Islamic Widget

Sabtu, 30 Jun 2012

Zaman itu...ana rindu...

Bismillahirrahmanirrahim..Assalammualaikum...Biar aku mulakan kalam ini dengan menyebut asma' Allah Yang Maha Mulia. Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar. Segala puji dan puja hanya layak untukNya. Selawat dan salam untuk Rasulullah SAW.


Zaman kanak-kanak, boleh dikatakan semua orang akan mengakui zaman itulah yang paling gembira. Tidak pernah berasa runsing untuk memikir masalah kerana semua bagi kanak-kanak adalah permain
an. Senyum sentiasa sahaja terukir di bibir, kerana sucinya seorang kanak-kanak itu. Terlukis indah di wajah mereka.




Kita sekarang? Wajah suci berseri kerana iman sepertinya susah sekali ditemui. Ya, terlalu kotornya kita dengan dosa dan maksiat. Astagfirullahal'azim.

Ana rindu zaman suci itu. Ana rindu zaman kanak-kanakku.

Kerana kita hidup di era globalisasi, kerana itulah kita perlu mempunyai kehidupan yang global juga lagaknya. H
uh! Global itu bermaksud baratkah kalian? Aku kecewa melihat saudara Islam sendiri. Kehidupan sosial kita terlalu banyak terpengaruh dengan barat. haih~

Astagfirullahal'azim, astagfirullahal'azim, astagfirullahal'azim..

Wahai Solehah yang kanak-kanak dahulu, ana rindu kamu. Kamu masih suci ketika itu. Tidak terpalit dosa nafsu. Suci, ana rindu itu.

Cooppp....Mengapa ana tuliskan semua ini? Kerana ana mahu kita semua mencari semula yang suci. Suci itu bukan milik dahulu, tetapi sentiasa.

Ana pernah melalui zaman awal remaja yang melalaikan, terlalu lemah kepada nafsu. Ketika itu iman terlalu sedikit. Astagfirullahal'azim. Cukuplah tempoh itu cuma, ana tidak mahu mengulang kembali.

Tetapi ana tidaklah terlalu membenci zaman itu, kerana jika tiada ana yang dahulu tiadalah ana yang sekarang. Satu ayat yang ana selalu terapkan dalam diri ialah 'mistake happens is for us to learn from it and try our best not to repeat it'. Kita tidak akan belajar sesuatu jika kita tidak melakukan salah terlebih dahulu, ana yakin begitu.

Ana yang dahulu sudah ana jadikan kisah silam. Biarlah ia menjadi salah satu persinggahan dalam perjalanan hidupku. Ana, adalah ana yang hari ini. Ana hidup kerana Allah ta'ala untuk hari esok. Perjalanan hidupku masih banyak perhentiannya. Pasti, tidak semuanya indah. Tetapi ana yakin ada sesuatu yang boleh dipelajari darinya. InsyaAllah. :) 

:::::bertambah lagi usiaku:::::

Khamis, 28 Jun 2012

Persahabatan adalah GURU


                                                           




 Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH.

;;Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG.

::Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI.

::Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN.
::Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG    PADA KITA.
::Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG.
::Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita.




Bismillahhirahmanirrahim...dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Assalammualaikum w.b.t.. Syukur kehadrat Allah Tuhan seru sekalian alam.. yang menghidupkanku dengan nikmat iman dan islam.. selawat dan salam buat kekasih yang amat kurindui Muhammad s.a.w..ahli keluarga Baginda,dan para sahabat... Alhamdulillah ya Allah atas kurniaanMu memberikan hambaMu ini sekali lagi kesempatan utk mencoretkan sesuatu diruangan ini setelah lama menyepi..





Bukan sepi sebarang sepi..namun sepiku bermakna...biarlah Allah sahaja yang mengetahui segalaNya...sekali lagi jari jemari ini menari2 di atas keybord sambil telinga didendangkan dengan alunan selawat...Allah sepi sungguh malam ini.. walaupun langit disinari dengan cahaya bulan dan dihiasi dengan jutaan bintang namun ku tetap terasa sepi...namun binkisanku kali ini bukan utk ku membicarakan soal sepi.. namun untukku menukilkan kisah kehidupan yang pernuh dengan pengajaran.. bukan sekadar cerita biasa.. namun cerita hati J





Belum pernah ana rasakan nilai keihlasan yang sebenar.. ye mmg org kata ikhlas tidak boleh dilihat..namun ikhlas itu boleh kita rasai kan...ukhuwah yang terjalin mengajar ana ttg makna ikhlas.. ikhlas yang macamana?? lkhlas yang sebenarnya dari hati..bila ana susah, sahabat2 dtg membantu tanpa dipinta setia setiap masa disisi..tanpa mengharapkan balasan, tanpa mengharapkan pujian sentiasa membantu dengan senyuman manis sentiasa dipipi..tidak pernah merungut “aku penat” tidakk.. tidak pernah ana dengar dari bibir mereka...tulus hati memberikan apa yang mereka rasakan sahabat2nya perlukan..kagum ku pada ketulusan hatimu teman2ku... saat kita bertemu..kita boleh tertawa bersama dan boleh juga mengalirkan air mata bersama...


Pernah juga dalam persahabatan ana ini diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan..kami pernah terasa hati disebabkan salah faham..mungkin tidak sengaja melukakan hati sahabat yang lain tanpa niat..tetapi ianya mengajar kami erti kesabaran..kesabaran dalam menjaga hati insan lain..mendidik dri kami juga untuk lebih berhati2 tatkala bertindak agar tidak ada yang terluka..ia menguatkan lagi ikatan antara kami... setiap insan melakukan kesilapan..sahabat2ku tidak ego..semua sedia untuk meminta maaf dan memberi maaf kerana itulah ana sayang kepada mereka.



. “aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah sahabat yang seiring denganku dan menjaga nama baikku. Kuhulur tangan kepada sahabat untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai sahabat, akau semakin percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka dan duka. Jika aku dapat aku akan setia padanya” . (Imam Syafie)












Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya...
Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...
Semalam dan hari ini
Tak kan ada yang sama
Hanya kenangan



Kepulanganku ke desa halaman setelah 3 tahun megembara ke negeri orang untuk menuntut ilmu.. entah kenapa 3 tahun bagiku bukanlah suatu tempoh yang lama..terasa baru sebentar disana..kini aku telah kembali semula disini.. 3 tahun di Universiti Utara Malaysia memberikan seribu satu kisah buatku.. untuk aku mengetahui makna sebenar kehidupan.. ye aku bangga kerana aku ditakdirkan Allah untuk berada di universiti tersebut.. walaupun orang kata universiti tu dalam hutan sekalipun xpelah.. bagiku aku sangat2 bersyukur kerana jauh dari kesesakan dunia yang mungkin melalaikanku yang sememangnya lemah dengan godaan dan sering terleka ini..jika hendak diceritakan satu persatu ana rasa mmg takkan habis cerita ana.. kerana terlalu banyak kenagan yang inigin ana kongsikan..


Ana Siti Solehah Binti Samsudin.. seorang insan yang tidak mempunyai apa-apa..seorang insan biasa yang dikurniakan sahabat2 yang luar biasa..kenapa ana katakan begitu sebab ternyata persahabatan di sini bukan sekadar persahabatan biasa tp bagai sebuah keluarga..sahabat disini banyak mengajar ana ttg nilai seorang hamba...



Cinta dan persahabatan
Tidak dinafikan lumrah manusia ingin mencintai dan dicintai.. persahabatan ini juga mengajar ana ttg erti cinta..bagaimana kita ingin menyalurkan cinta yang sebaiknya agar tidak tersasar dari landasannya.. mengajar ana ttg erti kematangan.. ye tidak semua yang kita impikan akan menjadi milik kita..kita kena yakin setiap apa yang Allah berikan kepada kita itulah yang terbaik..namun cinta sejati hanyalah untuk Allah Yang Maha Esa.. tidak sepatutnya kita melupakan kepada yang memberikan cinta itu ( Allah S.W.T)..persahabatan ini juga menguatkan cintaku pada Rabbul Izzati..terima kasih CINTA...


Bulan, Bintang, Matahari, Pelangi, Awan, Langit, Mutiara, Cahaya.. hehe kisah kami yang akan sentiasa segar diingatan.. J J



Setiap ruang kehidupanku bersama sahabatku benar2 mengajarku ttg kehidupan yang penuh dengan ranjau.. jika tiada sahabat disisi seperti mereka semua, tidak tahulah dimanakah ana kala ini..siapa diriku.. benarlah jika kita berkawan dengan si penjual minyak wangi pasti kita juga akan mendapat wangiannya..




“Jadikah Rabithah pengikatnya, jadikan doa ekspresi rindu antara kita”
**** Ya Allah Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, Betemu untuk mematuhi perintahMu, Bersatu memikul beban dakwahMu.. Maka eratkanlah ikatannya, kekalkanlah kemesraan hati-hati ini dan tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu.




                    “Hilang dimata insyaAllah dihati tidak akan pernah kulupakan”


memetik kata2 dari sahabat2ku :

Teman terbaik adalah yang saling menerima kerana ALLAH,
Saling membantu mendekati ALLAH,
Saling melindungi, merindui , mendoakan di dunia dan akhirat.
alangkah indahnya kita saling mencintai kerana ALLAH,
itulah sekukuh-kukuh ikatan

Kenangan itu kadang kala
Teramat pahit untuk diredah,
Tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.
Hidup tak selalunya indah
Tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
Masa depan yang cerah berdasarkan pada
Masa lalu yang telah dilupakan.


 ~insyaAllah,,,kte jmpa lagi di lain masa & ketika...♥♥♥