Islamic Widget

Isnin, 31 Januari 2011

Metodologi Dakwah : Bahagian 2


Salam mahabbah semua..salam kasih sayang utk semua teman2 yg ana cintai kerana Allah..Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,keluarga dan sahabat Baginda,..insyaAllah utk entry ana kali ini ana ingin meyambung bingkisan yang berkaitan dengan " METODOLOGI DAKWAH".. Bahagian 2..
di bahagian pertama yang lepas ana telah menerangkan berkaitan pengertian dakwah dan juga kepentingannya..maka kali ini ana nak kongsikan pula berkaitan dengan...??? jom baca kat bawah nie...



SIAPA YANG HARUS BERDAKWAH??.

selalu sangat pertanyaan ini bermain2 di minda kita dan sering juga kita menyifatkan kerja2 berdakwah ini hanya patut dilakukan oleh golongan tertentu sahaja.. jadi kalu nak buang persepsi2 sebegini ayuh sama2 kita rungkaikan persoalan ini bersama..

ramai orang suka mencipta alasan dan di antara alasannya.. ialah.. :

Alasan 1 : Diri saya pun teruk, macamana nak berdakwah kepada orang lain??..
  • hakikatnya alasan ini memang tidak boleh diperbaiki. Oleh itu, buang alasan tersebut dengan cara " perbaiki diri kita ". Mungkin kita mmg pernah melakukan kesilapan pada masa dahulu. namun kita masih boleh bertaubat. Jadikan pengalaman yang lalu untuk dikongsi bersama dgn orang lain. Ajak orang utk buat baik dan jadi seperti mana kita dahulu, jangan buat perkara/ kesalahan yang sama yang pernah kita lakukan dahulu. Tidak semua pengalaman hidup itu adalah yang indah. " Saidina Abu Bakar / Umar juga dahulu Jahiliyah". Namun Allah bukakan pintu hati mereka dan akhirnya merekalah di antara ahli2 syurga yang dijanjikan Allah.
Alasan 2 : Saya rasa saya belum cukup ilmu lagi..
  • Nabi S.A.W telah bersabda ; "sampaikanlah (ajaranku) kepada yang lain walaupun hanya satu ayat " ( sahih Bukhari, vol 4, Hadis 667)
  • Orang yang merasai satu2 musibah, tidak sama dengan orang yang tidak merasai musibah itu..maka hakikatnya itu juga sebenarnya adalah ilmu.
Alasan 3 : Saya khuwatir dakwah saya tidak akan berkesan. ( ini dinamakan takkabur).
  • "maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya engkau ( Muhammad) hanyalah pemberi peringatan, Engkau bukanlah orang yang berkuasa atas mereka.." ( Surah al-Gasyiyah, ayat : 21-22)
  • yang penting ajak sahaja, sama ada dia ikut atau tidak itu bukan tugas kita, kerana HIDAYAH itu milik Allah.
  • Yang penting ajak secara baik.
Alasan 4 : Apabila kita melakukan dakwah, orang bukan Islam katakan " jaga urusan kamu sendiri ".
  • Kepada yang bukan islam kita berdakwah dengan "Hallun" iaitu dengan tindakan yang baik @ akhlak yang baik.
Alasan 5 : Aku tidak mahu menyakiti hati sesiapa.
  • "Berkatalah yang benar walaupun ia begitu pahit "

Oleh itu tiada lagi alasan dalam kita menjalankan dakwah, sesiapa sahaja boleh melakukan tugas ini,.. InsyaAllah..

CARA-CARA BERDAKWAH :

  1. Seru dengan bijaksana
  2. Nasihat atau pengajaran yang baik
  3. Berbahas menerusi Al-Quran
  4. Kejahatan dibalas kebaikan
  5. Bersabar terhadap kejahilan dan cacian
  6. Hidayah tetap datangnya dari Allah.
"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami. dan teguhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir ”
( Surah Ali Imran [3] : 147 )

p/s : semoga sama2 kita manfaatkannya didalam kehidupan kita..sebarkan kebaikan utk semua.. ^_^

Tiada ulasan: