Islamic Widget

Jumaat, 31 Disember 2010

Detik 12.00 malam..???



Salam mahabbah semua..salam kasih sayang utk semua teman2 yg ana cintai kerana Allah..Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,keluarga dan sahabat Baginda..

Renungan
Diriwayatkan daripada Ali r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Jika manusia telah membenci orang-orang fakir dan berseronok dengan dunia serta memburunya untuk mengumpulkan wang, maka Allah akan memanah mereka dengan empat hal; masa yang di mana krisis ekonomi, penguasa zalim, pemegang hukum berkhianat dan tipu daya daripada para musuh."***

BERSYUKUR ke hadrat Illahi kita baru saja memasuki Tahun Hijrah 1432 dan akan melangkah tahun baru 2011...hmm sahabat2 semua entry ana kali nie tajuknya agak menyeramkan bukan..?? hehe..xpelah ini bukan cerita hantu..tp lebih bahaya dr hantu jika dbiarkan..bingkisan yang ana tuliskan dari hati..utk menyentuh hati..InsyaAllah..sahabat macam yg kita semua tahu..
menjadi kebiasaan kepada rakyat, malah disuburkan oleh pemimpin untuk berhimpun beramai-ramai pada malam tahun baru di lokasi strategik seperti Dataran Merdeka, Bukit Bintang dan lapangan terbuka di negeri-negeri, menunggu detik12.00 tengah malam bagi menandakan permulaan tahun baru.



Sambil menunggu, biasanya orang ramai dihidangkan dengan persembahan artis. Di majlis seperti inilah berlaku pergaulan bebas lelaki perempuan dan daripadanya membawa kepada pelbagai kemungkaran..masyaAllah..maka bersemaraklah pesta maksiat....so siapa yg nak dipersalahkan..?? bila ada wanita yang mula hamil.. mulalah kelam kabut..dan seterusnya buang anak kat merata tempat tanpa berperikemanusiaan...



ana nyatakan perkara ini kerana ana cinta dan sayangkan negara ini termasuk masyarakatnya. ana tidak mahu Allah SWT turunkan bala kepada kita angkara maksiat yang semakin berleluasa termasuk yang disuburkan oleh sang penguasa. Sesungguhnya kemusnahan bumi Aceh akibat tsunami dan gempa di Padang, sewajarnya menginsafkan kita bahawa Allah SWT boleh pada bila-bila masa saja menghukum kita...kita tak berdaya menghalangnya sahabat...

(Lalu dikatakan kepada mereka setelah ditimpakan dengan azab seksa):Balasan buruk yang demikian ini disebabkan kamu dulu bersuka ria di muka bumi dengan cara yang salah (pada hukum Tuhan), dan disebabkan kamu bersenang lenang dan bermegah-megah dengan berleluasa (dalam maksiat). – (Surah Ghaafir, ayat 75)

Apabila kita melakukan sesuatu perbuatan terlarang yang menyerupai kaum yang memusuhi Allah, ia sebenarnya secara tidak langsung menampakkan seolah-olah kita kagum dengan golongan yang ingkar kepada Allah dan Rasul-Nya serta mengagung-agungkan budaya mereka.

“dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya”
(surah al-Furqan ayat 72)

jadi..sama2lah kita fikirkan..mana yg baik diikuti dan mana yg x baik tu sama2 lah kita jauhi..ana menulisnya atas dasar tanggungjawab...moga Allah mengampuni kita semua diatas segala kealpaan kita..

p/s : muhasabah diri d tahun baru..Ahlan Wasahlan 2011..

Tiada ulasan: