Islamic Widget

Sabtu, 23 April 2011

Khabar Memilukan...Allah...Allah...

Bismillahirrahmanirrahim...Assalammualaikum semua........... utk entry kali nie ana xmau tlis pnjang2... cuma sekadarnya shaja.. kerana saat ni ana dan keluarga benar2 diuji dgn kesedihan... terasa lemah seluruh sendi..hanya Allah shaja yang tahu rasa d hati saat ini...

pada tanggal 22.4.2011 sewaktu balik dr masjid ana mendapat perkahbaran yang amat memilukan hati..Kakak n anak buah ana terpaksa dikejarkan ke Hospital Putra Batu Pahat Johor kerana terlibat dengan kemalangan..iaitu tersimbah minyak panas...Allah..Allah...xdapat ana bayangkan situasi yg berlaku keatas mereka saat itu....airmata terus mengalir saat mendengarnya... Innalillahi wa innaillahi rojiun..hanya Kalimat itu yg mampu ana ucapkan...

tanpa berlengah ana terus menelefon abang yg telahpun pergi melawat kakak utk mendapatkn khabar seterusnya.."Akak syidah tak teruk sngt dia terkena minyak dekat tangan dgan kaki sikit,tapi...yg teruknya Haikal..(anak akk nie br 11 bulan).. bahagian badan belakang dia semua tersimbah minyak, dr kepala smpai kaki..dahi dia pun kena...Ya Allah x tahan ana menahan sebak...macamanelah adik menahan kesakitan tu.. MasyaAllah....

ana telefon mak, mak kata kejadian tu berlaku masa kakak tgh masak, pada mulanya anak dia main dekat dpn dgn kakak dia Humairah (2 tahun). time tu kakak tgh masak kat dapur, tiba2 anak dia ( Haikal) nie merangkak ke dapur n peganng kaki kakak dr bawah, kakak tgh goreng ikan...akk terperanjat n lagi sikit nak terpijak anak dia.. tu yg tercampak ikan yg akk goreng tu n akk tertolak kuali panas goreng ikan tu n then kuali tu jatuh..minyak dlm kuali tu tersimbah dekat anak dia..n akk pun kena jugak...ya Allah....ana x sanggup mendengarnya..

setelah berpuluh2 kali telefon akk. entah kali yg keberapa br telefon d jwab..suasana betul2 sebak..kakak x mampu berkata apa2,..cuma suara tangisan kedengaran..ana cuba bg semnagt kat akk tp ana x kuat, akk terus persalahkan diri dia dgn apa yg jadi nie...YA Allah pulihkan semngat kakakku..Tabahkan dia ya Allah....jam 5 pg anak dia d operation pada bahgian mata kerana terpercik pada mata jugak...Syukur kepada Allah kerana matanya tiada apa2...sungguh berat ujian buat akk ana.......semoga akk tabah...Hanya doa yg dapat ana utuskan buat mereka...


sahabat2 teman2..mohon doa kalian utk mendokan kesembuhan mereka... "Ya Tuhan kami , ampunilah kami , dan kepada Engkaulah tempat kami kembali .".


"`Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya . Ia mendapat pahala dari (kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya . (Mereka berdoa) , `Ya Tuhan kami , janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau khilaf ' ."
Al-Baqarah , 284-286 .

Isnin, 18 April 2011

Musabaqah Kesenian Islam UUM

Assalammualaikum...salam mahabbah..salam kasih sayang buat semua pengunjung blog yang ana cintai kerana Allah....Alhamdulillah bersyukur atas segala nikmat kurniaan Allah masih lagi dberikan kesempatan olehNya utk ana menukilkan sesuatu d dalam blog ana...pada 2 minggu d UUM telah berlangsungnya program Musabaqah Kesenian Islam...kami selaku urusetia program tersebut mengucapkan syukur kehadrat Allah krn sglanya berjalan dn lancar....Alhamdullillah... jadi di sini nak berkongsilah kemeriahan suasana d hari tersebut.... (^_^)... mari sama2 turut gembira....



layan...semua AJK gembira...syukran sahabat2 kerana banyak bantu ana menguruskan perjalanan program..tnpa kalian ana tak mampu laksanakn tanggungjawab tu sendirian....Kudrat ana terbatas...syukur ya Allah....


waktu2 menunggu kehadiran team2 nasyid utk masuk kedalam dewan......pengadil dah tunggu peserta dulu nie....hehe..peserta x alert pada masa.....kami pun turut menunggu sama...sabar yer semua....



semasa sesi pendaftran utk peserta nasyid dan marhaban...untuk pertandingan khat, hafazan, tilawah dan lain2 d buat d ruangan masjid dan pusat islam....manakala nasyid dan marhaban dbuat di pusat kegiatan pelajar (baru).. ^_^


cepat2...daftar nasyid n marhaban....ana dan beberapa orang sahabat bertugas d bahagian pendaftaran....jadi sebelum g bertanding tu kenalah bertemu dgn kami dulu....hehe...nak xnak kena gak jumpe....



Jika kamu memohon dari Allah, maka Allah swt akan memberi lebih dari apa yang dimintanya tak ada batasnya dan tak pernah berhenti pemberian Allah tsb. Wahai manusia, mohonlah sebanyak2 nya, dan kamu akan meraih keuntungan sepuluh kali lipat permintaanmu itu. Ingatlah, janganlah kalian segan atau ragu untuk meminta kepada Allah swt, tiada batasan bagi pemberian Allah. Selagi seorang hamba meminta, maka Allah tetap memberi lebih dan lebih lagi. “Hal mim mazid”, “Wahai Tuhan kami, tambahlah lagi!”.

Allah swt berfirman, “Pemberian KU berketerusan tanpa henti, selagi kamu meminta, maka AKU akan memberi. Aku menggerakkan hatimu untuk meminta, karena Aku SUKA MEMBERI. ANA AL-KAREEM. Aku sangat PEMURAH. Mustahil bagi satu makhluk pun untuk memahami sifat pemurah Ku”.Maka, manusia mesti sentiasa bersyukur atas pemberian Allah dan sifat PemurahNya.


P/S : maaf gambar ana x masukkan semua..kesimpulan utk program nie...dpp ana mendapat juara keseluruhan...Alhamdulillah utk semua exco kerohanian tahniah ats penganjuran program yg baik nie.....

Jumaat, 8 April 2011

Tautan Hati "AKU BOLEH BERUBAH"

Bismillah..ya Allah..salam mahabbah utk semua sahabt2 pembaca setia yg ana cintai kerana Allah..maaf kerana lama menyepi tnpa sebarang pengisian baru utk blog ana nie..bukan disengajakan,tp masa tidak mengizikan..kesibukkan tugas membuatkan ana terkejar2 hingga kadang2 terasa lelah..syukur Allah masih lagi berikan kekuatan utk tangan ini terus menaip sesuatu utk sahabat maya ana...apa khbar semua?? soalan yg tiada jawapan..tp ana tetap akan mendoakan
agar sahabt2 semua sntiasa dalam jagaan Allah wlau dmana pun kalian berada...

baru-baru ni ana dan sahabt2 ana telah mengadakan satu program yg bertajuk Tautan Hati "Aku Boleh Berubah"..merupakan projek bagi kelas ana ( Kerja sosial dalam pusat pemulihan)..tajuk pgram tu ana yg cadangkan sbb bagi ana tautan hati tu memberikan makna yg cukup mendalam..saja pilih nama tu dr novel Tautan Hati krgn Fatimah Syarha..sbb novel tu novel kesukaan ana...saja nak berkongsi pengalaman dgn semua pembaca..harap sudi membaca yer...

seawal 7.30 pagi kami telah berkumpul di untuk pergi ke Asrama Akhlak tersebut, kami pergi dengan menaiki van yang telah disediakan oleh pihak universiti buat kami,kami pergi seramai 7 orang. Kami tiba di Asrama pada jam 8.15 pg

Setibanya kami disana, kami terus menuju ke dewan yang telah ditetapkan untuk kami, rupa-rupanya pelatih disana telah menunggu ketibaan kami dengan lebih awal. Kami disambut dengan ucapan salam yang diberikan oleh semua pelatih disana. Sementara menunggu pensyarah kami tiba untuk perasmian majlis, kami cuba untuk beramah mesra terlebih dahulu dengan pelatih disana, kami memperkenalkan setiap dari kami kepada mereka.

Kami juga cuba untuk mewujudkan suasana yang lebih selesa kepada pelatih dan diri kami sendiri, memang agak kekok,namun kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli dapat membuatkan kami merasa lebih tenang. Setibanya sahaja pensyarah, majlis perasmian terus dimulakan. Apabila selesai majlis perasmian, kami pun mengambil bahagian masing-masing didalam aktiviti pertama yang ingin dijalankan.

Ice breaking dimulakan, semasa sesi perkenalan tersebut setiap fasi diberikan satu kumpulan untuk diberikan sedikit tunjuk ajar kepada para pelatih. Semasa didalam kumpulan tersebut,ana cuba sebaik mungkin untuk mengenali mereka dengan lebih dekat,ana mengajukan beberapa soalan kepada mereka, kerana apa mereka ditempatkan dirumah akhlak ini, dan kebanyakkan jawapan yang ana terima adalah kerana lari dari rumah dan tidak terkawal .

