Islamic Widget

Selasa, 27 April 2010

Layakkah kita bergelar umat Muhammad?

Layakkah kita bergelar umat Muhammad?..artikel yg ku petik dr laman web : HarakahDaily.Net

Rasulullah s.a.w. adalah insan pilihan, utusan terakhir yang diutus untuk menyampaikan risalah Ar-Rahman keseluruh alam. Baginda adalah contoh teladan yang terbaik dan sememangnya menjadi ikutan dalam kehidupan muslim pada hari ini. Keindahan akhlak Rasulullah s.a.w. dibuktikan dalam Al-Quran melalui firman-Nya dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud:
Iklan


"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah s.a.w. itu suri teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari Kiamat dan yang banyak mengingati Allah."

Berdasarkan dalil yang dinyatakan di atas, dapat dibuktikan bahawa keindahan akhlak Rasulullah s.a.w. telah diiktiraf oleh Allah SWT sehingga dirakamkan di dalam kitab suci al-Quran untuk dijadikan teladan mahupun "role model" kepada umat baginda dari dahulu hinggalah sekarang, kerana segala yang termaktub dalam al-Quran itu adalah kekal dan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek zaman.

Petikan kenyataan "Akhlak Rasulullah adalah al-Quran" merupakan kata-kata yang diungkapkan sendiri oleh Saidatina Aisyah r.a. sebagai penghargaan dan kekaguman seorang isteri terhadap Rasul tercinta.

Akhlak Rasulullah s.a.w., diumpamakan indah bagaikan Al-Quran, ini kerana baginda adalah Rasul (utusan Allah) yang dipilih untuk menyampaikan amanat dari Tuhannya dan melaksanakan tanggungjawab menyampaikan risalah dakwah kepada seluruh alam, sehinggalah ke hari ini. Kita dapat merasakan seruan dakwah baginda dengan nikmat iman dan Islam yang menjadi tunjang akidah kita, dibuktikan lagi dengan turunnya kitab suci al-Quran yang merupakan kalam Allah dan mukjizat yang paling berharga dianugerahkan kepada baginda Rasulullah s.a.w., melalui perantaraan malaikat Jibrail, juga merupakan sumber utama perundangan Islam, di mana di dalamnya terkandung seluruh peraturan hidup yang syumul meliputi seluruh aspek kehidupan dan tetap menjadi rujukan seluruh umat manusia pada hari ini.

Akhlak Rasulullah s.a.w. seiring dan sepadan seperti mana yang digariskan oleh Allah SWT di dalam ayat-ayat-Nya, yang menjadi tatapan pada umat terdahulu dan menjadi teladan kepada umat yang kemudian. Sesungguhnya, beruntunglah umat Nabi Muhammad pada hari ini, sungguhpun tidak berada di zaman baginda, namun sunnah dan sirah baginda tetap tersemat di hati, lantaran kecintaan terhadap Allah dan Rasulnya serta beriman dan menyakini apa yang di bawa oleh baginda Rasulullah s.a.w..

akhlak terpuji

Rasulullah s.a.w.adalah qudwah hasanah yang tidak dapat ditandingi lantaran peribadinya yang terpuji dan dikagumi sendiri oleh kawan mahupun lawan. Manakan tidak, Rasulullah tetap melemparkan senyuman tatkala dicaci, dihina dan dipersenda oleh musuh-musuh Islam sewaktu baginda menyampaikan risalah dakwahnya. Malahan, baginda sentiasa merendah diri, berbicara dengan lemah lembut dan untuk menarik mereka mendekati Islam.

Peribadi Rasulullah s.a.w. sungguh anggun dan menawan, sungguhpun bergelar nabi, namun baginda sedikit pun tidak menyombong dan tidak riya' dengan kedudukannya yang sangat mulia di sisi Allah SWT. Tidak seperti kebanyakan pemimpin pada hari ini, yang angkuh dan bongkak dengan gelaran, pangkat dan jawatannya yang hanya sementara sahaja. Baginda Rasulullah s.a.w. merupakan seorang sahabat dan teman yang setia, seorang suami yang mithali dan lembut hati, seorang bapa yang penyayang dan penyabar, seorang pemimpin yang adil, bijaksana dan berkarisma juga hamba yang wara' dan tawadhuk serta taat kepada Allah SWT.

Keindahan akhlak Rasulullah s.a.w. sesuai dengan gelaran yang di bawa, iaitu al- amin yang bermaksud yang dipercayai, dan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai pembawa risalah dan memberi petunjuk dan jalan dari perkara kemungkaran kepada kema'rufan, perkara batil kepada yang haq, dan kejahilan kepada cahaya.

Rasullah s.a.w. diutus pada zaman Jahiliyyah di mana umat manusia pada ketika itu hidup dalam keadaan kemunduran, kejahilan, persengketaan, penindasan, porak- peranda dan saling berbunuhan. Oleh yang demikian, turunlah ayat Allah dalam Surah Ibrahim ayat 4 yang bermaksud:

"Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya, agar dia dapat memberi penjelasan kepada mereka. Maka Allah menyesatkan kepada siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dia Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana."

