Islamic Widget

Jumaat, 31 Disember 2010

Detik 12.00 malam..???



Salam mahabbah semua..salam kasih sayang utk semua teman2 yg ana cintai kerana Allah..Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,keluarga dan sahabat Baginda..

Renungan
Diriwayatkan daripada Ali r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Jika manusia telah membenci orang-orang fakir dan berseronok dengan dunia serta memburunya untuk mengumpulkan wang, maka Allah akan memanah mereka dengan empat hal; masa yang di mana krisis ekonomi, penguasa zalim, pemegang hukum berkhianat dan tipu daya daripada para musuh."***

BERSYUKUR ke hadrat Illahi kita baru saja memasuki Tahun Hijrah 1432 dan akan melangkah tahun baru 2011...hmm sahabat2 semua entry ana kali nie tajuknya agak menyeramkan bukan..?? hehe..xpelah ini bukan cerita hantu..tp lebih bahaya dr hantu jika dbiarkan..bingkisan yang ana tuliskan dari hati..utk menyentuh hati..InsyaAllah..sahabat macam yg kita semua tahu..
menjadi kebiasaan kepada rakyat, malah disuburkan oleh pemimpin untuk berhimpun beramai-ramai pada malam tahun baru di lokasi strategik seperti Dataran Merdeka, Bukit Bintang dan lapangan terbuka di negeri-negeri, menunggu detik12.00 tengah malam bagi menandakan permulaan tahun baru.



Sambil menunggu, biasanya orang ramai dihidangkan dengan persembahan artis. Di majlis seperti inilah berlaku pergaulan bebas lelaki perempuan dan daripadanya membawa kepada pelbagai kemungkaran..masyaAllah..maka bersemaraklah pesta maksiat....so siapa yg nak dipersalahkan..?? bila ada wanita yang mula hamil.. mulalah kelam kabut..dan seterusnya buang anak kat merata tempat tanpa berperikemanusiaan...



ana nyatakan perkara ini kerana ana cinta dan sayangkan negara ini termasuk masyarakatnya. ana tidak mahu Allah SWT turunkan bala kepada kita angkara maksiat yang semakin berleluasa termasuk yang disuburkan oleh sang penguasa. Sesungguhnya kemusnahan bumi Aceh akibat tsunami dan gempa di Padang, sewajarnya menginsafkan kita bahawa Allah SWT boleh pada bila-bila masa saja menghukum kita...kita tak berdaya menghalangnya sahabat...

(Lalu dikatakan kepada mereka setelah ditimpakan dengan azab seksa):Balasan buruk yang demikian ini disebabkan kamu dulu bersuka ria di muka bumi dengan cara yang salah (pada hukum Tuhan), dan disebabkan kamu bersenang lenang dan bermegah-megah dengan berleluasa (dalam maksiat). – (Surah Ghaafir, ayat 75)

Apabila kita melakukan sesuatu perbuatan terlarang yang menyerupai kaum yang memusuhi Allah, ia sebenarnya secara tidak langsung menampakkan seolah-olah kita kagum dengan golongan yang ingkar kepada Allah dan Rasul-Nya serta mengagung-agungkan budaya mereka.

“dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya”
(surah al-Furqan ayat 72)

jadi..sama2lah kita fikirkan..mana yg baik diikuti dan mana yg x baik tu sama2 lah kita jauhi..ana menulisnya atas dasar tanggungjawab...moga Allah mengampuni kita semua diatas segala kealpaan kita..

p/s : muhasabah diri d tahun baru..Ahlan Wasahlan 2011..

Rabu, 29 Disember 2010

Bedah Novel (^_^)


salam mahabbah..salam kasih sayang ana ucapkan kpd shbat2 pmbace stia blog yang ana cintai kerana Allah.. Alhamdulillah..syukur kehadrat Allah..Tuhan sekalian alam,Tuhan yg satu Yang Maha Esa..Amat luas nikmatMu..syukur atas kurniaan Iman dan Islam dalam diri ini..selawat dan salam buat kekasih hati yang amat ku rindui..Muhammad S.A.W, keluarga dan sahabat Baginda..

khaifa halukum???.. =)..harap sahabat2 ana semuanya dalam keadaan sihat dibawah jagaan Allah S.W.T..lama tidak menulis..tulis sambil dgar lagu yang mengasyikkan Albi Nadak (Farez)..sesekali melayan lagu ni seronok gak.. =) ..kali ini ana nak bawakan sedikit bingkisan tentang beberapa buah novel yang telah ana bace..nak bedah buku??..hehe ..jom..

sepanjang cuti nie biaselah ana duduk d rumah menjadi suri rumah n jd baby sitter juga..bestt taw..jadi sambil2 bercuti,minda dan diri perlu juga pengisian..sambil bace majalah solusi,bace buku2 agama, ana pun suka bace novel..isi mase lapang dgn membace..antara novel yg menjadi kesukaan ana ialah novel karangan Fatimah Syarhah..exp buku tautan hati n pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul..novel2 tu byk memberikan makne yg tersendiri dlm perjlanan hidup ana..buku karangan suami Fatimah Syarhah pun boleh tahan juga..Dr.Farhan ( denyut kasih medik)..jd sape2 yg belum dptkn tu hope trylah cari ye..mesti bace!!!..

oklah sebenarnya ana nak cerita ttg novel yg ana bace baru2 nie..tajuknya Syahadah Gadis Ateis dan juga Kala cinta dan Wahyu Bersatu..kedua2 novel ni karangan novelis muda..tabik la kat mereka sbb boleh menulis novel yg ana kira bagus utk pembacaan kita yang sememangnya amat memerlukan ilmu untuk mendalami agama yang kita anuti.."Islam The Way Of Life"..sebenarnya tak boleh juga kalau ana ceritakan semuanya kpd shbat2 ttg novel nie..nnti jd tak best pulak kalau sahabat2 nak membacanya..jd ana celup2 jelah ye..hehe..

utk novel Syahadah gadis ateis nie..jln ceritanya mmg tak berapa nak menarik la..sbb semuanya berlaku kat dlm train..dr awal sampai hbs..perbualan antara nizam dan rini semuanya kat dalam kete api..sbb diorg dlm perjlanan..tapi bg ana i2 x pnting..yg penting isi yg ingin dsampaikan tu.terbaik!!!.baiklah..novel nie berkisarkan ttg seorang gadis yg masih terumbang ambing dalam mencari agama..dia sebenarnya tak percaya kpd mana2 agama..jd byk persoalan yg dtujukan kpd nizam ni utk membuatkan dia yakin ttg Islam adalah satu2nya agama yg terbaik didunia nie..ana baca novel nie berpandukan kpd Al-Quran (baca sambil pegang quran)..novel dan al-quran digandingkan bersama..menarik bukan.. *_^ ..kat novel nie jga dapat membuka minda kita ttg al-quran dan sains,Islam dan ajaran2 dr pegangan yg lain..perbandingan antara Al-Quran dan Bible..dan byk lg..baca novel nie buatkan fikiran ana tak berhenti berfikir..kadang2 kita tak terduga ttg soalan yg ditanyakan..dan mungkin juga kita tak tahu nak menjawabnya apabila ada org bertanyakan soalan tersebut kepada kita..hmm nk tau soalan2 yg dtanyakan..?? jd kenelah dapatkan novel nie.. Syahadah Gadis Ateis karangan Imran Haaz.. (^_^)..

"pada masa ini pun jantung, buah pinggang,paru2 dan semua organ badan awak sedang berfungsi. Adakah awak kawal semuan itu?? semuanya Rahmat Allah kepada kita Rini. Cuba bayangkan, bagaimana mahu hidup sekiranya sibuk dengan organ2 badan yang perlu dikawal sendiri?? Allah permudahkan semuanya bagi kita. Namun kita jarang bersyukur kepadaNya."

"hanya satu perkara yanng Dia minta kita buat iaitu mengaku Dia adalah Tuhan dan kita perlu menyembahNya yang menciptakan kita dan mengakui Nabi Muhammad pesuruhNya. Itu pun tidak boleh? Adakah Dia menghantar bil pada setiap hujung bulan bagi oksigen yang awak sedut dan bernafas dengannya? Adakah dia meminta upah kerana menggunakan jantung,buah pinggang dan paru-paru?......................................."

(antara kata2 yang terdapat di dalam novel di atas)

jom sambung...novel kedua Kala Cinta dan Wahyu Bersatu..karangan A.Ubaidillah.. hmm jalan cerita novel ini biase2 jew..tapi kadang2 tu adelah yg membuatkan ana tersenyum sendiri..berangan..hihi..ishhh..Astaghfirullah..ok2 kita teruskan..novel nie ttg percintaan dlm islam..iaitu antara Amir Mukhlis dan Balqis..kedua2nya pelajar dr Mesir..bercinta dalam rahsia..memendam rasa je..tapi tetap berdoa Allah menyatukan mereka..novel nie juga menjelaskan ttg ciri2 isteri solehah..dan ada juga ttg konflik mengenai wanita bekerja @ duduk di rumah lebih baik..??..ttg mencari cinta yg tulus..n byk lagi la..jd utk yg belum berumahtangga tu ana syorkan dptknlah buku nie..utk sekadar panduan dan menambahkan sedikit ilmu..

"Amir..aku mahu menulis sesuatu untukmu. Iaitu bicara yang tidak akan engkau dengar ataupun ketahui. Ia adalah bicaraku sendiri. Tulisan ini adalah luahanku tetapi bukan untuk engkau tatap. Aku disini dan engkau disana. Kita terpisah dan berjauhan. Namun biarlah catatan ini melegakan hatiku........."

"dan satu2nya cara untuk kita bercinta dan menuju pulau bahagia adalah dengan mengikut apa yang Tuhan tetapkan. Patuh pada syariat Allah. Yakin dan percayalah Tuhan memahami sifat dan tabii manusia. Akuilah, Tuhan tahu apa yang diperlukan oleh naluri dan batin manusia................................."

(bait2 kata yang terdapat dalam novel tersebut)

humm macamane..dapat tak gambaran..dapan kn?? hehe maaflah ana cuma dapat ceritakan sikit2 je..jd utk selebihnya sahabat2 kenalah dapatkan bukunya sendiri yang ana rasa perlu dijadikan simpanan peribadi masing2.. insyaAllah sama2 kita berkongsi ilmu..moga sama2 dapat manfaatnya..k ma'asalamah..

p/s : harga buku juga berpatutan.. =) ..

Sabtu, 25 Disember 2010

sudikah kau terus menjadi imam di setiap Solatku..??

salam mahabbah, salam kasih sayang utk semua sahbat2 yg ana cintai kerana Allah.. urmm utk entry ana kali nie, ana sajikan bingkisan yg ana dpt dr fb..hemm tertarik bukan dgn tajuknya??.. ana pun agak truja nak membacanyer.. so bila dah bace tu rase tersentuh juga qalbu nie.. mmg x dpt dinafikan..siapa yg xnak mendirikan baitulmuslim kn..rasenyer semua nak.. nak bina sebuah rumahtangga yg sakinah dan penuh dgn mawaddah..bila sebut je ttg pernikahan semua org tersenyum..tul x.. termasuklah ana sendiri.. (^-^).. tapi!! sebelum nak dirikan rumahtangga tu jom sama2 kita bace entry nie...

Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah

~PERKAHWINAN~

Satu ketika kau bertanya..

.......................

sudikah kau menjadi Makmum

disetiap solatku..

agar solatku lebih bermakna

dan terjaga hendaknya..

........................

sudikah kau menjadi Penjaga

diri dan maruahku

agar hidupku lebih tenang dan bahagia

.........................

sudikah kau menjadi Pendidik

hati dan jiwaku

agar rohaniku terisi hikmahNya

dan akhlakku terjaga hendaknya

..........................

sudikah kau menjadi Pemerhati

setiap gerak dan langkahku

agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku

............................

sudikah kau menjadi Peneman

di kala suka dan duka ku

agar satu hari, jika ujian itu dtg

air mataku ada yg menghapuskan..

............................

sudikah kau menjadi Pembela

diriku dan agamaku

agar aku terus berada di atas jln yg benar

.............................

sudikah kau menjadi Penggerak

semangatku..

agar bila aku kelesuan

kau mampu memberi bantuan

walau hanya sekadar senyuman :)

.............................

Sudikah kau menjadi Sahabat

buat diriku..mendengar luahan hatiku

agar aku boleh berbicara apa sj dgn mu

tnpa rasa ragu..

...............................

Sudikah kau menjadi Penghibur

tika ku kesunyian

agar aku boleh ketawa riang

Satu ketika aku menjawab...

"Ya, Aku sudi..

Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI

dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"

Tetapi,

aku kembalikan soalan ini kepadamu..

................................

sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?

jika aku sudah tidak seperti dulu?

.................................

Sudikah kau pula menjadi

Imam, Penjaga, Pendidik

Pemerhati, Peneman, Pembela

Penggerak, Sahabat dan Penghiburku

Jika suatu ketika nanti

aku sudah tidak mampu lagi menjadi

Makmum di setiap solatmu..

Jika aku sudah tidak mampu lagi

menjagamu,

menemanimu

memerhatikanmu,

mendidikmu

membelamu,

menggerakkanmu

menjadi sahabatmu dan

menghiburkanmu

Sudikah kamu wahai .....................?

Aku percaya..kau masih sudi..

"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI

dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"

Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah

~PERKAHWINAN~


p/s : semoga shbat2 ana yg hendak mendirikan rumahtangga tu akan menjadi suami dan isteri yg soleh dan solehah la yer.. ana?? hehe..hanya Allah yg tahu.. biarlah Allah menghadirkan dan mempertemukan si 'dia' i2 utk ana... =)

Khamis, 23 Disember 2010

Ketika Cinta Berjihad


Suatu ketika tatkala Rasulullah s.a.w. sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui Baginda s.a.w.. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah s.a.w. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam.

Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, “Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya.” Demikian angkuhnya Amar.

Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Rasulullah s.a.w. , menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. . Pedangnya yang tajam ikut dibawanya.

Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira, tambah pula rela akan maju bersama Nabi Muhammad s.a.w.. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan.

“Untuk apa ikut ke mari ya Amar?” Demikian tanya orang yang hairan melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalau mengikut sahaja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, “Aku sudah beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah s.w.t. akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi.” Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini diketahuiRasulullah s.a.w. , maka Baginda s.a.w. pun bersabda,: “Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya.” Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui hadith Rasulullah s.a.w. berkata kaum Muslimin, “Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap Allah s.w.t..”

“Jika kamu tidak tahu orangnya.” Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya, “Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit.” Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Rasulullah s.a.w.. Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agamaAllah s.w.t. di medan perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid. Rasulullah s.a.w. menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini.

Rabu, 22 Disember 2010

NikmatMu..



salam mahabbah.. salam kasih sayang utk semua sahabat2 yg ana cintai kerana Allah.. Alhamdulillah masih dihidupkan oleh Allah dgn nikmat Iman dan Islam yg amat berharga utk ana meneruskan kehidupan yg penuh mencabar ini..terasa indahnya dgn nikmat kesihatan ini, setelah hampir beberapa hari terlantar di katil kerana sakit...tak berdaya rasanya utk berbuat apa2..rasa lesu seluruh tubuh.. hanya terbaring di katil.. namun ana gagahi jua diri ini untuk meneruskan penulisan ana kali ini...walaupun masih bersandar di tepi katil..moga kesakitan ini dapat menghapuskan dosa2 ana..

kematian...saat itu lagi sakit, jika hendak dibandingkan dgn kesakitanmu saat ini Solehah..bgaimana rasanya saat nyawa dcabut dari tubuh.. adakah dgn lemah lembut @ drentap dengan kasarnya..?? yaAllah..sedangkan KekasihMu jua terasa sakit..inikan pula hamba yg hina ini..rasa sebak didada bila mengenangkannya.. adakah diri sudah bersedia utk menghadapinya?? persoalan yg harus dijawab oleh diri sendiri.. mengenangkan amalan yang amat sedikit..sudah cukupkah utk menghuni syurga Ilahi..@ nnti dicampakkan terus ke neraka yg bahan bakarnya dari manusia dan jin.. masyaAllah..

sewaktu sakit baru terfikir...alangkah indahnya nikmat kesihatan yg dberikan Allah..kadang2 tak tersa pun bahawa bukan diri yang mengawal diri sendiri..hakikat sebenarnya semua adalah kudrat dari Ilahi..kita?? apa yang kita ada??? hendak memejamkan mata pun sebenarnya tidak mampu jika tanpa izin dariNya.. Allah Yang Maha Kuasa..kita tidak mampu mengawal diri kita.. kerana ianya hanya pinjaman... persoalan demi persoalan bermain di minda ana..kalau kita katakan diri ini milik kita, cuba..cuba kita hentikan sebentar dengupan jantung, selama 10 minit..kemudian suruh jantung utk kembali berdegup.. mampu tak?? kalau kita mampu maka diri itu kita punya..tapi sebenarnya tidak!!! tidak mengkin kita mampu.. kerana kita milik Suatu Kuasa Yang Amat Hebat..iaitu ALLAH.. Namun diri sering lalai..leka..takbur.. terlupa pada hakikat sebenar.. tujuan sebenar penciptaan kita d muka bumi ini. ." tidak Aku menciptakan jin dan manusia itu, melainkan utk beribadah kepadaKu.."..

