Islamic Widget

Ahad, 23 Oktober 2011

Surat Cinta Untuk Jiwa


Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atassegalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.



Surat ini ku tujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya,lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya. Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan,padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.


Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapak di jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia.Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.


Surat ini kutujukan untuk ruh-ku dan ruh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu,serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu dimanakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih,saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan. Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah?


Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan. Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untukjiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya "Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU,pada taat kepadaMu dan dakwah dijalanMu "


Semoga dapat membangkitkan iman yang sedang mati atau jalan di tempat,berdiam diri tanpa ada sesuatu amalanpun yang dapat dikerjakan.Kembalikan semangat itu sahabat-sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan orang-orang beriman yang selalu

menemani di kala hati "lelah".


Sabtu, 8 Oktober 2011

Buat Ukhtyku


Assalammualaikum..TAHNIAH (^_^) ukhtyku sayang..

Uhibbuki fillah..Harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya.Ya Allah,peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..

Di jalan Allah

Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu

Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia

Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu

Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang

Semuanya kerana Allah

Sungguh

Bukan kerana selain daripadaNya..

Cinta Kasih-Ku patut diperolehi mereka yang saling berkasih sayang kerana-Ku, cinta kasih-Ku patut dinikmati oleh mereka yang saling bersilaturrahim kerana- Ku, cinta kasih-Ku patut dikurniakan kepada mereka yang nasihat-menasihati kerana-Ku, cinta kasih-Ku patut dicurahkan kepada mereka yang kunjung-mengunjungi kerana- Ku, cinta kasih-Ku patut dinikmati oleh mereka yang saling memberi kerana-Ku. Mereka yang saling berkasih sayang kerana-Ku dan pada jalan-Ku, (mereka) berada di atas mimbar- mimbar di hari Kiamat dari cahaya suatu kedudukan yang diinginkan oleh para nabi, para siddiqin dan para syuhada." (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Al Hakim dan Al Qudha` ie)


Ikhlas dari adikmu…SITI SOLEHAH SAMSUDIN

(anasolehah)

http://menujuredhailahi.blogspot.com

Selasa, 4 Oktober 2011

Berdua Denganmu Pasti Lebih Baik

Berdua Denganmu Pasti Lebih Baik


klik tuk besarkan

Assalammualaikum sahabt2 blog ana..hehe harini ana nk update sesuatu yg ringkas je..tp sgt sweet.. nie pun ana amik dr blog seorg shbt..Alhamdulillah penulis tu bg share... cute kn pic kat atas tu.. tp sebelum tu..meh kita baca dulu..

"Untuk menggalakkan kamu yang belum bernikah kepada bernikah, cukuplah bersama dalam haram. Jom ke arah yang halal."
Bersenda gurau lah dengan yang halal agar tenang hatimu, senang jiwamu, bahagia hidup berduamu. Jika dengan yang tidak halal, bersenda gurau pun tidak tenang. Lazat tetapi bermaksiat lagi berdosa. Berbeza dengan yang halal, nikmat lagi berpahala lagi mengeratkan hubungan rumahtangga.

Rasulullah SAW pun selalu bersenda gurau dengan Saidatina Aisyah. Kata hadis Nabi SAW yang ringkas dalam pencarian pasangan yang secocok dengan anda:

"..sehingga kamu dapat tertawa dengannya dan ia tertawa denganmu.."
( HR Muttafaqun 'Alaih )

Sabtu, 1 Oktober 2011

SIreh Pulang Ke Ganggang

“…Walaupun kamu membelanjakan semua (kakayaan) yang ada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka… (QS: Al-Anfal: 63)”



Assalammualaikum..salam mahabbah..salam kasih sayang semua...maaf lama ana menyepi kerana kebiziian melanda..uhu..bnyak asement..ada sape2 nk tolong buatkan x?? heheh..Alhamdulillah Allah masih sayang pada kita semua..dihidupkan kita dgn nikmat iman dan islam..kurniaan yg amat besar..dhidupkn kita dgn kasih sayangNya..oleh itu sellulah bersyukur padaNya..selawat dan salam buat kekasih hati yg sntiasa dirindui Muhammad Habibullah, ahli keluarga dan sahabat Baginda..




lama ana menyepi dsbbkn byk pgram n asement yg kena dsiapkan secepat mungkin..baru2 nie ana dgn kelab ana br je adakan pgram "Syawal sireh pulang ke ganggang".. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar..berkat kurniaan Ilahi..pgram kami berjalan dgn jayanya.. =) jom layan...



"mukmin itu pasti bersaudara. Dan tidak ada persaudaraan kecuali dengan keimanan. Jika Anda melihat ada yang bersaudara bukan karena iman, maka ketahuilah itu adalah persaudaraan dusta. Tidak memiliki akar dan tidak memiliki buah. Jika Anda melihat iman tanpa persaudaraan, maka itu adalah iman yang tidak sempurna, belum mencapai darjat yang diinginkan, bahkan akan berakhir dengan permusuhan."



macam2 xtvt yg kami buat sama2 dgn mak ngan ayah angkat kami ( penduduk kampung tu).. masak roti canai sma2.. gotong royong bersihkan kwsan masjid, lawan bola sepak.. marhaban.. gotong royong masak.. wahh mmg meriahlah..macam kenduri .. mcm dgn fmly sndiri pulak..




"Ukhuwah Islamiah adalah nikmat Allah, anugerah suci, dan pancaran cahaya rabbani yang Allah persembahkan untuk hamba-hamba-Nya yang ikhlas dan pilihan. Allahlah yang menciptakannya. "


inilah antara barisan AJK n mak ngan ayah angkat kami.. Alhamdulillah org kampung kat situ semua baik2 n sporting2 belaka...macam tau2 je kami semua rindu kat mak ngan ayah kami.. layanan mereka mmg terbaiklah... (^_^) tu yg best tu..

“Ada seseorang yang mengunjungi saudaranya di sebuah desa. Di tengah perjalanan, Allah mengutus malaikat-Nya. Ketika berjumpa, malaikat bertanya, “Mau kemana?” Orang tersebut menjawab, “Saya mau mengunjungi saudara di desa ini.” Malaikat bertanya, “Apakah kau ingin mendapatkan sesuatu keuntungan darinya?” Ia menjawab, “Tidak. Aku mengunjunginya hanya karena aku mencintainya karena Allah.” Malaikat pun berkata, “Sungguh utusan Allah yang diutus padamu memberi kabar untukmu, bahwa Allah telah mencintaimu, sebagaimana kau mencintai saudaramu karena-Nya.” (HR. Imam Muslim).