung Ledang... Tangkak...

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa


berendam..bestnyer....

anak buahku sorng nie.. nak mandi jugak yer...


sedap je dia bersantai kat dalam air tu...amboii2... ^_^

si comelku..aucakkk...

dah penat...rehat jap....

ish2..x padan kecik ek..sorang2 pun jadik....


Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.


fmly akk yg ke 4.. wah seronok yer dik dapat main air..

kesian umi...adik2 dah2 nnti basah semuanya...

hah...dah menggigil dah tu.... naik2..

anak & menantu keluarga en.samsudin n pn.hasnah.. tapi x cukup semua... ramai lagi yg x ikot...



Apabila setiap ahli keluarga saling mencintai, menyayangi, dan saling mengalah, nescaya seluruh masyarakat akan menjadi baik, aman dan damai.

Keharmonian keluarga terletak pada sikap tanggungjawab dan terbangunnya komunikasi yang sihat diantara ahli keluarga.

Komunikasi dalam keluarga akan senantiasa terpelihara selama komunikasi dengan Allah pun tetap terjaga.

Keluarga yang dekat dengan Allah akan menjadi keluarga yang layak ditolong olehNya dalam setiap urusannya.

Rasulullah saw bersabda, paling dekat dengan ku kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya.


Rasulullah SAW bersabda

"sesungguhnya muslim itu saudara bagi muslim lainnya"

Antara kelebihan ukhwah ialah individu akan dapat merasai manisnya iman.
bersabda Rasulullah SAW

"Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya ia dapat merasakan manisnya iman, iaitu cinta kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi cintanya kepada selain keduanya, cinta pada seseorang kerana Allah, dan membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mahu dicampakkan ke dalam api neraka"

(Riwayat Bukhari-Muslim)


Wassalam..



Jumaat, 15 Julai 2011

Sajak Petikan ‘Tautan Hati’


Tautan Hati

Dipetik daripada novel Tautan Hati, karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin. Penulis novel Seindah Mawar Berduri dan Hatiku Milikmu.

Ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan,
Mustahil cinta bertandang,
Tanpa percintaan,
Mustahil keserasian dikesan,
Mereka sebenarnya terlepas pandang,
Dalam Islam ada taaruf dalam tempoh risik dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf itulah mendedahkan keserasian,
Cuma takrif ‘taaruf’ dan ‘serasi’ dalam fikiran manusia berlainan,
Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,
Bukan taaruf melalui bercinta sakan,
Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,
Bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah,
Batasan-Nya tidak boleh dipermainkan.
- Fatimah Syarha Mohd. Noordin

Sekadar perkongsian… Sajak yang menarik untuk dihayati…

Wallahualam…

Ahad, 10 Julai 2011

Jadilah pemuda ANSORULLAH.





Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Rabbul 'Alamin kerana masih diberi kesempatan untuk menulis.Mohon maaf kepada semua rakan2 dan terima kasih kerana masih memberi sokongan dan semangat untuk ana terus menulis dalam menyebarkan Islam yang sempurna ini walaupun sekadar satu ayat.


Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana 'Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut- pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong- penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang. (As-Shaff : 14)

Pemuda adalah sayap penting dalam perjuangan Islam, justeru itu pemuda jualah yang digantung harapkan oleh nabi s.a.w. untuk mendokong cita-cita perjuangan baginda s.a.w. Sabda nabi s.a.w :

حالفني الشباب و خالفني الشيوخ

Maksudnya : yang mendokong perjuanganku adalah pemuda manakala yang membelakangiku adalah orang-orang tua. (Al-Hadith)

Pemuda Ansorullah adalah pemuda yang sentiasa bersiap siaga (on call) untuk menyahut sebarang seruan tanpa rasa ragu bagi menegakkan syariat Allah s.w.t. di atas muka bumi ini.

Ibarat seorang ahli bomba yang sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan yang berlaku bagi tujuan memadamkan kebakaran dan menyelamat. Tiada istilah rehat, tidur dan bersenang lenang baginya kerana misinya cukup besar iaitu menyelamatkan nyawa dan harta benda.

Begitu juga seorang pemuda Ansorullah, dia perlu bersedia mendepani apa jua cabaran dan rintangan yang melanda biarpun terpaksa mengorbankan segala kepentingan dirinya. Ini kerana misinya jauh lebih besar daripada misi seorang anggota bomba. Ya,, cukup besar....misinya adalah menyelamatkan akidah ummah!!

Prinsip utama pemuda Ansorullah ialah kesediaan yang tidak berbelah bagi untuk turun ke medan perjuangan bagi menunaikan tanggungjawab dan amanah perjuangan dengan semangat yang tinggi.

Namun begitu untuk menjadi seorang pemuda Ansorullah perlu menepati piawaian yang merangkumi semua aspek.

1) Ansorullah dalam aqidah (Aqidah yang sahih)
2) Ansorullah dalam fikrah (Fikrah yang syumul)
3) Ansorullah dalam akhlak (Akhlak yang soleh)
4) Ansorullah dalam aktiviti (Amalan dan gerak kerja yang ikhlas dan benar)

Menjadi pemuda Ansorullah bukanlah bermaksud menjadi pemuda yang kasar dan ganas, bukan pemuda yang ekstrim dan subversif. Sebaliknya pemuda Ansorullah ialah pemuda yang mewarisi segala akhlak baginda Rasulullah s.a.w.

Melahirkan pemuda Ansorullah juga bukan bermaksud menukar minat pemuda motor kepada pemuda nasyid, bukan juga bermaksud menukar pemuda futsal kepada pemuda tilawah al-Quran dan pemuda IT kepada pemuda ceramah.

Sebaliknya pemuda Ansorullah bermaksud pemuda yang dibina aqidahnya agar mereka memiliki aqidah yang sahih, fikrah Islam yang syumul dan akhlak yang soleh. Maksudnya kualiti pemuda yang ingin dilahirkan adalah mengikut acuan perjuangan Islam.

Pemuda boleh bermain motor tetapi jadilah pemandu yang yang sahih aqidahnya, syumul fikrahnya dan soleh akhlaknya.

Pemuda boleh bermain futsal tetapi jadilah pemain futsal yang sahih aqidahnya, syumul fikrahnya dan soleh akhlaknya.

Pemuda boleh berkecimpung dalam bidan IT tetapi jadilah ahli IT yang sahih aqidahnya, syumul fikrahnya dan soleh akhlaknya.

Justeru itu, perjuangan untuk menegakkan Islam ini adalah peranan utama pemuda Ansorullah. Perjuangan ini bukan untuk mencari populariti atau membina empayar peribadi sebaliknuya perjuangan ini untuk Islam dan ummah.

Yakinlah Allah sentiasa membantu dan melindungi golongan-golongan yang ikhlas berjuang di jalan NYA. Wallahua'allam

Khamis, 7 Julai 2011

Aku menjauh kerana Allah


" Ya Allah , jangan biarkan aku bebas membawa diriku sendirian di dunia ujian-Mu ini .
Jangan biarkan aku sendiri , jangan biarkan aku terus hanyut di bawa arus hawa nafsu di lautan ujian-Mu .
Pegangilah dan pimpinlah aku menuju jalan redha-Mu "

------------------------------------------------------------

Akan ku lari jauh-jauh untuk menghindarkan diri
Kerna aku takut akan seksaan dari Tuhanku

Sukarnya diriku mengerti dirimu
Pada nilai dan harga dirimu
Apa yang ku tahu diriku teruji
Dengan keanggunan wajahmu

Andai dikau menjelma ku bagai tak berdaya
Bergetar naluri di hati
Lambaian sang bidadari
Kaburi mata ini
Haruskah ku mencari
Apa yang tidak pasti

Ku menjauh
Tak mahu ku tempuhi
Perjalanan yang suram ini
Ku menjauh
Daripada ku teruji
Apa yang tidak pasti

Dikala kau menjelma
Ku bagai tak berdaya
Bergetar naluri di hati
Senyuman sang bidadari
Kaburi mata ini
Haruskah ku mencari
Apa yang tidak pasti

Akan ku lari jauh-jauh untuk menghindarkan diri
Kerna aku takut akan seksaan dari Tuhanku
Ku lari jauh
Jauh darimu
Dari ujian ini
Inni Akhafullah !


Inni Akhafullah ( Sesunguhnya Aku Takutkan Allah ) ,

Isnin, 4 Julai 2011

Ambillah masa.


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.


Ambilah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.


Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.


Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.


Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.




Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.


Ambilah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.


Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.


Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.