Justeru itu, perlantikan dan pemilihan baginda sebagai Rasul utusan Allah adalah membawa tanggungjawab besar untuk memperbetulkan keadaan masyarakat pada ketika itu, dan menunjukkan sinar kebenaran ke arah hidup yang diberkati Allah.

Demikianlah, besarnya peranan baginda sebagai penghulu sekalian nabi, pemimpin pejuang Islam, dan penyelamat sekalian ummat. Ini disebutkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya dalam surah Saba' ayat 28 yang bermaksud:

"Dan tidaklah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam."

Sungguhpun begitu, berat dan amat payah tanggungjawab baginda, Rasulullah tetap bersabar dan istiqamah dalam perjuangannya menyampaikan risalah dakwah hingga ke hembusan nafasnya yang terakhir. Inilah bukti kasih sayang baginda terhadap umatnya. Meskipun berhadapan dengan saat ajal datang menjemput, baginda sentiasa mengingati umatnya, dengan kata-kata terakhir yang keluar dari mulut baginda: "Ummati, ummati, ummati..." (Umatku, umatku, umatku).

Allahu akhbar... Maha suci Allah, begitu agung peribadimu, sungguh menawan tutur bicaramu, terpaut hatiku menghayati sirah hidupmu. Engkaulah Rasul pilihan, engkaulah pemimpin sanjungan, engkaulah suri teladan, engkaulah permata yang sentiasa bergemerlapan, engkaulah sinar yang menerangi seluruh alam... engkaulah pujaan setiap insan.

Rasulullah diutus membawa cahaya, memberi sinar pengharapan, menunjuk jalan kepada kebenaran. Keperibadian baginda tidak dapat disangkal lagi, keluhuran baginda tidak dapat diragui, keikhlasan baginda tidak dapat ditandingi, pemergian baginda tiada lagi pengganti.

Wahai seluruh umat manusia, bangunlah dari lenamu, sedarlah dari angan-anganmu, bukalah mindamu, asahlah bakat dan kemampuanmu, persiapkan dirimu untuk meneruskan perjuangan dakwah baginda Rasulullah s.a.w..

Jika dilihat situasi remaja pada hari ini, tiada langsung yang mencerminkan keperibadian yang luhur seperti mana yang ditunjukkan oleh contoh teladan, Rasulullah s.a.w..

Andainya kita mengambil artis-artis sebagai ikutan dan role model dalam kehidupan kita, dimanakah nilai iman kita sebagai umat yang mengaku Islam?

Wahai para remaja yang dikasihi sekalian, duduklah seketika, berfikirlah sejenak, patutkah kita mengambil artis sebagai ikutan, wajarkah kita meninggalkan Rasulullah s.a.w.insan agung sebagai panduan dalam kehidupan kita? Sudah pasti jawapannya tidak sama sekali. Tergamakkah kita mengagung-agungkan artis, memuja- muja kekasih sebagai tanda sayang kita kepadanya? Sebaliknya melupakan selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah s.a.w. sebagai bukti cinta agung kepadanya? Persoalan ini perlu dijawab sendiri oleh umat yang mengaku hamba kepada Allah yang Maha Esa dan umat yang inginkan syafaat baginda di padang Mahsyar kelak.

Perginya baginda meninggalkan umat, mewasiatkan dua perkara yang paling berharga tiada tandingannya, iaitu kitab suci al-Quran dan Sunnah nabi s.a.w.. Barangsiapa yang berpegang teguh kepada keduanya, maka ia tidak akan sesat selamanya, Insya' Allah.

Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita duduk sejenak merenung kejadian sendiri, menginsafi kekurangan diri, kembali ke pangkuan IIahi. Apakah kita benar-benar ingin menjadi ummat baginda? Apakah peranan dan tugas kita sebagai umatnya? Layakkah kita bergelar umat baginda? Beranikah kita memohon syafaat baginda di akhirat kelak? Apakah yang telah dikorbankan untuk Islam? Apakah yang telah kita sumbangkan untuk perjuangan dakwah baginda? Persoalan inilah yang sepatutnya berlegar-legar di fikiran kita, seandainya mengaku bahawa kita adalah ummat Rasulullah s.a.w. Duduklah sebentar, fikir-fikirkan, tepuklah dada, tanyalah iman...

Sungguhpun kita tidak dapat menjadi sesempurna nabi, tetapi... berazamlah untuk memperbaiki akhlak dan peribadi... Sesungguhnya Allah sentiasa ada bersama kita, dan Dia sentiasa menolong hamba-Nya yang suka kepada kebaikan...

Selasa, 20 April 2010

MaKnA sEBuAh KeSaBaRaN


Salam..syukur kehadrat Ilahi kerana mengurniakan daku Kesihatan untuk terus Beribadah kepadanya...Alhamdulillah masih dapat terus menulis blog ni lagi walaupun dalam kesibukkan peperiksaan...Baru2 nie ada seorang sahabat bertanyakan soalan kepada ana mengenai kesabaran...adakah batas dalam kesabaran??...ana sendiri kurang pasti.. jadi untuk tidak mengecewakan sahabat itu, ana cuba mencari jwapannya.. makna sebenar kesabaran itu... agar sma2 dapat berkongsi ilmu..InsyaAllah.. cuaba baca coretan dibawah ini...~

Tak cukup lisan ini mengutarakan semua yang tertampung dalam 1 kata: S.A.B.A.R
Oleh kerananya,ana hanya mengutip beberapa ayat dan hadits populer yang berkenaan dengan ini:

* “Dan, sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan”. (An-Nahl : 96)

*“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas”. (Az-Zumar : 10)

* ”Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (QS 3: 200)

* “Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan Rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (QS. Al-Baqarah (2):155-157)

* Dari Suhaib r.a., bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, karena segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mukmin; yaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya.” (HR. Muslim)

Fashbir… Shabran Jamilan…
Sabarlah… Kesabaran itu indah…

Tak cukup pula sekadar kata-kata menggambarkan keindahan kesabaran Rasulullah, teladan utama dan pertama orang2 mukmin:

* Masih ingatkah sahabat tentang bagaimana respon beliau saat malaikat penunggu gunung menawarkan agar membinasakan kaum di tha’if yang melemparinya dengan batu setelah menyeru mereka kepada Allah? Beliau menjawab, “Sesungguhnya mereka hanya kaum yang tidak tahu… aku justru berharap keturunan mereka ada yang beriman…”
* Masih ingatkah sahabat saat beliau setiap hari dicaci oleh pengemis yahudi buta di pasar sementara beliaulah yang tiap hari menghaluskan makanan pengemis tersebut? Kesabaran yang tiada batas digambarkan dengan sikap kasih dan cinta beliau kepada ummat
* Bahkan, saat ajalnya pun yang beliau ingat hanyalah keselamatan ummat. Rasa sakit sakaratul maut pun tak membuatnya melupakan ummatnya: ummati… ummati… kesabaran apakah yang dimiliki beliau ini??

Slogan “kesabaran itu ada batasnya” benar-benar tak ada di zaman pertama perjuangan Islam. Para syuhada pun bersabar hingga akhirnya maut menjemput mereka. Kesabaran mereka benar-benar terbatas saat jiwa terpisah dari raganya. Sebelum itu, mereka tak berhenti memerangi musuhnya (jiwa mereka sendiri juga) untuk mempertahankan iman sampai akhir hayatnya.

Adapun beberapa langkah untuk meningkatkan kesabaran di antaranya adalah:
1. Mengkikhlaskan niat kepada Allah SWT
2. Memperbanyak tilawah karena al-Qur’an merupakan ubat bagi hati insan. Masuk dalam kategori ini juga adalah zikir kepada Allah.
3. Memperbanyak puasa sunnah untuk menahan syahwat
4. Mujahadatun Nafs, yaitu sebuah usaha yang dilakukan insan untuk berusaha mengalahkan keinginan jiwa
5. Mengingat-ingat kembali tujuan hidup di dunia
6. Perlu mengadakan latihan-latihan untuk sabar secara pribadi
7. Membaca-baca kisah-kisah kesabaran para sahabat, tabi’in maupun tokoh-tokoh Islam lainnya
dan tentu saja masih ada langkah2 lainnya yang tidak disebutkan.

Kesabaran tidak sama dengan pasrah dan menyerah yang didengungkan beberapa cerita aneh. Sabar justru mengajarkan mukmin untuk tetap ada dalam kebaikan dan ikhtiyar selama Allah redha kepadanya. Akan tetapi, saat hasil yang didapat tidak sesuai dengan effort ikhtiyar, maka sabar jugalah yang mengajarkan bahwa kita harus tetap percaya kepadaNya.

Selasa, 13 April 2010

InDahNya HidUp BeRsyaRiaT..



Sering kita mendengar orang berkata bahwa syariat Islam mengekang kebebasan. Mereka berpikir bahwa hal-hal seperti diharamkannya memakan daging babi atau memakai pakaian terbuka atau ketat merupakan wujud pengekangan terhadap kebebasan dalam berekspresi dan menjalani hidup mereka sehingga hal tersebut kadang diartikan sebagai pelanggaran terhadap hak-hak manusia. Padahal syariat Islam tersebut justru merupakan pemelihara hak-hak manusia.

Pada dasarnya, istilah syariat itu merupakan setiap perintah Allah yang ditujukan kepada segenap hamba-Nya, baik yang dikategorikan sebagai ibadah, muamalah, maupun akhlak. Namun, selanjutnya para ulama menspesifikkannya kepada hukum dan aturan yang bersifat amal perbuatan dan praktik. Syariat Islam datang untuk memelihara lima perkara dasar dan penting dalam hidup manusia. Setiap perintah dan aturan Islam selalu bermuara pada pemeliharaan kelima perkara ini. Kelima perkara ini pun merupakan tujuan utama dari setiap hukum dan perintah dalam Islam. Kelima perkara ini antara lain: memelihara agama, memelihara jiwa, memelihara akal, memelihara keturunan, dan memelihara harta.

1. Syariat Islam memelihara agama

Syariat Islam memelihara hak prerogative setiap orang untuk memilih agamanya masing-masing, sebagaimana firman Allah, “Tidak ada paksaan untuk memeluk agama (Islam)….” (Al-Baqarah:256). Ayat ini turun ketika ada di antara kaum anshar yang berdebat dan berseteru mengenai kaum anshar yang berkeinginan untuk memaksa anak-anak mereka yang beragama Yahudi untuk memeluk Islam. Setiap orang berhak dan bebas menentukan pilihannya untuk berkeyakinan. Namun, ketika ada orang-orang yang berpaling dan menentang kebenaran (Islam), umat Islam diperintahkan untuk memeranginya.

1. Syariat Islam memelihara jiwa manusia

Hal ini terlihat ketika syariat Islam melarang tindakan semena-mena terhadap jiwa. Untuk itu, syariat Islam telah membuat garis besar hukuman dan risiko yang membuat jera. Pemeliharaan ini terlihat pada perkara tentang pengharaman menghilangkan nyawa orang seperti aborsi dan bunuh diri yang mana pelakunya akan menerima hukuman yang sangat berat. Selain itu, syariat Islam memberikan jaminan terhadap kebutuhan pokok manusia seperti makanan, pakaian, dan obat-obatan. Misal pengharaman memakan daging babi dimaksudkan untuk melindungi kesehatan manusia. Salah satunya karena babi hidupnya kotor sehingga ancaman terkena tenyakit mematikan akan besar bagi orang yang memakannya. Dan masih banyak lagi aturan yang bertujuan untuk memelihara jiwa manusia.

1. Syariat Islam memelihara harta

Hal ini terlihat ketika syariat Islam menganjurkan untuk menginvestasikan harta serta melarang untuk menimbun dan menghambur-hamburkan harta. Syariat ini menegaskan bahwa seseorang tidak berhak mengambil harta saudaranya kecuali dengan keridhaan dan keikhlasannya. Pemeliharaaan ini tampak jelas ketika syariat memberikan hukuman yang berat bagi pencuri dan perampok, serta memberikan denda terhadap segala tindakan semena-mena terhadap harta. Dan masih banyak lagi aturan yang bertujuan untuk memelihara harta.

1. Syariat Islam memelihara akal pikiran

Hal ini terlihat ketika Islam mengharamkan khamer (arak) dan segala yang memabukkan serta menghilangkan pikiran. Syariat Islam melaknat orang-orang yang terlibat dalm perkara khamer ini, bukan hanya bagi orang yang meminumnya, tetapi juga orang yang menjual, membeli, dan membawanya. Pemberian sanksi yang berat ini bertujuan untuk menyadarkan orang-orang yang tidak bisa disadarkan dengan nilai-nilai agama, moral, dan harga diri serta memberikan efek jera kepada pelakunya sehingga hal tersebut tidak lagi terulang kembali. Dan masih banyak lagi aturan yang bertujuan untuk memelihara akal pikiran manusia.

1. Syariat Islam memelihara kehormatan dan keturunan

Hal ini terbukti ketika Islam mengharamkan perbuatan zina dan penyimpangna seksual dengan segala bentuk dan coraknya. Syariat Islam juga melarang menuduh orang berbuat zina tanpa adanya bukti yang kuat dan melarang penyebarluasan perbuatan zina. Syariat Islam telah menentukan hukuman yang sangat berat bagi hal ini. Pemeliharaan kehormatan dan keturunan juga terlihat dengan adanya perintah untuk menjauhi perbuatan zina dengan menutup segala celah dan pintu masuk menuju zina, seperti memepertontonkan aurat atau campur-baur pria dengan wanita. Dan masih banyak lagi aturan yang bertujuan untuk memelihara kehormatan dan keturunan.

Jadi, semua syariat Islam itu bertujuan untuk memelihara lima perkara di atas. Syariat Islam tidak hanya menjadikan lima perkara di atas sebagai hak asasi manusia, tetapi juga disejajarkan dengan perkara-perkara wajib sehingga tak seorangpun dapat berlaku semena-mena terhadap kelima perkara ini.

Sabtu, 10 April 2010

IBU,AYAH..SAYA MENYAYANGIMU..

Salam...malam nie Allah berikan lagi kesempatan untuk ana menulis blog nie..
trasa syahdu sangat malam nie...tatkala menatap wajah ibu dan ayah ddalam gambar..terasa diri nie amat merindui mereka...tiba2 airmata mengalir dengan derasnya... terkenangkan pengorbanan mereka membesarkan kami sepuluh beradik.. dengan penuh kesabaran dan kasih syg...garis2 kedut dwajah mereka menunjukkan usia mereka yang semakin lanjut..namun diriku masih belum mampu untuk membalas jasa2 mereka... sambil melihat foto mereka ku terpandang pada tulisan yg sahabatku lekatkan didinding... "renungkan wahai sahabatku"....

dalam hati ibu berkata "pergilah anakku..belajarlah bersungguh-sungguh..jangan dikau lemas dalam kebebasan yang ibu berikan..ibu tidak hantar kamu kesana melainkan ibu percaya kepada kamu..kerana kamu anak ibu....."

dalam hati ayah pula berbisik.."Anakku..ayah lepaskan kamu dengan sejuta doa..moga kamu tidak pernah lupa akan nama yang kamu bawa dhujung namamu...hati ini penuh berharap agar kamu pulang membawa kemenangan dan kejayaan.."

kami sangat menyayangi kamu duhai anakku....

kata2 ini membuatkan air mataku sekali lagi jatuh berderai....terasa ingin mendakap mereka sekarang juga..tapi apakan daya..x mampu.. mereka jauh.. ku d utara..mereka d selatan... namun ku hanya mmpu berdoa utk kesejahteraan, kebahagiaan dan keselamatan mereka ddunia dan diakhirat...

ibu..ayah...sy menyayangi kalian kerana Allah...trima kasih datas segalanya...

p/s : kenangilah kedua ibu bapa kita..syangilah mereka..dan lakukan yg terbaik utk mereka.. semoga kita menjadi anak yg soleh...yg mampu membahagiakan mereka ddunia dan akhirat...

Ayah Ibu
Album :
Munsyid : Rabbani

Ayah ibu ampunilah dosa kami semua
Ayah ibu doakan kami dunia dan akhirat

Dari kecil sehingga dewasa
Kau menyayang dan sering memanja
Menanam iman menyemaikan taqwa
Mengajar kami muliakan agama

Ayah ibu berkorban jiwa berkorban harta
Ayah ibu semoga Allah tinggikan derajatmu

Sebelum nyawa meninggalkan jasad
Sebelum suria terbitnya di barat
Kau amanahkan Al Qur'an dan sunnah
Jadi panduan di akhir zaman

Belaianmu masih terasa
Ya Allah tempatkan mereka di syurga

Kami cintakan Allah
Kami kasihkan rasul
Kami sayangkan Ayah
Kami sayangi Ibu

Khamis, 8 April 2010

KhuSyuk DaLam SoLat..




Khusyu' Dalam Solat

Bagaimana memotivasikan (mendorongkan) Khusyu' dalam Solat?

Untuk mendapat khusyu' dalam solat, terutamanya hendaklah kita berdoa memohon restu kepada Allah s.w.t. supanya dikurniakan-nya kepada kita khusyu', taufiq dan hidayah serta inayah-Nya dalam menegerjakan ibadat sembahyang.

"Apa sahaja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya; dan apa sahaja yang ditahan oleh Allah maka tidak akan ada seorangpun yang sanngup untuk melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana "
( terjemahan surah Faatir, ayat 2 )

Usaha-usaha & langkah-langkah berikut boleh dilakukan bagi mendorong khusyu' dalam solat :

*
Kosongkan hati sanubari daripada mengasihi, memikirkan dan mengingati urusan-urusan dunia dan segala isinya ketika bersembahyang,


Ingatlah! Bahawa urusan-urusan dunia yang belum selesai anda kerjakan atau yang akan anda laksanakan nanti langsung tidak dapat dibuat ketika anda sedang bersembahyang. Oleh itu, tunggulah sehingga selesai sembahyang nanti. Kemudian fikir dan rancanglah sebanyak mungkin sebarang urusan sesudah sembahyang. Tidak ada gunanya difikirkan semasa bersembahyang, kerana akan hanya merosakkn sembahyang anda jua.

*

Sebelum masuk takbiratul ihram, anda terlebih dahulu mestilah mempunyai kesedaran (memahami konsep sembahyang).

Anda mestilah faham : kenapa disunatkan azan dan iqamat sebelum sembahyang?

Jawabnya : Untuk menimbulkan dalam jiwa seseorang raa kasih dan sayang serta rindu kepada Allah s.w.t., serta pengagungan terhadap-Nya.

Langsung dengan mendengar seruan azan dan iqamat itu menaikkan semangat, lalu dia bangun dengan penuh segar dan cergas, bukan dengan keadaan malas dan lemah. Azan dan Iqamat telah merangsang dan memberi kesedaran kepada jiwanya bahawa Tuhan yang akan disembahnya nanti bukanlah patung berhala yang beku dan kaku, pekak dan bisu, buta dan tuli dan tiada upaya. Tetapi, Tuhan yang disembah itu adalah ALLAH, Tuhan yang sebenar-benarnya, yang benar-benar ada (wujud) dan bukannya khayalan.

Dia Tuhan yang Maha Agung, Maha Kuasa, yang Maha Mengetahui, yang Maha Mendengar, yang Maha Melihat lagi Maha Sempurna. Allah melihat perbuatan solatnya, memdengar bacaan solatnya dan lagi Allah mengetahui dalam batin dirinya sama ada dia bersembahyang atau bermain wayang dalam sembahyang.

Dia sedar bahawa Allah yang akan diesmbahnya nanti adalah Tuhan yang telah menjadikannya, yang telah melimpahkan kurniaan ke atasnya dengan pelbagai nikmat yang tidak terkira banyak dan amat besar nilainya. Nikmat terbesar ialah nikmat Iman, taufiq, hidayah dan inayah-Nya. Kemudian disusuli pula dengan nimat hidup, sihat, rezeki dan lain-lain lagi yang tidak mampu dihitung oelh dirinya yang serba lemah dan kekurangan.

Dengan adanya kesedaran-kesedaran tersebut barulah hatinya merasakan keagungan, kebesaran, ketinggian, kemuliaan, kemurahan dan kebaikan Allah s.w.t.. Dari situlah akan lahirnya rasa syukur dan kasih sayang kepada Allah, tuhan yang akan disembahnya nanti. Justeru itu ibadat yang akan dilaksanakan nanti akan dilakukan dengan penuh rela, penuh kelazatan dan kemanisan, penuh nikmat dan sedap. Dengan itu kosonglah hati sanubarinya dari ingatan dunia dan segala isinya; hanya Allah dan perkara-perkara keutamaan yang berkaitan dengan sembahyang sahaja yang akan diingatinya. Dengan itu jadilah hatinya dalam sembahyangnya nanti penuh bermunajat kepada Allah s.w.t. lalu terhasillah khusyu; dalam sembahyangnya.

*

Ketika bersembahyang, hati hendaklah berkiblatkan Allah, atau dengan kata lain : Hati hendaklah sentiasa mengingati Allah yang diistilahkan juga dengan 'Hudhur Al-Qalb' (hadir hati bersama Allah).

Hudhur Al-Qalb ini hendaklah sampai ke makam Ihsan sepertimana disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. :

" Ihsan itu ialah anda beribadat kepada Allah seolah-olah anda melihat-Nya, maka sekiranya anda tidak dapat melihat-Nya(dengan mata lendir) maka sesungguhnya Allah melihat anda "

Untuk mencapai hudhur al-qalb ini maka hendaklah kita ingat dan menggunakan pelajaran ilmu Tauid yang telah dipelajari yang menyatakan bahawa Allah itu Maha Ada, yang Maha Hidup, yang Maha Mengetahui, yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Unutk memperkukuhkan lagi ingatan ini, cubalah mengulan-ulangkan dalam hati sebelum bertakbiratul ihram akan ungkapan kata pesanan Muhammmad bin Sawwar kepada anak saudaranya, Sahl bin Abdullah at-Tustari, di mana ungkapan itu berbunyi :

"Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikanku"

Selain itu, untuk mencari hudhur al-Qalb dalam sembahyang hendaklah kita memperbanyakkan zikrullah di masa di luar sembahyang dengan berwirid, bertawajjuh dan bersuluk; semoga dengan usaha itu hati akan menjadi sebati dengan ingatan terhadap Allah sehingga terbawa ke dalam sembahyang dan luar sembahyang.

*

Tanamkan rasa cinta kasih (Al-Hubbu) yang mendalam tanpa berbelah bagi terhadap Allah. Perasaan cinta ini tidak akan hadir kecuali kita terlebih dahulu mengenal Allah Ta'ala (ma'rifatullah). Peribahasa pun ada berkata, "kalau tak kenal maka tak cinta" dan "Baharu kenal belum mesra lagi".

Oleh itu untuk medapatkan khusyu' dalam solat kita hendaklah terlebih dahulu mengenal Allah. Paling kurangpun kita mengenal-Nya : Bahawa Dia adalah Tuhan yang telah menciptakan kita, yang telah memberikan rezeki kepada kita. Kita amt bertuah sekali kerana Dia telah memilih kita untuk menjadi seorang muslim. Dia amat berbuat baik kepada kita. Dia telah melimpahkan ke atas kita limpahan kurniaan dan ni'mat serta rahmatNya yang tidak dapat dibayar dengan langit dan bumi serta seluruh isinya. Dengan benar-benar mengenali dan mengingati kebaikan Allah s.w.t. kepada kita itu akan melahirkan perasaan cinta kasih kepada-Nya, dan dengan cinta kasih itulah akan melahirkan ibadah solat yang amat indah, yang amat manis, yang amat enak, yang amat sedap lagi amat lazat rasanya. Maka, diri ini pasti akan tenggelam dalam ni'mat yang amat quddus dan dapat memadu kasih dengan sebenar-benar kekasih iaitu Allah s.w.t

*

Menaruh perasaan At-Ta'zim, iaitu merasai keagungan, kebesaran dan ketinggian serta kesucian Allah yang sedang kita mengadap dan menyembah.
Perasaan mengagungkan Allah ini akan lahir dalam hati kita sekiranya kita ada kesedaran diri (mengenal diri) dan ma'rifatullah. Oleh itu, pupuklah kesedaran ini dengan mempertingkatkan ma;rifatullah dengan mempelajari dan mengamalkan ilmu Tauhid dan Tasawwuf.

*

Menaruh perasaan al-Haibah dan al-Khauf, iaitu merasa gerun dan hebat berhadapan dengan Allah serta merasa takut dan bimbang sekiranya solat itu tidak diterima oleh Allah, bahkan dimurkaiNya pula.

Perasaan takut dan gerun kepada Allah akan lahir dalam hati dengan adanya kesedaran dan ma'rifatullah. Firman Allah yang bermaksud :

"Sesungguhnya yang takut kepada Allah daripada segala hambaNya ialah para ulama" (Surah Faathir, ayat 28)

*

Menaruh sepenuh harapan (Ar-raja') kepada Allah s.w.t supaya Allah menerima ibadat sembahyang yang dilakukan. Ulankan selalu dalam hati sebelum bertakbiratul ihram akan ucapan para sufi :

"Tuhanku, Engkaulah jua maksud tujuanku, dan keredhaanMu jua tuntutanku"

*

Merasa Malu (Al-Haya') kepada Allah azza wa jalla. Malu kerana kekurangan, kecacatan, kecuaian dan kelalaian yang berlaku dalam sembahyang sama ada dari segi bacaan, penghayatan pengertian bacaan, perlakuan perbuatan dan kekhusyu'kan hati terhadap Allah yang sedang disembah.

Dengan adanya perasaan keagungan, gerun dan takut, harapan dan malu kepada Allah Jalla Jalaluh sebegaimana yang tersebut baharulah nanti akan timbul kesungguhan dan khusyu' dalam mengerjakan sembahyang.

*

Memahami dan mengerti bacaan-bacaan yang dibaca (tafahhum), paling kurang mengetahui tujuan-tujuan dan maksud-maksudnya.

*

Menghindarkan situasi-situasi dan keadaan-keadaan yang mengganggu serta memalingkan hati dari khusy' seperti kebisingan, kerunsingan hati, keliaran pandangan mata, lintasan-lintasan hati, keletihan tubuh badan dan lain-lain lagi.

*

Mendengardan menghayati cerita-cerita mereka yang khusy' dalam solat.

*

Hendaklah selalu mengulangi dan mengingati firman-firman Allah dan sabda-sabda Rasulullah yang seperti :

Firman Allah :

"Oleh itu, ingatlah kamu kepada Aku nescaya Aku ingat kepadamu" (Surah Al-Baqarah, ayat 152)

"Dan janganlah kamu menjadi dari golongan orang-orang yang lalai" (Surah Al-A'raf, ayat 205)

"Maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solat mereka"
(surah Al-Ma'un, ayat 4-5)


Sabda Rasulullah s.a.w. :


"Sesungguhnya hamba bersembahyang ia, padahal tidak ditulis untuknya pahala : seperenam pun tidak, dan sepersepuluh pun tidak; hanya sanya ditulis untuk hamba itu pahala mengikut apa yang diingatkan oleh akalnya dari ibadat sembahyangnya" ( hadis riwayat Abu Daud, An-Nasaie dan Ibnu Hibban)

"Berapa ramai orang yang telah mendirikan sembahyang di mana habuan dariada sembahyangnya hanyalah kepenatan dan keletihan jua" (hadis riwayat Ibnu Majah)

*

Menyedari dan memahami bahawa sembahyang merupakan dialog munajat hamba dengan Tuhannya.

Di Mana DIA di Hatiku..???

Di mana DIA di hatiku? adlah merupakan karangan buku Ustaz Pahrol Mohd.Joui.. ana amik kisah didalamnya untuk dijadikan iktibar dan sama2 dapat muhasabah diri...InsyaAllah.. :

…. semasa Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di gua Thaur, dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka…

Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, “jangan takut, Allah bersama kita.” Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya.

Sewaktu Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, “siapa akan menyelamatkan kamu daripada ku?”
Rasulullah saw dengan yakin menjawab, “Allah.” Mendengar jawapan itu gementarlah Da’thur dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda.

Diceritakan bahawa suatu ketika khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir.
“Boleh kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” tanyanya kepada budak tersebut.

“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”
“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuan mu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuan mu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji.

“Kalau begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Jelas ada DIA di hatinya.

Satu ketika yang lain, Sayidina Khalid Al Walid diturunkan daripada pangkatnya sebagai seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh khalifah Umar. Esoknya, Sayidina Khalid ke luar ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat. Ketika ditanya mengapa, Sayidina Khalid menjawab, “aku berjuang bukan kerana Umar.” Ya, Sayidina Khalid berjuang kerana Allah. Ada DIA di hatinya.

Melihat enekdot-enekdot agung itu, aku terkesima lalu bertanya pada diri ku sendiri, di manakah DIA dalam hati ku? Apakah Allah sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk dan membujuk hati ku yang rawan? Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta Allah bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya cinta selain-Nya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir . Ketika itu tiada DIA di hati ku!

Sering diri ku berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidup ku, kata mereka (dan aku sangat yakin dengan kata itu), “ bila Allah ada di hati mu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. ”

Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah Allah menjadi tumpuan dalam hidup ku? Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-Nya? Bila bertembung antara kehendak-Nya dengan kehendak ku, kehendak siapa aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerananya? Tegakah aku membenci juga kerananya?

Muhasabah ini melebar lagi… Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam Mu? Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?

Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai Mu ya Allah. Dan aku juga tidak dapat mendustai diri ku sendiri. Aku teringat bagaimana satu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, “apakah engkau takutkan Allah?”

Dia menangis dan menjawab, “aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikap ku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah tetapi aku tidak…” Maksudnya, sufi itu sendiri tidak dapat menjawab apakah ada DIA di hatinya…

Jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan Allah pun sukar bila ditanyakan apakah ada dia di hatinya, lebih-lebih aku yang hina dan berdosa ini. Di hati ku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta Allah dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.

Kalau kau tanyakan aku, “adakah DIA di hati mu?”, aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…”

Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari dengan langkah mujahadah ini. Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Begitu seperti yang selalu ku dengar daripada sebuah hadis Qudsi yang panjang.

Dan akhirnya aku tiba pada satu keyakinan, di mana DIA di hati ku bukan menagih satu jawapan… tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. Insya-Allah, aku yakin pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin. Dan kita akan terus mengemis kasih…

MENGEMIS KASIH MU

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak Dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku..

Isnin, 5 April 2010

Pintu Taubat Masih Terbuka..istiqomah..

Baru-baru ini, aku bagaikan menerima sesuatu petunjuk yang sukar untuk diceritakan (mungkin tidak perlu diceritakan). Sejak kejadian itu, aku dapat rasakan sesuatu yang lain. Aku terasa betul-betul bersalah kalau meninggalkan atau melewatkan solat.. Aku juga sering terfikir pasal mati. Sesuatu yang jarang aku fikirkan sebelum ini. Sesungguhnya aku memang takut akan mati. Sudah cukupkah amalan untuk aku bawa ke sana nanti? Tidak cukup sama sekali. Tapi aku sedar, dariNya aku datang, kepadanya aku pulang. Aku Redha!

Baru-baru ini juga aku dinasihat’kan oleh seseorang supaya melakukan taubat nasuha atas lambakkan keterlanjuran dosa yang telah aku lakukan sebelum ini. Sesuatu dosa yang aku tidak pasti atau mungkin juga pasti. Apa yang aku pasti, dari dosa kecil mungkin menjadi besar tanpa aku ketahui. Dari lambakkan yang kecil, dikumpul-kumpul menjadi besar.

Orang lihat aku begini dan begitu, tapi hanya Allah yang mengetahui siapa aku. Zalim’nya aku sebelum ini. Aku betul-betul ingin menyerah diri kepada Allah. Aku harap ianya dipermudahkan. Dikesempatan ini juga aku nak mohon ampun dan maaf seikhlas hati dari insan-insan yang pernah terluka selama-mana pernah mengenali aku yang bernama siti solehah binti samsudin ini selama 21 tahun aku bernafas di bumi Allah.

Keluarga, Rakan-rakan sama membesar, rakan-rakan di sekolah, rakan-rakan di universiti, rakan-rakan blogger, rakan-rakan di dunia nyata mahupun internet. Aku minta maaf seikhlas hati. Maafkan aku jika ada melakukan salah dan silap dalam pengetahuan aku atau tidak.

Kepada mereka yang pernah melakukan kesilapan kepada aku samaada di atas pengetahuan aku atau tidak, aku maafkan dengan seikhlas hati. Aku halalkan apa sahaja. Aku halalkan apa sahaja barangan aku yang pernah dicuri sebelum ini atau hak aku yang dinafikan menjadi hak aku. Aku halalkan. Hanya tinggal kamu dengan Allah. Dengan aku tiada lagi.

Ya Allah, bantulah aku menjadi insan baru yang benar-benar baru. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga semata. Kawan-kawanku semua, jika suatu hari nanti kamu tersedar akan keterlanjuran yang dilakukan semasa hidup, apa yang tertulis di bawah ini mungkin boleh kamu rujuk semula. Sama-sama’lah kita. Aku orang hina yang menyampaikan.

################################

Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :

1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

* Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
* Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
* Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
* Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
* Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),




Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
* Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,



Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

*

dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

*

Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.

p/s : mudah-mdahan Allah menerima taubat kita..aminn