Islamic Widget

Isnin, 15 November 2010

Harapan Mereka.



assalammualaikum..syukur kehadrat ILAHI atas nikmat iman dan islam yg masih dkurniakan kpd diri hamba yg hina ini.. syukur masih dkurniakan khidupan yg cukup indah untukku Ya Allah...Maha Besarnya Engkau atas segala ksempurnaan d Sebalik keindahan Asma'Mu...ya Allah..hamba merafakkan tangan menadah memohon ampunan dariMu atas segala keterlanjuran diri ini..kekurangan yg ada padaku dsebabkan dr kelalaianku sendiri..Ampunkanku Ya Allah..

Alhamdulillah utk kesekian kalinya ana dberikan ksempatan oleh Yang Maha Esa utk meneruskan penulisan ana utk kali ini..jam sekarng mnunjukkan pukul 10 pg..seusai sahaja solat dhuha tangan nie terus terasa nak menaip sesuatu..sebenarnya..terasa sebak sangat pagi ni..mengenangkan kata2 ayahnda dan bonda tercinta pagi tadi.. pagi tadi macam biasa ana bangun pada jam 5.45 bersiap untuk solat subuh dan terus siapkan sarapan pagi untuk adik2..almaklumlah mereka nak sekolah pagi2 nie..ana sbg kakak kenelah membantu bonda d dapur..kalau bkn ana siapalah lagi nak membantu kan.. tanggungjawab sebagai seorang anak mesti dlaksanakan.. sebelum ana nak berangkat semula pulang ke kedah ana gunakan betul2 masa yang ada utk meringankan beban bonda d rumah..walaupun hanya seketika cuma..trima kasih bonda atas pengorbananmu..

setelah adik2 semua ke sekolah seperti biasa pada jam 7 pagi ana,bonda dan ayahanda mesti dah duduk d depan tv utk menonton rancangan tanyalah ustaz d Tv9..emm nak d pendekkan cerita topik hari ini adalah berkenaan dgn haji.. "Haji Mabrur".. sewaktu sedang leka mendengar ustaz menyampaikan ceramahnya..tiba2 ayah berkata kpd ana.. ayah harap sanagat dapat ketanah suci dgn mak kamu..sambil tersenyum ana pun menjawab..insyaAllah ayah.. ada rezeki mesti ayah ngan mak akan tunaikan haji juga..

ayah berkata kepadaku..nanti leha akan bawak mak dgan ayah kesana kan..?? ana terkedu dgn pertanyaan itu.. dalam hati kecilku berkata mmg itu salah satu impianku ayah mak..kalau boleh ingin membawa mak n ayah tunaikan haji dwaktu usia mak n ayah masih sihat..mudah untuk tunaikan ibadah nie.. terasa sebak d dada tak tertahan..ayah menyambung kata2nya.." Nanti bila gaji besar jgn lupa mak ngan ayah..leha mesti kena bantu mak ngn ayah..satu2nya anak perempuan harapan ayah ni..nanti mesti adik2 yang lain akan menyusul..ayah doakan sngt anak2 berjaya..capai cita2 masing2.." mendengarkan kata2 ayah..tiba2 airmataku gugur.. tak mampu menahan kepiluan hati..

bimbangnya diri ini Ya Allah..takut tak mmpu tunaikan impian mereka..tapi hakikatnya daku mmg amat berharap sangat dapat melaksanakan tnggungjawabku sebagai seorang anak..bila lagi ana nak membalas jasa mereka..inilah masanya.. ana perlu menghabiskan pengajian lagi satu setengah tahun je lagi.. sebelum ana keluar mengembara mencari pekerjaan..bagi meringankn beban mereka..

ana lihat di mata ayah dan mak..ana tahu mereka amat berharap..ana tahu mereka dah lelah membesarkan kami 10 beradik.. namun hingga ke saat ini ayah masih menguatkan diri begitu juga dengan emak..semata2 utk mncari rezeki utk menyekolahkan adik2 dan juga utk membantuku utk meneruskan pengajian.. mak ayah leha sayangkan mak ayah... leha x nak kecewakn mak ayah.. dgn berbekalkan doa kalianlah leha akan berjaya dunia dan akhirat..


Ya Allah...Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.......

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Tiada ulasan: