Islamic Widget

Ahad, 9 Januari 2011

Di Mana Kedudukan Hatiku

-Muhasabah Diri: Di Mana Kedudukan Hatiku-


Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam Ukhuwah Mahabbah, Buat sahabat2 yang ana cintai kerana Allah smg
dirahmati Allah selalu..insyaAllah utk entry ana kali ini marilah sama2 kita melihat
kedalam diri..sama2 muhasabah dalam menuju redha Ilahi..bkn apa kdg2 kita
terlupakan nak melihat kedalam diri kita sendiri,ada masa utk perkara lain tapi
rupa2nya diri kita ini sering kita abaikan..jom sahabat semua....

Segala puji hanya selayaknya bagi Allah, Rabbul Wadud,
Rabb Pemilik Segala Kecintaan,
dan Dialah Pemilik Segumpal Darah yang berada di dalam tubuh
seorang insan bernama hamba iaitu Hati Nurani. Subhanallah, Alhamdulillah,
Allahuakbar. Hanya kepadanya kita panjatkan setinggi2 kesyukuran kerana masih
diberi kesempatan untuk menjadi hamba
yang sedar kerana tidak semua manusia menyedari hakikat nikmat ini, lalu mereka
menjadi hamba yang begitu sombong dan angkuh dengan bahana kecintaan
terhadap dunia yang begitu dusta. Semoga kita tidak bersama golongan 2 ini ,
insha’Allah,amin.
Selawat dan salam buat Rasul Junjungan Umat, Rasulullah saw, kekasih pilihan
Allah yang begitu unik, merupakan suri teladan seluruh umat sepanjang zaman.
Assalamua’laika, Ya Rasulullah.

Saya mendoakan agar, sidang pembaca sekalian sentiasa berada dalam
keadaan sejahtera, disejahterakan, dan mensejahterakan, kerana
sesungguhnya Islam itu bermula
dari perkataan ‘salam’, iaitu sejahtera. Maka, sesiapa yang berada di dalamnya
dan mengikuti jalan hidup seperti mana yang dianjurkan olehnya akan sentiasa
disejahterakan oleh Rabb Yang Mensejahterakan (As-Salam).
Sesungguhnya sabda Rasulullah saw:

Ketahuilah kamu di dalam badan manusia terdapat
segumpal darah. Apabila baik maka baiklah
keseluruhan segala perbuatannya
dan apabila buruk maka buruklah keseluruhan tingkah lakunya.
Ketahuilah kamu bahawa ia adalah hati

Pada hari ini, ingin saya berkongsi sedikit ilmu Allah bersama sidang
pembaca sekalian mengenai Pembahagian Hati.

Pertama: Hati Yang Sihat



Hati yang sihat, iaitu hati yang bersih yang
seorang pun tidak akan
mampu selamat
pada hari kiamat kecuali jika dia datang
kepada Allah dengannya.
Mafhumnya:

“(iaitu) di hari harta dan anak-anak lelaki tiada lagi berguna, kecuali
orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih.”
(As-Syuara’: 88-89)

Qalbun Salim iaitu hati yang bersih dan selamat dari berbagai unsur syahwat yang
menyalahi perintah dan larangan Allah, bersih dan selamat dari berbagai-bagai
syubhat yang bertentangan dengan beritanya.

Kedua: Hati Yang Mati



Hati yang mati, tidak ada kehidupan di dalamnya. Ia tidak mengetahui Rabbnya
, tidak menyembah dan menunaikan haknya sebagai seorang hamba
dengan sebenar-benarnya. Ia bahkan selalu tunduk dan akur kepada hawa
nafsu dan kelazatannya.
Oleh itu, dia akan dimurkai dan dibenci Allah maka hatinya menjadi kosong,
tiada tempat bergantung, dan kehidupannya begitu jauh dari landasan kebenaran.
Namun, dia tidak memperdulikan semua itu, asalkan mendapat apa yang
diinginkannya, tidak kira sama ada, perkara itu diredhai Allah atau sebaliknya.
Ia mendambakan cinta selain Allah dalam cinta , takut, harap, redha dan
benci, pengagungan dan kehinaan. Hawa nafsu membuatnya buta dan tuli selain
dari kebatilan.Dalam realiti dunia pada hari ini, kita dapat melihat dengan
mata sendiri, apabila hati manusia telah mati, maka, mereka mencari
cinta-cinta lain selain cinta Allah, seperti cinta kepada harta dan
pangkat juga manusia. Lalu, rasuah dan dengki-mendengki menjadi makanan
yang semakin menghancurkan hati. Hidup tiada ketenangan, resah akan
kehilangan harta yang dimiliki, saling jatuh-menjatuhkan antara satu sama lain
. Dan akhirnya, bunuh diri menjadi satu titik pengakhir semua permasalahan.
Maka, sebenarnya, kita menambahkan masalah atas masalah. Hal ini
berlaku apabila hati manusia telah mati dan sudah tidak mengenali
fitrahnya sebagai seorang hamba.

Maka, berkawan dengan insan-insan yang memiliki hati
seperti ini adalah penyakit,
bergaul dengannya adalah racun dan menemaninya adalah kehancuran.

Ketiga: Hati Yang Sakit



Hati yang hidup, tetapi cacat. Ia memiliki dua material yang saling tarik menarik.
Ketika ia menang di dalam pertarungan itu, maka di dalamnya terdapat
kecintaan kepada Allah, keimanan, keikhlasan dan tawakal kepadaNya.
Namun, di dalamnya juga terdapat kecintaan lain, iaitu cinta kepada hawa nafsu,
keinginan dan usaha keras untuk mendapatkannya, dengki, takabbur,
bangga diri, kecintaan, berkuasa dan membuat kerosakan di bumi, itulah material
yang menghancurkan. Ia senantiasa diuji 2 penyeru:

1) 1) Menyeru kepada Allah swt dan rasul serta hari akhirat.
2) 2) Menyeru kepada kenikmatan sesaat.

Allah menjelaskan ketiga-tiga jenis hati ini di dalam firmanNya yang bermaksud:

“Dan tidaklah Kami mengutuskan sebelummu seorang Rasul atau seorang Nabi
melainkan apabila dia bercita-cita (supaya kaumnya beriman kepada
agama Allah yang dibawanya), maka Syaitan pun melemparkan hasutannya
mengenai usaha Rasul atau Nabi itu mencapai cita-citanya; oleh itu,
Allah segera menghapuskan apa yang telah diganggu oleh Syaitan,
kemudian Allah menetapkan
ayat-ayatNya dengan kukuhnya dan Allah Maha Mengetahui,
lagi Maha Bijaksana(52). (Yang demikian) kerana Allah hendak
menjadikan hasutan Syaitan itu sebagai
satu fitnah cubaan bagi orang-orang yang ada penyakit kufur ingkar dalam hati
mereka dan yang hatinya keras membatu dan sesungguhnya mereka
yang zalim itu sentiasa berada dalam pertentangan
yang jauh dari kebenaran(53).Dan juga
supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan
itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk
taatlah hati mereka mematuhinya dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin
orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.(54)” (Surah Al-Hajj)

Oleh itu wahai sahabat2 ku sidang pembaca sekalian,

Marilah kita sama2 memelihara kesihatan hati, agar kita tidak memiliki hati yang mati.
Sentiasa berwaspada dengan bisikan-bisikan halus syaitan agar kita tidak terjerumus
ke lembah kehinaan. Sesungguhnya syaitan itu begitu licik menggoda hati manusia,
kadangkala kita tidak sedar bahawa kita telah jauh dari landasan Islam.
Oleh itu, marilah kita sentiasa kembali kepada Allah swt, setiap saat dan setiap
waktu serta jangan biarkan jiwa kita selesa dengan maksiat dan mula meninggalkan
ibadah-ibadah2 meskipun ibadah sunat. Hal ini disebabkan, apabila kita mula
meninggalkan kebaikan sedikit demi sedikit, maka, kita akan lebih dekat dengan
maksiat @ keburukan. Akhirnya, dari hati yang segar, ia mula berpenyakit, lalu ia
mula merebak dan akhirnya mati. Sungguh hina dan rugi sekali apabila kita mati dalam
keadaan kita tidak dapat mengucapkan syahadah. Kita tidak kenal siapakah Allah..
Nauzubillah. Lalu, mari kita melihat bagaimana tips untuk memelihara
kesihatan hati:



1) -Bacaan Al-Quran dengan tadabbur: menghayati & memahami tuntutan ayat yang dibaca.
2) - Perut yang kosong: tidak sentiasa dipenuhi makanan sepanjang masa.
3) -Ibadah di malam hari : Qiyamullail.
4) -Merendahkan diri di hadapan Allah pada waktu sahur (dinihari) : taubat & munajat.
5) - Sentiasa mendekatkan diri di Taman2 Syurga: Majlis2 Ilmu

Sesungguhnya banyak lagi amalan2 yang dianjurkan oleh Islam sebagai langkah untuk
menghindarkan diri dari memiliki hati yang berpenyakit dan hati yang mati. Oleh itu,
marilah kita bersama2 menjaga kesihatan hati (roh) seperti mana kita begitu berhati2
menjaga kesihatan jasad dengan sentiasa melakukan Tazkiyatun Nafs (penyucian diri)
iaitu amal soleh serta ketaatan yang jitu kepada Allah swt & RasulNya..
Wallahua’lam. Akhir kata ingin saya tutupi bait2 kalimah ini dengan sebuah doa:

“Ya Allah, Perbaikilah agama kami yang merupakan jalan penyelesaian
segala masalah kami. Perbaikilah dunia kami yang menjadi penegak
kehidupan kami dan perbaikilah akhirat kami yang akan menentukan
akhir kesudahan kehidupan kami. Ya Allah, anugerahkanlah kami
rezeki taqwa yang memperbaiki amalan dan akhlaq kami. Kami
memohon rasa takut terhadap kemurkaanMu, mengharapkan
keredhaanMu, dan selalu bergantung pada limpah rahmatMu.
Anugerahkanlah kami rezeki taqwa dalam sembunyi sebelum
terang-terangan. Janganlah hinakan kami dengan bermaksiat
kepadaMu. Jadikan kami cenderung dalam melaksanakan kebaikan
serta membawa kebaikan terhadap seluruh insan. Wahai Rabb yang
membolak balikkan hati, tetapkanlah kami di atas deenMu.
Kabulkanlah wahai Dzat Yang Paling Rahim”


Tiada ulasan: