Islamic Widget

Khamis, 27 Januari 2011

Muslim Yang Berjaya.

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman & Islam yang telah Engkau berikan kepada hamba ini, moga diri ini menjadi hamba yang bersyukur. Selawat dan salam buat Imam umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah…diberi keizinan untuk terus istiqomah menulis setelah tertangguh beberapa kali.salam sayang buat sahabat2 pembaca setia yang ana cintai kerana Allah..InsyaAllah kali ini kita masuk ke bab seterusnya..entry ana kali ni nak bawakan sedikit bingkisan berkaitan Mukmin yang Berjaya..jom kita kenali ciri2 mukmin yang berjaya utk sama2 kita contohi..

Dibersihkannya kalbunya daripada sangkaan yang salah, dibersihkannya fikirannya daripada angan-angan yang jahat. Diperjamkannya matanya daripada melihat kekejian. Ditulikannya telinganya daripada mendengar yang buruk-buruk. Dipeliharanya lidahnya daripada memperkatakan sesuatu yang berlawanan dengan kebenaran.

Ia memilih mati kelaparan daripada diisinya perutnya dengan rezki yang haram. Ditahannya tangannya daripada berbuat zalim dan memperkosa hak orang lain. Ia tidak melangkahkan kakinya di jalan yang jahat. Ia tidak mahu menundukkan kepalanya di depan kebatilan meskipun ia disalibkan atau tubuhnya dikerat-kerat. Segala cita-cita dan hajatnya tidak dibawanya ke alam nyata dengan melalui jalan kejahatan, kezaliman dan permusuhan. Yang paling dimuliakannya ialah yang hak, berkata benar dan berlaku jujur.

Ia tidak kedekut terhadap dirinya dan hartanya pada jalan yang hak. Dalam padanga nya, yang paling dimurkainya ialah kezaliman, dusta dan khianat. Ia tidak rela menggunakan sifat-silat ini dan ia tidak mahu memilih jalan ini disebabkan takut mudarat menimpa dirinya atau mengharapkan manfa’at bagi dirinya.

sumber: Asas-asas Islam - Abu’l A’la Al-Maududi

p/S : Diam bukan bermakna menghilang.. ^_^

Tiada ulasan: