Islamic Widget

Selasa, 23 November 2010

All The Best !!!


All The best !!!
Bitaufiq wan najah !!!


“Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”


Ya Allah, terangilah cahaya pada hati-hati kami dengan cahaya hidayatMu, sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu, dan bukakanlah pintu kemenangan kepada kami dengan kemenangan yang dekat , wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.


Hidup hanya sementara.Pergunakan waktu yang singkat ini untuk menjadi orang yang berjaya,dan dalam masa yang sama,menikmati kehidupan ini sebagai suatu pengembaraan paling menyeronokkan.


p/s : salam mahabbah.. mohon maaf blog ana akan d sambung smula pengisiannya slps tmat exam nnti ye... mohon doa kalian.. (^_^)

Sabtu, 20 November 2010

Pesanan Dariku


Alhamdulillah syukur dipanjatkan kehadrat Tuhan Yang Maha Esa d atas nikmat iman dan islam... salam mahabbah..salam perjuangan utk semua sahabat yg ana kasihi...yg ana cintai kerana Allah..

untuk pengisian ana kali ini ana x bercadang nak post banyak2.. tapi sekadar ingin berkongsikan sesuatu ttg apa yg ana rasakan pada ketika nie..untuk pgtahuan smua ana sebenarnya dalm ketakutan nie. ketakutan sbb lusa dah nak start exam..huhu bimbang xdpt nk jwb.. esok..ana dah nk pulang ke Kedah semula..esok ke?? ehh..dah pagi dah rupanya..so tggal beberapa jam je lagi dah nak naik bas.. uhh sedihhh...tapi nak xnk kena balik gak..klu x...gagal lah..emmm xnk gagal... InsyaAllah dgn izinnya ana pasti boleh..ruhul jadedd x
hilang lagi nie..hehe..

emm bercerita ttg exam nie..ana sebenarnya lagi bimbangkan adik ana nie.. nak SPM rupenyer
dia.


jd pesanan dr akk utk arif.. first skali akk pun nk mintak maaf klu slama nie akk byk wat silap kat kamu.. biasalah akk pun manusia biasa.. kdg2 marah kdg2 lembut.. tp percayalah akk marah pun hnya sebagai teguran.. utk kebaikan kamu juga.. sbb akk sygkn kamu..kamu adik akk.. arif.. first skli.. betulkan niat kamu..niat plg pntg.. dlm hadis pertama juga Rasulullah menyebut ttg niat.."setiap amalan itu dmulai dgn niat".. perbetulkan niat kita.. tujuan sbenar kta menuntut ilmu adalah kerana Allah..

Belajarlah,kerana dengan belajar itu,kamu akan menjadi elok bila kamu tidak mempunyai rupa yang elok dan kamu akan punya kekayaan.Ilmu itu adalah hiasan bagi orang yang tidak mempunyai perhiasan dan harta bagi yang tidak mempunyai harta”(hadis)B

“sesiapa yang menginginkan dunia(kebahagian dunia),maka hendaklah ia berilmu dan siapa yang menginginkan akhirat (kebahagian akhirat) maka hendaklah ia belajar dan berilmu,Dan siapa yang mengkehendaki kedua-duanya,maka ia pun harus berilmu”(hadis)

akk sentiasa doakan kjayaan adik2 akk..kjayaan dunia dan akhirat.. insyaAllah kmu akan bjaya..

adik-adik ku sayang..
akak pun sedang menuntut ilmu.. dan akak percaya ramai pembaca2 blog akak ni
masih menuntut ilmu.. tapi kita kene bijak membahagi masa.. antara masa untuk

Islam dan masa untuk belajar.. mana mungkin seseorang itu akan berjaya dengan
silibus dunia tapi dia gagal dalam silibus akhirat??.. mcam mana kita nak berjaya ?? mari kita
singkap rahsia AQ.. cara-cara nak menjadi penuntut imu yang berjaya didalam
AQ.. bagaimana??.. kita ikut turutan penurunan wahyu.. wahyu yang pertama surah
al-‘Alaq ayat 1-5 yang bermaksud.. “bacalah dgn nama tuhanmu yang menciptakan
jadi nak pandai kene baca buku.. wahyu kedua surah al-Qalam ayat 1 yang
bermaksud.. “Nuun. Demi pena dan apa yang mereka tulis”.. jadi nak berjaya kene
tulis.. tulis nota ke buat peta minda ke sebab itu lebih meningkatkan kadar
memori kita.. dan wahyu yang ketiga surah Muzammil yang mana Allah menyuruh
manusia bangun dan bersolat malam.. maka lengkaplah rahsia-rahsia kejayaan
pelajar Islam..

Buat jadual waktu yang fleksible.. jangan hanya tumpu pada
study.. peliknya budaya pelajar-pelajar kita ni.. masa untuk study boleh pula
di curi untuk bersukan. Untuk borak-borak, makan-makan.. tapi kalau suruh baca
AQ.. alahai liatnya.. baca buku agama lagilah payah.. novel-novel dihadap
sampai dua tiga pagi pun xpe..pesanan untuk diri sendiri juga…

jadi pesanan terakhir akk utk adik akk nie.. selalu2lah ingat pesan mak n ayah.. jaga hubungan dgn mereka..begitu juga dgn guru2 kita.. ingat redha Allah Terletak pada redha keduanya..

P/S : maaf klu tersilap kata ye..menulis pagi2 nie kdg2 terlebih ..hehe..2 yg x sdar tu..pnjg pulak..


Jumaat, 19 November 2010

Layakkah Diri Ini

Ya Allah... Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah s.a.w?? sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah... Lihat sahaja isteri-isteri Nabi... Ummul-muslimin...Ummi-ummi kita...lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka... lihat sahaja ketabahan hati mereka... sehinggakn setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul... Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28]




Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga?? Mampukah aku mengingatkn si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi?? Ah sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu.... Masanya belum tiba utuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!!

Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya...Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu...sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih.... Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??...tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya...kau perlu tabah!! dan aku tahu, kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua... Duhai hati... bersabarlah... perjalanan kita masih jauh.... bersabarlah... teruskan doamu... hari itu akan tiba jua.... pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak.... bersabarlah.....

Khamis, 18 November 2010

Beraya di Rumah Juga.. ^_^

Di kesempatan ini ana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca blog, "Bingkisan Nurani" dan kepada rakan blogger sekalian.

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.



Semoga Aidiladha kali ni membawa seribu pengertian untuk kita semua.

Alhamdulillah ana dpt beraya d rumah, wlpun pada asalnya mmg rancang raye kat kedah je sbb mggu exam.. rupanya Allah dah tetapkan yg lain...exam d tunda so..dptlah beraya kat rumah.. ^_^


makcik,sepupu n anak buah

Kepada yang pulang ke kampung, kirimkan salam ana pada famili you all ok. Atau mungkin ada family member yang menunaikan haji? Sama-sama kita doakan mereka mendapat haji yang mabrur. Atau mungkin ada yang korban kambing, kerbau, lembu atau unta tahun ni? Ha, jangan lupa bagi ana sikit!..hehehe...

bersantai d pondok yg ayah buat

Tak lupa juga kepada blogger di perantauan, jangan sedih-sedih. Di mana pun kita beraya, kita masih di Bumi Allah. Ada kesempatan, bolehlah celebrate di Malaysia.

Anyway, ampun maaf andai ada tersalah kata atau apa-apa saja. I'm only human. I'll be back to blog very soon.insyaAllah..

Isnin, 15 November 2010

Harapan Mereka.



assalammualaikum..syukur kehadrat ILAHI atas nikmat iman dan islam yg masih dkurniakan kpd diri hamba yg hina ini.. syukur masih dkurniakan khidupan yg cukup indah untukku Ya Allah...Maha Besarnya Engkau atas segala ksempurnaan d Sebalik keindahan Asma'Mu...ya Allah..hamba merafakkan tangan menadah memohon ampunan dariMu atas segala keterlanjuran diri ini..kekurangan yg ada padaku dsebabkan dr kelalaianku sendiri..Ampunkanku Ya Allah..

Alhamdulillah utk kesekian kalinya ana dberikan ksempatan oleh Yang Maha Esa utk meneruskan penulisan ana utk kali ini..jam sekarng mnunjukkan pukul 10 pg..seusai sahaja solat dhuha tangan nie terus terasa nak menaip sesuatu..sebenarnya..terasa sebak sangat pagi ni..mengenangkan kata2 ayahnda dan bonda tercinta pagi tadi.. pagi tadi macam biasa ana bangun pada jam 5.45 bersiap untuk solat subuh dan terus siapkan sarapan pagi untuk adik2..almaklumlah mereka nak sekolah pagi2 nie..ana sbg kakak kenelah membantu bonda d dapur..kalau bkn ana siapalah lagi nak membantu kan.. tanggungjawab sebagai seorang anak mesti dlaksanakan.. sebelum ana nak berangkat semula pulang ke kedah ana gunakan betul2 masa yang ada utk meringankan beban bonda d rumah..walaupun hanya seketika cuma..trima kasih bonda atas pengorbananmu..

setelah adik2 semua ke sekolah seperti biasa pada jam 7 pagi ana,bonda dan ayahanda mesti dah duduk d depan tv utk menonton rancangan tanyalah ustaz d Tv9..emm nak d pendekkan cerita topik hari ini adalah berkenaan dgn haji.. "Haji Mabrur".. sewaktu sedang leka mendengar ustaz menyampaikan ceramahnya..tiba2 ayah berkata kpd ana.. ayah harap sanagat dapat ketanah suci dgn mak kamu..sambil tersenyum ana pun menjawab..insyaAllah ayah.. ada rezeki mesti ayah ngan mak akan tunaikan haji juga..

