Islamic Widget

Isnin, 31 Januari 2011

Metodologi Dakwah : Bahagian 2


Salam mahabbah semua..salam kasih sayang utk semua teman2 yg ana cintai kerana Allah..Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,keluarga dan sahabat Baginda,..insyaAllah utk entry ana kali ini ana ingin meyambung bingkisan yang berkaitan dengan " METODOLOGI DAKWAH".. Bahagian 2..
di bahagian pertama yang lepas ana telah menerangkan berkaitan pengertian dakwah dan juga kepentingannya..maka kali ini ana nak kongsikan pula berkaitan dengan...??? jom baca kat bawah nie...



SIAPA YANG HARUS BERDAKWAH??.

selalu sangat pertanyaan ini bermain2 di minda kita dan sering juga kita menyifatkan kerja2 berdakwah ini hanya patut dilakukan oleh golongan tertentu sahaja.. jadi kalu nak buang persepsi2 sebegini ayuh sama2 kita rungkaikan persoalan ini bersama..

ramai orang suka mencipta alasan dan di antara alasannya.. ialah.. :

Alasan 1 : Diri saya pun teruk, macamana nak berdakwah kepada orang lain??..
  • hakikatnya alasan ini memang tidak boleh diperbaiki. Oleh itu, buang alasan tersebut dengan cara " perbaiki diri kita ". Mungkin kita mmg pernah melakukan kesilapan pada masa dahulu. namun kita masih boleh bertaubat. Jadikan pengalaman yang lalu untuk dikongsi bersama dgn orang lain. Ajak orang utk buat baik dan jadi seperti mana kita dahulu, jangan buat perkara/ kesalahan yang sama yang pernah kita lakukan dahulu. Tidak semua pengalaman hidup itu adalah yang indah. " Saidina Abu Bakar / Umar juga dahulu Jahiliyah". Namun Allah bukakan pintu hati mereka dan akhirnya merekalah di antara ahli2 syurga yang dijanjikan Allah.
Alasan 2 : Saya rasa saya belum cukup ilmu lagi..
  • Nabi S.A.W telah bersabda ; "sampaikanlah (ajaranku) kepada yang lain walaupun hanya satu ayat " ( sahih Bukhari, vol 4, Hadis 667)
  • Orang yang merasai satu2 musibah, tidak sama dengan orang yang tidak merasai musibah itu..maka hakikatnya itu juga sebenarnya adalah ilmu.
Alasan 3 : Saya khuwatir dakwah saya tidak akan berkesan. ( ini dinamakan takkabur).
  • "maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya engkau ( Muhammad) hanyalah pemberi peringatan, Engkau bukanlah orang yang berkuasa atas mereka.." ( Surah al-Gasyiyah, ayat : 21-22)
  • yang penting ajak sahaja, sama ada dia ikut atau tidak itu bukan tugas kita, kerana HIDAYAH itu milik Allah.
  • Yang penting ajak secara baik.
Alasan 4 : Apabila kita melakukan dakwah, orang bukan Islam katakan " jaga urusan kamu sendiri ".
  • Kepada yang bukan islam kita berdakwah dengan "Hallun" iaitu dengan tindakan yang baik @ akhlak yang baik.
Alasan 5 : Aku tidak mahu menyakiti hati sesiapa.
  • "Berkatalah yang benar walaupun ia begitu pahit "

Oleh itu tiada lagi alasan dalam kita menjalankan dakwah, sesiapa sahaja boleh melakukan tugas ini,.. InsyaAllah..

CARA-CARA BERDAKWAH :

  1. Seru dengan bijaksana
  2. Nasihat atau pengajaran yang baik
  3. Berbahas menerusi Al-Quran
  4. Kejahatan dibalas kebaikan
  5. Bersabar terhadap kejahilan dan cacian
  6. Hidayah tetap datangnya dari Allah.
"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami. dan teguhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir ”
( Surah Ali Imran [3] : 147 )

p/s : semoga sama2 kita manfaatkannya didalam kehidupan kita..sebarkan kebaikan utk semua.. ^_^

Ahad, 30 Januari 2011

Metodologi Dakwah : Bahagian 1




Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..Salam Mahabbah semua..Alhamdulillah dgn limpah kurniaanNya yg tidak terhingga ana masih lagi dhidupkan dgn nikmat iman dan Islam. masih dberikan kekuatan utk istiqomah dalam menyampaikan sesuatu kepada sahabt2 yang ana cintai krn Allah..tidak jua kulupakn selawat dan salam utk kekasih hati yang amat kurindui Muhammad s.a.w, keluarga, sahabat dan tabiin..


Alhamdulillah semalam ana diberikn klapangan oleh Allah utk mengikuti kursus kepimpinan kerohanian uum yang dianjurkan oleh Jabatan HEP dan kjasama drp Pusat Islam serta pelajar2 dr DPP MAS..antara peserta yg terlibat adlah exco2 kerohanian daripada setiap Dewan Penginapan Pelajar UUM..dan ana mewakili exco kerohanian dpp Yayasan Al-Bukhary.. jadi disini ana ingin berkongsi sedikit pengisian yang ana dpt drp kursus tersebut..InsyaAllah sama2 manfaatkannya..


"METODOLOGI DAKWAH " Kupasan dr Ustaz Hj.Khadafi bin Hj.Rofie..iaitu salah seorang pensyarah UUM sendiri..

baiklah sebelum kita mengupas dgn panjang..mari kita rungkaikan dahulu pengertian dakwah itu. dakwah ialah mengajak,memanggil, menjemput (yad'u, da'a ). Utk berdakwah kita juga haruslah memahami ibadat dakwah dari segi tujuannya, cara2nya, syarat2nya, mad'u nya serta sgala yang berkaitan dgnnya..

kebanyakkan dari kita "tahu" tapi kita tak "faham". kerana itulah bila datangnya satu2 perkara kita tidak mampu utk menghuraikannya.

"siapakah yang terlebih baik perkataannya drp orang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh seraya berkata ; "sesungguhnya saya seorang muslim". ( Fusshilat ayat 33).

Dakwah bukan hanya dgn kata2 tetapi haruslah diselaputi dgn perasaan, krn ia akan membawa kepada kebaikan. iaitu perasaan cinta. Cinta kerana Allah.

KEPENTINGAN DAKWAH :

Dan hendaklah di antara kamu adasegolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang ma'aruf dan mencegah yang mungkar. dan mereka itulah orang2 yang beruntung. ( Ali imran : 104)



  • Memikul amanah Nabi S.A.W : hakikatnya dimensi dakwah ialah satu beban yang sangat besar yang pernah ditanggung oleh Rasulullah s.a.w. Jadikanlah yang baik itu sebagai rutin harian kita. "berpanjanganlah amalan yang kamu lakukan asalkan berterusan
  • Pendakwah ialah Khairu Ummah : "kamu (umat islam) adalah uamt terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh ( berbuat) yang ma'aruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah." (Ali Imran : 110
  • Pendakwah itu berada didarjat yang tinggi : (Al-maidah: 78-81) . Banyakkan bersabar, beristighfar, kerana darjat orang yang sabar itu inggi di sisi Allah. ketenangan juga jelas terpancar di kalangan orang2 yang sabar. " Serulah manusia ke jalan RabbMU ( Allah) dgn jalan hikmah (hujjah) & pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dgn cara yang baik ". (an-Nahl : Ayat 125) . "wal mauizzatun Hassanah"..
setakat ini shaja dahulu yang boleh ana sampaikan..InsyaAllah ana akan sambung lagi pengisiannya d bahagian yang kedua nanti..mudah2an dberikan kesempatan oleh Allah.. (^_^)

Khamis, 27 Januari 2011

Muslim Yang Berjaya.

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman & Islam yang telah Engkau berikan kepada hamba ini, moga diri ini menjadi hamba yang bersyukur. Selawat dan salam buat Imam umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah…diberi keizinan untuk terus istiqomah menulis setelah tertangguh beberapa kali.salam sayang buat sahabat2 pembaca setia yang ana cintai kerana Allah..InsyaAllah kali ini kita masuk ke bab seterusnya..entry ana kali ni nak bawakan sedikit bingkisan berkaitan Mukmin yang Berjaya..jom kita kenali ciri2 mukmin yang berjaya utk sama2 kita contohi..

Dibersihkannya kalbunya daripada sangkaan yang salah, dibersihkannya fikirannya daripada angan-angan yang jahat. Diperjamkannya matanya daripada melihat kekejian. Ditulikannya telinganya daripada mendengar yang buruk-buruk. Dipeliharanya lidahnya daripada memperkatakan sesuatu yang berlawanan dengan kebenaran.

Ia memilih mati kelaparan daripada diisinya perutnya dengan rezki yang haram. Ditahannya tangannya daripada berbuat zalim dan memperkosa hak orang lain. Ia tidak melangkahkan kakinya di jalan yang jahat. Ia tidak mahu menundukkan kepalanya di depan kebatilan meskipun ia disalibkan atau tubuhnya dikerat-kerat. Segala cita-cita dan hajatnya tidak dibawanya ke alam nyata dengan melalui jalan kejahatan, kezaliman dan permusuhan. Yang paling dimuliakannya ialah yang hak, berkata benar dan berlaku jujur.

Ia tidak kedekut terhadap dirinya dan hartanya pada jalan yang hak. Dalam padanga nya, yang paling dimurkainya ialah kezaliman, dusta dan khianat. Ia tidak rela menggunakan sifat-silat ini dan ia tidak mahu memilih jalan ini disebabkan takut mudarat menimpa dirinya atau mengharapkan manfa’at bagi dirinya.

sumber: Asas-asas Islam - Abu’l A’la Al-Maududi

p/S : Diam bukan bermakna menghilang.. ^_^

Ahad, 9 Januari 2011

Di Mana Kedudukan Hatiku

-Muhasabah Diri: Di Mana Kedudukan Hatiku-


Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam Ukhuwah Mahabbah, Buat sahabat2 yang ana cintai kerana Allah smg
dirahmati Allah selalu..insyaAllah utk entry ana kali ini marilah sama2 kita melihat
kedalam diri..sama2 muhasabah dalam menuju redha Ilahi..bkn apa kdg2 kita
terlupakan nak melihat kedalam diri kita sendiri,ada masa utk perkara lain tapi
rupa2nya diri kita ini sering kita abaikan..jom sahabat semua....

Segala puji hanya selayaknya bagi Allah, Rabbul Wadud,
Rabb Pemilik Segala Kecintaan,
dan Dialah Pemilik Segumpal Darah yang berada di dalam tubuh
seorang insan bernama hamba iaitu Hati Nurani. Subhanallah, Alhamdulillah,
Allahuakbar. Hanya kepadanya kita panjatkan setinggi2 kesyukuran kerana masih
diberi kesempatan untuk menjadi hamba
yang sedar kerana tidak semua manusia menyedari hakikat nikmat ini, lalu mereka
menjadi hamba yang begitu sombong dan angkuh dengan bahana kecintaan
terhadap dunia yang begitu dusta. Semoga kita tidak bersama golongan 2 ini ,
insha’Allah,amin.
Selawat dan salam buat Rasul Junjungan Umat, Rasulullah saw, kekasih pilihan
Allah yang begitu unik, merupakan suri teladan seluruh umat sepanjang zaman.
Assalamua’laika, Ya Rasulullah.

Saya mendoakan agar, sidang pembaca sekalian sentiasa berada dalam
keadaan sejahtera, disejahterakan, dan mensejahterakan, kerana
sesungguhnya Islam itu bermula
dari perkataan ‘salam’, iaitu sejahtera. Maka, sesiapa yang berada di dalamnya
dan mengikuti jalan hidup seperti mana yang dianjurkan olehnya akan sentiasa
disejahterakan oleh Rabb Yang Mensejahterakan (As-Salam).
Sesungguhnya sabda Rasulullah saw:

Ketahuilah kamu di dalam badan manusia terdapat
segumpal darah. Apabila baik maka baiklah
keseluruhan segala perbuatannya
dan apabila buruk maka buruklah keseluruhan tingkah lakunya.
Ketahuilah kamu bahawa ia adalah hati

Pada hari ini, ingin saya berkongsi sedikit ilmu Allah bersama sidang
pembaca sekalian mengenai Pembahagian Hati.

Pertama: Hati Yang Sihat



Hati yang sihat, iaitu hati yang bersih yang
seorang pun tidak akan
mampu selamat
pada hari kiamat kecuali jika dia datang
kepada Allah dengannya.
Mafhumnya:

“(iaitu) di hari harta dan anak-anak lelaki tiada lagi berguna, kecuali
orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih.”
(As-Syuara’: 88-89)

Qalbun Salim iaitu hati yang bersih dan selamat dari berbagai unsur syahwat yang
menyalahi perintah dan larangan Allah, bersih dan selamat dari berbagai-bagai
syubhat yang bertentangan dengan beritanya.

Kedua: Hati Yang Mati



Hati yang mati, tidak ada kehidupan di dalamnya. Ia tidak mengetahui Rabbnya
, tidak menyembah dan menunaikan haknya sebagai seorang hamba
dengan sebenar-benarnya. Ia bahkan selalu tunduk dan akur kepada hawa
nafsu dan kelazatannya.
Oleh itu, dia akan dimurkai dan dibenci Allah maka hatinya menjadi kosong,
tiada tempat bergantung, dan kehidupannya begitu jauh dari landasan kebenaran.
Namun, dia tidak memperdulikan semua itu, asalkan mendapat apa yang
diinginkannya, tidak kira sama ada, perkara itu diredhai Allah atau sebaliknya.
Ia mendambakan cinta selain Allah dalam cinta , takut, harap, redha dan
benci, pengagungan dan kehinaan. Hawa nafsu membuatnya buta dan tuli selain
dari kebatilan.Dalam realiti dunia pada hari ini, kita dapat melihat dengan
mata sendiri, apabila hati manusia telah mati, maka, mereka mencari
cinta-cinta lain selain cinta Allah, seperti cinta kepada harta dan
pangkat juga manusia. Lalu, rasuah dan dengki-mendengki menjadi makanan
yang semakin menghancurkan hati. Hidup tiada ketenangan, resah akan
kehilangan harta yang dimiliki, saling jatuh-menjatuhkan antara satu sama lain
. Dan akhirnya, bunuh diri menjadi satu titik pengakhir semua permasalahan.
Maka, sebenarnya, kita menambahkan masalah atas masalah. Hal ini
berlaku apabila hati manusia telah mati dan sudah tidak mengenali
fitrahnya sebagai seorang hamba.

Maka, berkawan dengan insan-insan yang memiliki hati
seperti ini adalah penyakit,
bergaul dengannya adalah racun dan menemaninya adalah kehancuran.

Ketiga: Hati Yang Sakit



Hati yang hidup, tetapi cacat. Ia memiliki dua material yang saling tarik menarik.
Ketika ia menang di dalam pertarungan itu, maka di dalamnya terdapat
kecintaan kepada Allah, keimanan, keikhlasan dan tawakal kepadaNya.
Namun, di dalamnya juga terdapat kecintaan lain, iaitu cinta kepada hawa nafsu,
keinginan dan usaha keras untuk mendapatkannya, dengki, takabbur,
bangga diri, kecintaan, berkuasa dan membuat kerosakan di bumi, itulah material
yang menghancurkan. Ia senantiasa diuji 2 penyeru:

1) 1) Menyeru kepada Allah swt dan rasul serta hari akhirat.
2) 2) Menyeru kepada kenikmatan sesaat.