" ingat lima perkara sebelum datang lima perkara.. kaya sebelum miskin,
lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, muda sebelum tua,
hidup sebelum mati."

menitis air mata saat menulis entry kali ini.. mungkin jua emosi ketika sakit amat berbeza ketika waktu sihat...waktu sakit jadi lebih mudah tersentuh..tapi itu semua membuatkan ana lebih tabah, ada masa utk muhasabah diri..kesana kemari sibuk dgn urusan duniawi..hingga terlupa bahawa suatu hari nnti kita akan kembali kepada pemilik diri ini.. moga kesakitan ini dapat menjadi penebus akan dosa2ku.. terima kasih Allah kerana masih mengingatkanku KepadaMu..


Ar-Ruhul Jadid

Album :
Munsyid : Ar-Ruhul Jadid
http://liriknasyid.com


Arruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa

Kami petualang mencari kebenaran
Mencari makna serta hakikat manusia
Kami berjuang menegakkan kehormatan
Hidup mulia atau mati sebagai syuhada

Kami berbekal alquran hakiki
Meneruskan cita dan risalah para nabi
Kami sandang julukan generasi ghuraba
Biar saatnya datang kami pimpin dunia

Kami semangat baru siap maju hancur semua musuh
Kami tentara Alloh siap korbankan harta bahkan jiwa

Kami serahkan semua hidup pada Alloh
Kami tekadkan tuk ikuti rasulullah
Usung panji ilahi iman kuat membaja
Hadapi tirani bebaskan umat dunia




hemm..ana suka nasyid kat ats nie.. liriknya buatkan ana bersemangat..klu x percaya shbt2 bleh cari kat youtube.."senaman ruhul jadid..".. t kat ctu ade dtunjukkan senaman islam.. bersemangat..!! bagai pejuang yg telah bersiap siaga utk memperjuangankan islam..klu bleh downlodla skli yer..n amalkan senaman tu..bg energy sikit..hehe

p/s : mohon doa sahabat2 agar ana sgera pulih sperti sediakala..

Jumaat, 17 Disember 2010

Teguran itu penting

salam Mahabbah semua..alhamdulillah masih dberikan nikmat Iman dan Islam, serta dberikan kekuatan utk meneruskan bingkisan yg selanjutnya..insyaAllah..
ok sahabat2 yg ana cintai kerana Allah.. mari sama2 kita baca entry yg ana msukkan dbawah ini..semoga beroleh manfaat...


"orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran dari orang lain"

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.




Membina dan meroboh

Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukankan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.

Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.

Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?.

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

p/s : Pesanan utk diri sendiri..huhu

Nisa' Hi Tea 2010

salam mahabbah utk semua..syukur kehadrat Ilahi atas nikmat Iman dan Islam.. dpagi yg syahdu ini masih jua dberikan masa OlehNya utk ana meneruskan dgn sdikit bingkisan..insyaAllah..Utk entry kali nie ana nak masukkan sedikit ttg perjalanan program Nisa' Hi Tea yg diadakan baru2 ini oleh Nisa' kawasan Muar bertempat d Hotel Trades Muar. dkat dgn tempat ana..tapi hendak dnyatakan dsini ana sedikit kecewa..kecewa krn ape??? sbb xdpt join program nie...nak buat macmane kn..dah Allah aturkan macm tu..


pada mulanya ana mendapat msg dari ketua nisa kwasan " salam solehah ada dkat mane skrg??, bila mula cti??..boleh tak kalau cik nak mintak solehah jd AJK utk program Nisa' Hi Tea??".. ana pun balas la.. "wkmsalam..sy skrag masih dkat Kedah, InsyaAllah 8hb sy balik..owhh jd Ajk?? layak ker??. insyaAllah kalau dberi peluang boleh je..".. membalas msg tanpa pikir panjang.. tapi ketentuan Allah lain..exam ana dtagguhkan dan tarikhnyer bertembung dgn tarikh program ni djalankan..mcm tulah kisahnya..terpaksalah ana batalkan niat ana..mohon maaf kmbali pada ketua Nisa' tersebut..syukran krn berikan kepercayaan pada ana..tapi maaf ana xdapat membantu..Allah berkehendakkan yg lain..


suasana di majlis


"kaum wanita,berusahalah dengan ikhlas serta mengharapkan keredhaanNya dalam mencari rezeki, nescaya Allah akan memberkati rezeki yg diinginkan dan kadang kala memberikan rezeki itu kepadamu tanpa disangka-sangka. Kepada hambaNya yg melampaui batas hanya memikirkan dunia Allah akan membiarkan mereka berusaha sendiri dan memperolehi rezeki yg telah ditetapkan sahaja "



dkesempatan ni ana nak ucapkan tahniah kpd ahli2 Nisa' yg telah berjaya melaksanakan program nie.. teruskan perjuangan kalian dalam menyebarkan wadah2 yg dpt mendekatkan lagi masyarakat terhadap keindahan nilai2 Islam...Next program minta msg segera yer.. =) insyaAllah sedia turun padang...kita bersama..



peragaan busana muslimah..tomeyy


semasa jamuan makan malam PAS Kawasan haritu sempatlah juga ana melihat pamplet dan juga tiket utk program ni.. dewasa 25 dan kanak2 15.. kalau x silap la.. byk aktiviti menarik yg dsertakan..2 yang betul2 rasa terkilan tu..tapi x mengapalah.. dan anatara aktiviti yg dijalankan seperti gambar adik2 comey kat atas tu.. =) peragaan busana muslimah..cantikk..alhamdulillah dgr kata ramai juga yg hadir memeriahkan majlis..


dewan pemuda bersama YB PAS Kawasan

Sabda Rasulullah S.A.W.."Siapapun yg keluar dari rumahnya (utk suatu tujuan) dipintunya ada dua bendera,iaitu bendera di bawah pimpinan malaikat dan bendera di bawah pimpinan syaitan. Apabila seseorang itu keluar untuk tujuan-tujuan yg diredhai Allah, maka ia berada pada bendera malaikat, demikian seterusnya smpai ia pulang ke rumahnya. Apabila ia keluar untuk tujuan atau pekerjaan yg dibenci Allah, maka ia berada di bawah bendera syaitan, demikian juga seterusnya sampai ia pulang kerumahnya ". (HR Ahmad dan Thabrani)

walaupun xdapat join tapi bg ana majlis nie ttp meriah.. moga berterusanlah ye.. Nisa' Kawasan Muar hebat..insyaAllah.. Takbir!!!.. (",)

p/s : maaf x uplod byk pic..

Khamis, 16 Disember 2010

Alhamdulillah Ala Kulli Hal

salam mahabbah..salam kasih sayang ana ucapkan kepada semua shbat blog ana dan semua pengunjung...syukur kehadrat Ilahi.. kerana dgn limpah kurniaanNya hamba masih dberikan ksempatan utk menyedut udaraNya..masih dkurniakan dengan nikmat iman dan Islam..selawat dan salam buat kekasih yang dirindui...

Alhamdulillah..sudah dekat sebulan rasanya blog ana ini tidak diisi dgn entry yg baru..tgan ana pun rasenya sudah lama x menulis.. mohon maaf kepada semua.. bkn xnk menulis..tapi kekangan masa di musim exam..harap semua mengerti..walaupun badan masih terasa sedikit lesu..namun ana gagahkan juga utk menulis sedikit bingkisan utk pengisian kali ini..insyaAllah..
rindu rasenya kpd semua........ ('',)



Alhamdulillah..tiada kata yg dpt ana ucapkan ats segala kurniaan Yang Maha Esa.. ana telah selesai examm dan telah pun selamat pulang ke kampung halaman...terasa tenang sekali.. hmm.. bagaimana ye dgn exam ana haritu???...boleh jwb ker???..betul semua ker??

hehe....Allah sahaja yg mengetahui....tapi segalanya berjln lancar
...biasalah ada yg susah ada yg mudah...tp segalanya berkat
kurniaan Allah.. Allah yg membantu..dan hanya kepadaNya lah ana bertawakkal....

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka karenanya, serta hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.”

sekarang hanya menuggu keputusan keluar...moga2 keputusannya memberangsangkan...amin..
utk pengetahuan semua ..exam ana lah yg paling last sekali...ape tak nyer.. 13 malam.. mmg 13 tu last day exam utk semua pelajar..so kamilah penutupnyer..org semua dah balik..tapi kami masih lagi exam..ish3..kesian kn..hehe..



dalam sedih2 pun sempat lagi posing...


hemm..gambar kat atas tu diambil mase dalam bas...habis je dari exam.. terus tangkap gambar......
habis exammm..bermakna??? habis semmm... hmmmm..mulalah rase sedih nak pisah ngan kwan2....tapi xpelah sebulan je..insyaAllah bulan depan jumpe lagi kalian semua.. ingat daku dalam doamu.. ~~..

“… Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan nya…”

p/s : kesihatan kurang memuaskan..entry simple...