ayah berkata kepadaku..nanti leha akan bawak mak dgan ayah kesana kan..?? ana terkedu dgn pertanyaan itu.. dalam hati kecilku berkata mmg itu salah satu impianku ayah mak..kalau boleh ingin membawa mak n ayah tunaikan haji dwaktu usia mak n ayah masih sihat..mudah untuk tunaikan ibadah nie.. terasa sebak d dada tak tertahan..ayah menyambung kata2nya.." Nanti bila gaji besar jgn lupa mak ngan ayah..leha mesti kena bantu mak ngn ayah..satu2nya anak perempuan harapan ayah ni..nanti mesti adik2 yang lain akan menyusul..ayah doakan sngt anak2 berjaya..capai cita2 masing2.." mendengarkan kata2 ayah..tiba2 airmataku gugur.. tak mampu menahan kepiluan hati..

bimbangnya diri ini Ya Allah..takut tak mmpu tunaikan impian mereka..tapi hakikatnya daku mmg amat berharap sangat dapat melaksanakan tnggungjawabku sebagai seorang anak..bila lagi ana nak membalas jasa mereka..inilah masanya.. ana perlu menghabiskan pengajian lagi satu setengah tahun je lagi.. sebelum ana keluar mengembara mencari pekerjaan..bagi meringankn beban mereka..

ana lihat di mata ayah dan mak..ana tahu mereka amat berharap..ana tahu mereka dah lelah membesarkan kami 10 beradik.. namun hingga ke saat ini ayah masih menguatkan diri begitu juga dengan emak..semata2 utk mncari rezeki utk menyekolahkan adik2 dan juga utk membantuku utk meneruskan pengajian.. mak ayah leha sayangkan mak ayah... leha x nak kecewakn mak ayah.. dgn berbekalkan doa kalianlah leha akan berjaya dunia dan akhirat..


Ya Allah...Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.......

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Sabtu, 13 November 2010

Terimalah Dia Seadanya..........

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……



Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……
Jika kamu sedang memiliki seseorang….
TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……



Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……?
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……?
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……?
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……



Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti,
namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang telah pergi”

Ketenangan Hati

Ketika masalah demi masalah datang silih berganti...
Ketika kesulitan demi kesulitan seolah-olah datang tiada henti...
Ketika tentangan hidup dari hari ke hari terasa kian mendaki...

Dan ketika kemaksiatan sudah merajalela...
Dan ketika kejujuran sudah menjadi barang yang langka...
Dan ketika kecurangan sudah membudaya...
Dan ketika kecintaan pada dunia sudah menjadi tujuan utama...
Dan ketika kemungkaran sudah ada dimana-mana...

Maka hanya orang-orang yang beriman serta senantiasa mengingat Allah saja, hati mereka menjadi tenang dan tenteram. Mereka mengikhlaskan hatinya kepada Allah dengan sepenuhnya.

“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram”. (QS. Ar Ra’d. 28).

“(Ingatlah) ketika ia datang kepada Tuhannya** dengan hati yang suci”. (QS. Ash Shaaffaat. 84). **) Maksud “datang kepada Tuhannya” ialah mengikhlaskan hatinya kepada Allah dengan sepenuhnya.

Sahabatku…,
“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Qur'an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorangpun pemberi petunjuk baginya”. (QS. Az Zumar. 23).

Jumaat, 5 November 2010

Jika belum siap..Cintai dia dalam diam..



Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, toh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

Selasa, 2 November 2010

Bukan Mudah untuk Berbicara Dari Hati.

MENIPU, DITIPU DAN TERTIPU.

Dalam kesyahduan subuh yang hening ana menulis..air mata berlinangan membasahi pipi...dugaan yang dilalui terasa berat utk dilalui..terkilan rasa dihati..sukar benar ke utk menyatakan yang sebenarnya..??. kenapa perlu mempermainkan hati dan perasaan insan lain ?? Allahu akhbar.. Kuatkan HambaMU..

Ya, ana tahu semua orang melakukan kesilapan. Moga kesilapan yang dilakukannya menjadi iktibar untuk dirinya dan terutamanya pada diri saya (begitu juga anda yang membaca).

Tentu ramai yang pernah menghadapi insiden menipu, ditipu dan tertipu, cuma jalan ceritanya tentu sahaja berbeza.

ana banyak belajar dari episod hidup itu.

Belajar tentang erti kehidupan.
Belajar tentang erti persahabatan.
Belajar tentang erti KEIMANAN & KETAQWAAN.

Akhirnya ana berkata pada diri: Biarlah ana menjadi insan yang ditipu dan tertipu tetapi tidak sekali mahu menjadi insan yang MENIPU.

Nabi s.a.w telah bersabda:

من غشنا فليس منا

Maksudnya: "Siapa yang menipu kami, maka dia bukanlah di kalangan kami"
(Hadith sahih dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No 1058)

Berbahagialah jika anda dihormati dan disayangi kerana agama (Islam) yang menghiasi diri. Namun, jangan sekali pergunakan itu sebagai tiket untuk menutup segala yang dilakukan dan akhirnya menipu orang lain. Penipuan itu teramat sakit rasanya untuk orang yang ditipu dan tertipu bila mana ianya dilakukan oleh ORANG YANG AMAT DIPERCAYAI.

Wallahu'alam