Allah menjelaskan ketiga-tiga jenis hati ini di dalam firmanNya yang bermaksud:

“Dan tidaklah Kami mengutuskan sebelummu seorang Rasul atau seorang Nabi
melainkan apabila dia bercita-cita (supaya kaumnya beriman kepada
agama Allah yang dibawanya), maka Syaitan pun melemparkan hasutannya
mengenai usaha Rasul atau Nabi itu mencapai cita-citanya; oleh itu,
Allah segera menghapuskan apa yang telah diganggu oleh Syaitan,
kemudian Allah menetapkan
ayat-ayatNya dengan kukuhnya dan Allah Maha Mengetahui,
lagi Maha Bijaksana(52). (Yang demikian) kerana Allah hendak
menjadikan hasutan Syaitan itu sebagai
satu fitnah cubaan bagi orang-orang yang ada penyakit kufur ingkar dalam hati
mereka dan yang hatinya keras membatu dan sesungguhnya mereka
yang zalim itu sentiasa berada dalam pertentangan
yang jauh dari kebenaran(53).Dan juga
supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan
itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk
taatlah hati mereka mematuhinya dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin
orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.(54)” (Surah Al-Hajj)

Oleh itu wahai sahabat2 ku sidang pembaca sekalian,

Marilah kita sama2 memelihara kesihatan hati, agar kita tidak memiliki hati yang mati.
Sentiasa berwaspada dengan bisikan-bisikan halus syaitan agar kita tidak terjerumus
ke lembah kehinaan. Sesungguhnya syaitan itu begitu licik menggoda hati manusia,
kadangkala kita tidak sedar bahawa kita telah jauh dari landasan Islam.
Oleh itu, marilah kita sentiasa kembali kepada Allah swt, setiap saat dan setiap
waktu serta jangan biarkan jiwa kita selesa dengan maksiat dan mula meninggalkan
ibadah-ibadah2 meskipun ibadah sunat. Hal ini disebabkan, apabila kita mula
meninggalkan kebaikan sedikit demi sedikit, maka, kita akan lebih dekat dengan
maksiat @ keburukan. Akhirnya, dari hati yang segar, ia mula berpenyakit, lalu ia
mula merebak dan akhirnya mati. Sungguh hina dan rugi sekali apabila kita mati dalam
keadaan kita tidak dapat mengucapkan syahadah. Kita tidak kenal siapakah Allah..
Nauzubillah. Lalu, mari kita melihat bagaimana tips untuk memelihara
kesihatan hati:



1) -Bacaan Al-Quran dengan tadabbur: menghayati & memahami tuntutan ayat yang dibaca.
2) - Perut yang kosong: tidak sentiasa dipenuhi makanan sepanjang masa.
3) -Ibadah di malam hari : Qiyamullail.
4) -Merendahkan diri di hadapan Allah pada waktu sahur (dinihari) : taubat & munajat.
5) - Sentiasa mendekatkan diri di Taman2 Syurga: Majlis2 Ilmu

Sesungguhnya banyak lagi amalan2 yang dianjurkan oleh Islam sebagai langkah untuk
menghindarkan diri dari memiliki hati yang berpenyakit dan hati yang mati. Oleh itu,
marilah kita bersama2 menjaga kesihatan hati (roh) seperti mana kita begitu berhati2
menjaga kesihatan jasad dengan sentiasa melakukan Tazkiyatun Nafs (penyucian diri)
iaitu amal soleh serta ketaatan yang jitu kepada Allah swt & RasulNya..
Wallahua’lam. Akhir kata ingin saya tutupi bait2 kalimah ini dengan sebuah doa:

“Ya Allah, Perbaikilah agama kami yang merupakan jalan penyelesaian
segala masalah kami. Perbaikilah dunia kami yang menjadi penegak
kehidupan kami dan perbaikilah akhirat kami yang akan menentukan
akhir kesudahan kehidupan kami. Ya Allah, anugerahkanlah kami
rezeki taqwa yang memperbaiki amalan dan akhlaq kami. Kami
memohon rasa takut terhadap kemurkaanMu, mengharapkan
keredhaanMu, dan selalu bergantung pada limpah rahmatMu.
Anugerahkanlah kami rezeki taqwa dalam sembunyi sebelum
terang-terangan. Janganlah hinakan kami dengan bermaksiat
kepadaMu. Jadikan kami cenderung dalam melaksanakan kebaikan
serta membawa kebaikan terhadap seluruh insan. Wahai Rabb yang
membolak balikkan hati, tetapkanlah kami di atas deenMu.
Kabulkanlah wahai Dzat Yang Paling Rahim”


Khamis, 6 Januari 2011

Kalian sentiasa dHatiku.

salam mahabbah..salam kasih sayang utk sahabt2 yg ana cintai kerana Allah.. alhamdulillah ya Allah ats nikmat Iman dan Islam..sungguh tenang hari ini..selawat dan salam buat kekasih hatiku ya habibi, keluarga dan sahabat baginda..Dengan namaMu Ya Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang hambamu ini memulakan segalanya.. sudah hmpir seminggu rasanya blog ana ini tidak diisi dgn entry yg baru..syukur krn hrni ada juga masa utk mengisinya..

insyaAllah utk entry kali ni ana nak tuliskan sedikit bingkisan buat teman2 yg amat ana rindui...mengimbau kenangan silam..bagai semalam baru berlalu..indahnya saat persekolahan,teringin nak berkumpul macam dulu dgn semua kawan2..SMK.TENGKU MAHKOTA..itulah nama sekolah tempat ana dan sahabat2 belajar..tersirat seribu satu kisah ttg persahabatan kami disana..suka,duka..semuanya ada.. ^_^buat ana tersenyum sendiri..


mase nie kawan2 lelaki xde kat sini..2007..
~muslimah pu2b~

sewaktu kat sekolah waktu frm 1-3 xdelah terasa sangat..tp bila mula msuk frm 4 barulah mula mengerti n faham erti persahabatan sejati..tp kenangan yg masih terpahat kukuh ialah kenangan mase d tingkatan 6..mungkin sebab dah makin matang jd persahabatan juga semakin tinggi nilainnya..mungkin salah satu sbbnya jugak bilangan pelajar frm 6 mase tu pun x ramai jika nak dibandingkin semasa d tingkatan 1-5.. kelas ana cuma 13 org je. jd pusing sana pusing sini i2lah jugak yg kita nampak..lebih mudah nak mengenali dan memahami antara satu sama lain..sbb tu jd masak dgn perangai masing2..hmmm..


~sweet memori 2008~

ingat lagi mase mula2 masuk tingkatan 6..smgat nak belajar masih kurang..dah besar2 pun asyik nak bermain aje..pantang cikgu xde kat kelas, kelas yg 13 org dah mcm 30 org..riuhnyer kita..hehe..hmm kelas kitalah yg paling hebat mase tu kn..pntang ade pertandingan..kelas kita yg bersungguh2 nak masukk..sudut tercantiklah,kelas terbersihlah,hari merdeka la..aduaii masing2 duk sibuk mengemas kelas..sanggup petang2 dtg semula ke sekolah semata2 nak hias kelas bagi cantik.."set ea..ptg nie semua msti dtg..kul 3 msti ade"..hehe..tbe2 je ade arahan dr ketua yg x diiktiraf..macam2..tp yang buatkan diri ni kagum adelah dgn semangat sahabat2..smgat tlg menolong kalian..mmg hebat!! sebb cikgu pun puji kn..Alahamdulillah akhirnyer kelas kita dpt jd juara keseluruhan kelas tercantikk.. syabas utk semua..sampai cikgu pun mintak kita bg peluang kat kelas lain utk menang..hehe boleh pulak mcm tu..



hari berganti hari..sampailah mase pcubaan STPM..ape jd kat kita semua?? dsebabkn terlebih gurau kat kelas..belajar pun x serius..kptsan kita jatuh..teruk sgt kn..mase tu ckg marah sgt pd kami semua..sampaikan semua ckg xnk berckp dgn kami.masuk kelas marah2..YaAllah saat tu rase malas sgt nak sekolah..malas nak belajar..tension..stress sgt2..bygkn cikgu yg selama nie baik dgn kami semua tbe2 mjdi cikgu yg amat kami takut..tersiksanya kami belajar dlm keadaan tertekan..tapi ana kagum dgn semua sahabat2 ana..ikatan persahabatan kami sgt kuat.. nak tahu knp?..sebabnya bila ja ada ckg yg marah kpd salah seorg kwn kami,semua akan jd backup..cuba utk bantu kwn..bela kwan..dan smpailah bila kwan tu kne marah teruk..satu kelas akan turut sedih..terdiam..tak berkata apa..padahal bkn cikgu marah pd yg lain2 pun..hummm..i2lah kami.. sampai adalah cikgu kami yg masuk ke kelas n kmudian dia ckp "menyampah tau masuk kelas korang nie..nak marah tbe2 x jd marah..aku marahnya sorg tp semuanya masam.."..ehehe cikgu2..itulah ckg kami..yg sudah kami anggap mcm ibu,sahabat n pakar motivasi.. ^_^

kelas kami ni kuat berjalan tau..kalau bleh satu sekolahnyer nak d tawaf..lpas tu nak berjln msti 13 tu ade..cukup..lagi yg pengawas kat kelas tu..termasuklah ana sndiri..xabes2 nk wat sport cek..so gajenlah kuar kelas..amik kesempatan ajer nak lari dr cikgu sbb x siap omwork..takut kne soal la..hihi..haii ragam2.. tp dalam main pun kita beljar.. boleh dkatakan tiap2 ptg kami semua buat stdy group kat umah ana @ pun kat umah atok ana..sbb atok ana duk berdua je..jd rumahnyr kosong..xdelah gangguan sgt..mudah nak fokus..sellunya stdy group dlm 5-6 org je..tp kami 13 org tu..nnti mulalah ade yg jd ckg,ade yg jd tutor..n macam2lah.. kalu kami x stdy ptg kami ganti pd mlm..semua bersemangat..suka tgk..

~raye 2010~


hinggalah pd saatnyer kami amik STPM....Alhamdulillah semua berjalan lancar..wlpun beberapa minggu sebelum stpm tu ada perkara yg terjadi..kecoh satu sekolah..hngga menjejaskan perhubungan kami semua,mgkin Allah nk uji,sejauh mana kukuhnya ikatan kita semua..sedhnya saat tu bila nak diingat..hmm sbb tu klu boleh xnk ingat dah kjdian tu..smg jd pgajaran buat kta semua kwnku..tp ana bersyukur sbb kwn2 mase tu sgt memberikan motivasi pd kwn yg lain..mgkn sbb xnk tgk kwn yg lain gagal sbb mase dah betul2 suntuk nk stpm..bila sje kptsan STPM diumumkan..Alhamdulillah..kita semua berjaya..kptsan stpm mase tu dpt klulusan 100%..ckg bangga dgn kita..kita semua berjaya naikkn peratusan stpm tahun tu.. semua berjaya sambung belajar..

~hari d rumah cikgu2~

sahabt..tujuan sebenar aku singkapkan kmbali knangan antara kita adalah kerana aku tak mahu kau melupakannya..begitu jga dgn diriku..aku amat2 menghargai persahabatan ini..maafkan ku jika kini aku x slalu ada dkala kamu memrlukanku,maaf kerana kdg2 aku terlupa utk menyapamu,terlupa utk bertanyakan khabar..tp i2 xdak beerti aku melupakanmu..dalam doaku sntisa ku utuskan jua buatmu walaupun kini kita berjauhan..krn aku yakin Rabitah hati dapat mengikat kasih kita selamanya...

"Ya Allah,Kau berilah kesenangan kepada sahabatku ini, berilah dia kekuatan dalam menjalankan ibadah kepadaMu, penuhilah hidupnya dengan cintaMu, andai kesenangan itu belum lagi Kau beri, jadikanlah dia orang yg sabar dan tabah dalam menempuh kehidupan ini..Satukan hati kami dengan kasih sayangMu, ikhlaskan aku dalam bersahabat denganNya.. moga2 cita-cita kami termakbul dan bertemu di syurga firdausi..ameen"