Ada juga pelatih yang ditahan kerana kes dadah dan sumbang mahram.Terdapat juga pelatih di dalam kumpulan ana yang telah pun berumahtangga dan mempunyai anak pada usia 18 tahun, dia ditempatkan disana atas perintah mahkamah dan masih lagi dalam perbicaraan.

Terasa teruja kerana pada ketika itu dapat berhadapan dengan klien sebenar dan dapat melihat situasi yang sebenarnya untuk bergelar sebagai seorang Social Worker suatu hari nanti. Mungkin ramai yang tidak menyangka remaja yang masih dalam usia yang muda itu telah melakukan kesalahan yang boleh dikatakan berat. Terasa simpati mengenangkan masa depan mereka suatu hari nanti.

Selain itu ana juga bertanyakan tentang impian mereka, semuanya mengatakan ingin berubah menjadi seorang yang berguna, ingin membalas jasa ibu dan ayah mereka dan tidak mahu mengecewakan keduanya lagi. Harapan dan impian yang sangat tulus dari hati mereka.

Selepas dari sesi berkenal kenalan, kami menjalankan LDK 1 iaitu “Sembilan tetap di hati”. LDK pertama ini diketuai oleh sahabat ana iaitu Salisa dimana setiap kumpulan akan diberikan dengan 11 batang straw dan kemudian dengan Sembilan batang straw tersebut cuba jadikannya Sembilan dalam sebarang bentuk sekalipun,tujuan LDK ini dijalankan adalah untuk melihat cara mereka berfikir serta menilai tahap kemampuan mereka, pada awalnya tinjauan kami melihat setiap kumpulan berusaha mencantumkan straw dan tidak kurang juga

yang cuba untuk membentuk straw yang diberikan menjadi nombor Sembilan. Tetapi setelah dilakukan berulang kali barulah beberapa kumpulan berjaya membentuk “NINE”

seperti yang kami inginkan. Penerangan yang diberikan kepada mereka berkaitan akitiviti tersebut ialah, perkara yang mudah hakikatnya ada didepan mata kita, jangan selalu mengambil jalan yang berliku untuk mencapai sesuatu matlamat.

Sebelum rehat ada beberapa orang pelatih yang membuat permintaan kepada kami ingin menyanyi lagu di hadapan, kami benarkan kerana ingin melihat bakat mereka yang terpendam. Tiba-tiba rasa sebak di dalam hati tatkala ada seorang pelatih yang menyanyikan lagu air mata ibu, suaranya sungguh merdu, semua fasi terdiam dan ada beberapa orang sahabat ana yang turut mengalirkan air mata sebak.

Mungkin kerana rasa bersalah didalam diri pelatih terhadap ibunya dan menujukan lagu tersebut buat ibunya.

Selepas rehat,LDK 2 bermula iaitu telefon rosak yang diketuai oleh Sakinah, pelatih diberikan dengan satu ayat dan harus menginggati ayat yang diberikan untuk disampaikan kepada ahli didalam kumpulan mereka, aktiviti itu berjalan dengan lancar walaupun ada sebahagian dari pelatih yang agak kurang senang dengan aktiviti dan cuba untuk membuat hal sendiri.

Selepas dari itu kami menjalankan beberapa selingan untuk menghiburkan kembali hati mereka sebelum LDK yang seterusnya dijalankan.LDK 3 diketuai oleh ‘Atikah dimana pelatih diminta untuk menghasilkan sesuatu ciptaan berdasarkan bentuk yang diberikan. Hasil yang kami perolehi dari aktiviti ini, kami mendapati kebanyakkan dari mereka melukis rumah kami berpendapat mungkin pada ketika ini mereka ingin sekali pulang kerumah. Ada juga diantaranya yang agak kreatif menghasilkan rumah alaf baru yang dilengkapi dengan roda, dan ada yang melukis kereta api dengan menggunakan bentuk-bentuk yang telah ditetapkan. Mereka mula seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Selepas pelatih selesai makan tengahari, ana dan beberapa orang sahabat yang lain mengambil kesempatan untuk solat zohor berjemaah dengan pelatih, ana dan seorang sahabat berada di saf paling hadapan dan menjadi makmum pelatih disana. Solatnya tertib menunjukkan pengajaran agama yang diterapkan disana amat dititikberatkan.

Pengalaman berjemaah dengan mereka merupakan pengalaman baru untuk kami.Dalam hati ana bermonolog "solat itu dapat mencegah dari perbuatan yg keji dan mungkar" smg sahaja solat yg baru ditunaikan adalah solat yg terbaik agar dapat menjadi benteng pertahanan diri mereka.

selesai solat zohor aktiviti seterusnya dijalankan iaitu slot Muhasabah diri yang diketuai oleh ana sendiri. Pada mulanya agak takut kerana bimbang apa yang ingin cuba disampaikan dan diserapkan dalam diri mereka tidak kesampaian, namun ana hanya bertawakkal segalanya. ana meminta setiap pelatih untuk duduk jarak dengan kawan-kawannya yang lain dan mengkehendaki mereka memejamkan mata serta meletakkan tangan didada untuk merasai degupan

jantung masing-masing, pada saat itu ana cuba ingatkan mereka pada jasa kedua ayah dan ibu mereka serta melihat kedalam diri sendiri, merenung kembali kesilapan yang pernah dilakukan, kemudian ana memainkan lagu berkaitan dengan ayah dan ibu, boleh dikatakan kesemua pelatih pada ketika itu menitiskan airmata, tidak terkecuali pelatih cina dan india juga menangis.Mereka juga terkesan dengan apa yang disampaikan.

Selain itu sahabat2 ana yang turut berada disana juga sekali lagi mengalirkan air mata kerana terharu dengan suasana pada ketika itu. Setelah itu saya menyambung pula dengan sedikit pengisian tentang sahabat.ana meminta kesemua pelatih untuk bangun dan membuat dua bulatan dan memegang erat bahu sahabat disebelah mereka dan kemudian mengikut bait-bait sajak yang dibacakan. Pengisian itu sedikit sebanyak dapat menyedarkan mereka akan pentingnya menjadi sahabat yang baik.

Selesai sahaja slot muhasabah diri setiap pelatih diberikan satu kertas A4 untuk menulis tentang perasaan mereka pada ketika itu. Ada pelatih yang meluahkan perasaan mereka melalui lukisan dan ada juga yang meluahkannya melalui tulisan. Terdapat pelatih yang pandai melukis,cantik lukisannya

dan ada juga pelatih yang pandai menyusun ayat. Apabila dibaca tulisan yang ditulis seakan-akan sajak. Terharu membaca luahan hati mereka. Kebanyakkan dari mereka rindukan keluarga dan ingin kembali pulang hidup bersama-sama mereka. Ingin menjadi orang yang berguna suatu hari kelak.

Setelah segalanya selesai kesemua kertas luahan hati mereka kami kutip dan selepas itu majlis penutupan pun dijalankan menandakan program yang kami jalankan pada hari itu berakhir disitu. Banyak pengalaman yang dapat kami cedok dari program Tautan Hati Aku Boleh Berubah itu. Pengalaman yang tidak mungkin dapat kami perolehi di tempat lain. Terasa satu kepuasan dalam diri apabila dapat melaksanakan program tersebut walaupun tidaklah sehebat mana, dapat menyelami perasaan dan dapat mengenali mereka adalah sesuatu pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan..

bukan mudah utk menjadi seorang pekerja sosial yang professional, banyak ilmu dan kemahiran yang harus ditimba...melihatkan anak-anak remaja yg bermasalah nie betul2 membuatkan ana tersentuh..Ya Allah ampukan mereka atas keterlanjuran yang mereka telah lakukan...bantulah mereka utk berubah menjadi hambaMu yang bertaqwa...akk selalu doakan agar Allah melimpahkan HidayahNya buat adik2 akk d sana..cukuplah sekali kesilapan itu pernah kita lakukan, jgnlah ulanginya lagi pada masa akan dtg...

Allah Sayangkan kalian adik2ku...ingatlah adik2ku sekalian "Bila Allah sayang kita, kita akan rasa bahagia, tenang, aman, tenteram. Seluruh hidup terasa penuh makna dan penuh cinta. hati terasa begitu berkobar-kobar untuk beramal. Dunia terasa begitu luas untuk mereguk anugerah, kurniaan-Nya. Tidak ada apa yang kita risaukan selain untuk memenuhi panggilan Dia yang memberikan segala-galanya. Tidak ada apa yang kita takutkan melainkan kemurkaan-Nya. Lalu Dia memberikan yang terbaik untuk kita. Dia menentukan yang paling baik untuk hidup kita. Dia mengaturkan jalan hidup terbaik untuk kita. Lalu dia mengangkat kita menjadi mulia di tengah-tengah manusia. Walaupun kita tidak meminta, namun Dia memenuhi hasrat dan keinginan yang kita pendam di sudut hati."....wallahua'lam...(^_^)

p/s : pgram dah lama buat..tp br post kat cni sbb baru ade mase...maaf semua...