Islamic Widget

Khamis, 8 April 2010

KhuSyuk DaLam SoLat..




Khusyu' Dalam Solat

Bagaimana memotivasikan (mendorongkan) Khusyu' dalam Solat?

Untuk mendapat khusyu' dalam solat, terutamanya hendaklah kita berdoa memohon restu kepada Allah s.w.t. supanya dikurniakan-nya kepada kita khusyu', taufiq dan hidayah serta inayah-Nya dalam menegerjakan ibadat sembahyang.

"Apa sahaja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya; dan apa sahaja yang ditahan oleh Allah maka tidak akan ada seorangpun yang sanngup untuk melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana "
( terjemahan surah Faatir, ayat 2 )

Usaha-usaha & langkah-langkah berikut boleh dilakukan bagi mendorong khusyu' dalam solat :

*
Kosongkan hati sanubari daripada mengasihi, memikirkan dan mengingati urusan-urusan dunia dan segala isinya ketika bersembahyang,


Ingatlah! Bahawa urusan-urusan dunia yang belum selesai anda kerjakan atau yang akan anda laksanakan nanti langsung tidak dapat dibuat ketika anda sedang bersembahyang. Oleh itu, tunggulah sehingga selesai sembahyang nanti. Kemudian fikir dan rancanglah sebanyak mungkin sebarang urusan sesudah sembahyang. Tidak ada gunanya difikirkan semasa bersembahyang, kerana akan hanya merosakkn sembahyang anda jua.

*

Sebelum masuk takbiratul ihram, anda terlebih dahulu mestilah mempunyai kesedaran (memahami konsep sembahyang).

Anda mestilah faham : kenapa disunatkan azan dan iqamat sebelum sembahyang?

Jawabnya : Untuk menimbulkan dalam jiwa seseorang raa kasih dan sayang serta rindu kepada Allah s.w.t., serta pengagungan terhadap-Nya.

Langsung dengan mendengar seruan azan dan iqamat itu menaikkan semangat, lalu dia bangun dengan penuh segar dan cergas, bukan dengan keadaan malas dan lemah. Azan dan Iqamat telah merangsang dan memberi kesedaran kepada jiwanya bahawa Tuhan yang akan disembahnya nanti bukanlah patung berhala yang beku dan kaku, pekak dan bisu, buta dan tuli dan tiada upaya. Tetapi, Tuhan yang disembah itu adalah ALLAH, Tuhan yang sebenar-benarnya, yang benar-benar ada (wujud) dan bukannya khayalan.

Dia Tuhan yang Maha Agung, Maha Kuasa, yang Maha Mengetahui, yang Maha Mendengar, yang Maha Melihat lagi Maha Sempurna. Allah melihat perbuatan solatnya, memdengar bacaan solatnya dan lagi Allah mengetahui dalam batin dirinya sama ada dia bersembahyang atau bermain wayang dalam sembahyang.

Dia sedar bahawa Allah yang akan diesmbahnya nanti adalah Tuhan yang telah menjadikannya, yang telah melimpahkan kurniaan ke atasnya dengan pelbagai nikmat yang tidak terkira banyak dan amat besar nilainya. Nikmat terbesar ialah nikmat Iman, taufiq, hidayah dan inayah-Nya. Kemudian disusuli pula dengan nimat hidup, sihat, rezeki dan lain-lain lagi yang tidak mampu dihitung oelh dirinya yang serba lemah dan kekurangan.

Dengan adanya kesedaran-kesedaran tersebut barulah hatinya merasakan keagungan, kebesaran, ketinggian, kemuliaan, kemurahan dan kebaikan Allah s.w.t.. Dari situlah akan lahirnya rasa syukur dan kasih sayang kepada Allah, tuhan yang akan disembahnya nanti. Justeru itu ibadat yang akan dilaksanakan nanti akan dilakukan dengan penuh rela, penuh kelazatan dan kemanisan, penuh nikmat dan sedap. Dengan itu kosonglah hati sanubarinya dari ingatan dunia dan segala isinya; hanya Allah dan perkara-perkara keutamaan yang berkaitan dengan sembahyang sahaja yang akan diingatinya. Dengan itu jadilah hatinya dalam sembahyangnya nanti penuh bermunajat kepada Allah s.w.t. lalu terhasillah khusyu; dalam sembahyangnya.

*

Ketika bersembahyang, hati hendaklah berkiblatkan Allah, atau dengan kata lain : Hati hendaklah sentiasa mengingati Allah yang diistilahkan juga dengan 'Hudhur Al-Qalb' (hadir hati bersama Allah).

Hudhur Al-Qalb ini hendaklah sampai ke makam Ihsan sepertimana disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. :

" Ihsan itu ialah anda beribadat kepada Allah seolah-olah anda melihat-Nya, maka sekiranya anda tidak dapat melihat-Nya(dengan mata lendir) maka sesungguhnya Allah melihat anda "

Untuk mencapai hudhur al-qalb ini maka hendaklah kita ingat dan menggunakan pelajaran ilmu Tauid yang telah dipelajari yang menyatakan bahawa Allah itu Maha Ada, yang Maha Hidup, yang Maha Mengetahui, yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Unutk memperkukuhkan lagi ingatan ini, cubalah mengulan-ulangkan dalam hati sebelum bertakbiratul ihram akan ungkapan kata pesanan Muhammmad bin Sawwar kepada anak saudaranya, Sahl bin Abdullah at-Tustari, di mana ungkapan itu berbunyi :

"Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikanku"

Selain itu, untuk mencari hudhur al-Qalb dalam sembahyang hendaklah kita memperbanyakkan zikrullah di masa di luar sembahyang dengan berwirid, bertawajjuh dan bersuluk; semoga dengan usaha itu hati akan menjadi sebati dengan ingatan terhadap Allah sehingga terbawa ke dalam sembahyang dan luar sembahyang.

*

Tanamkan rasa cinta kasih (Al-Hubbu) yang mendalam tanpa berbelah bagi terhadap Allah. Perasaan cinta ini tidak akan hadir kecuali kita terlebih dahulu mengenal Allah Ta'ala (ma'rifatullah). Peribahasa pun ada berkata, "kalau tak kenal maka tak cinta" dan "Baharu kenal belum mesra lagi".

Oleh itu untuk medapatkan khusyu' dalam solat kita hendaklah terlebih dahulu mengenal Allah. Paling kurangpun kita mengenal-Nya : Bahawa Dia adalah Tuhan yang telah menciptakan kita, yang telah memberikan rezeki kepada kita. Kita amt bertuah sekali kerana Dia telah memilih kita untuk menjadi seorang muslim. Dia amat berbuat baik kepada kita. Dia telah melimpahkan ke atas kita limpahan kurniaan dan ni'mat serta rahmatNya yang tidak dapat dibayar dengan langit dan bumi serta seluruh isinya. Dengan benar-benar mengenali dan mengingati kebaikan Allah s.w.t. kepada kita itu akan melahirkan perasaan cinta kasih kepada-Nya, dan dengan cinta kasih itulah akan melahirkan ibadah solat yang amat indah, yang amat manis, yang amat enak, yang amat sedap lagi amat lazat rasanya. Maka, diri ini pasti akan tenggelam dalam ni'mat yang amat quddus dan dapat memadu kasih dengan sebenar-benar kekasih iaitu Allah s.w.t

*

Menaruh perasaan At-Ta'zim, iaitu merasai keagungan, kebesaran dan ketinggian serta kesucian Allah yang sedang kita mengadap dan menyembah.
Perasaan mengagungkan Allah ini akan lahir dalam hati kita sekiranya kita ada kesedaran diri (mengenal diri) dan ma'rifatullah. Oleh itu, pupuklah kesedaran ini dengan mempertingkatkan ma;rifatullah dengan mempelajari dan mengamalkan ilmu Tauhid dan Tasawwuf.

*

Menaruh perasaan al-Haibah dan al-Khauf, iaitu merasa gerun dan hebat berhadapan dengan Allah serta merasa takut dan bimbang sekiranya solat itu tidak diterima oleh Allah, bahkan dimurkaiNya pula.

Perasaan takut dan gerun kepada Allah akan lahir dalam hati dengan adanya kesedaran dan ma'rifatullah. Firman Allah yang bermaksud :

"Sesungguhnya yang takut kepada Allah daripada segala hambaNya ialah para ulama" (Surah Faathir, ayat 28)

*

Menaruh sepenuh harapan (Ar-raja') kepada Allah s.w.t supaya Allah menerima ibadat sembahyang yang dilakukan. Ulankan selalu dalam hati sebelum bertakbiratul ihram akan ucapan para sufi :

"Tuhanku, Engkaulah jua maksud tujuanku, dan keredhaanMu jua tuntutanku"

*

Merasa Malu (Al-Haya') kepada Allah azza wa jalla. Malu kerana kekurangan, kecacatan, kecuaian dan kelalaian yang berlaku dalam sembahyang sama ada dari segi bacaan, penghayatan pengertian bacaan, perlakuan perbuatan dan kekhusyu'kan hati terhadap Allah yang sedang disembah.

Dengan adanya perasaan keagungan, gerun dan takut, harapan dan malu kepada Allah Jalla Jalaluh sebegaimana yang tersebut baharulah nanti akan timbul kesungguhan dan khusyu' dalam mengerjakan sembahyang.

*

Memahami dan mengerti bacaan-bacaan yang dibaca (tafahhum), paling kurang mengetahui tujuan-tujuan dan maksud-maksudnya.

*

Menghindarkan situasi-situasi dan keadaan-keadaan yang mengganggu serta memalingkan hati dari khusy' seperti kebisingan, kerunsingan hati, keliaran pandangan mata, lintasan-lintasan hati, keletihan tubuh badan dan lain-lain lagi.

*

Mendengardan menghayati cerita-cerita mereka yang khusy' dalam solat.

*

Hendaklah selalu mengulangi dan mengingati firman-firman Allah dan sabda-sabda Rasulullah yang seperti :

Firman Allah :

"Oleh itu, ingatlah kamu kepada Aku nescaya Aku ingat kepadamu" (Surah Al-Baqarah, ayat 152)

"Dan janganlah kamu menjadi dari golongan orang-orang yang lalai" (Surah Al-A'raf, ayat 205)

"Maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solat mereka"
(surah Al-Ma'un, ayat 4-5)


Sabda Rasulullah s.a.w. :


"Sesungguhnya hamba bersembahyang ia, padahal tidak ditulis untuknya pahala : seperenam pun tidak, dan sepersepuluh pun tidak; hanya sanya ditulis untuk hamba itu pahala mengikut apa yang diingatkan oleh akalnya dari ibadat sembahyangnya" ( hadis riwayat Abu Daud, An-Nasaie dan Ibnu Hibban)

"Berapa ramai orang yang telah mendirikan sembahyang di mana habuan dariada sembahyangnya hanyalah kepenatan dan keletihan jua" (hadis riwayat Ibnu Majah)

*

Menyedari dan memahami bahawa sembahyang merupakan dialog munajat hamba dengan Tuhannya.

Tiada ulasan: