Islamic Widget

Sabtu, 17 Julai 2010

PERSAUDARAAN MUSLIM JAMBATAN KE SYURGA

Persaudaraan Muslim jambatan ke Syurga




Persaudaraan dalam Islam adalah suatu jalinan aqidah yang menghubungkan umat Islam antara satu sama lain. Ia juga ada kaitan dengan jalinan erat untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Firman Allah bermaksud: "Dan orang yang menempati Kota Madinah dan beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mengasihi orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan di dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin) ; dan mereka mengutamakan (orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan sesiapa yang dipelihara kekikiran dirinya mereka itulah orang-orang yang beruntung." (Surah al-Hasyr : ayat 9).

Persaudaraan sesama muslim adalah ikatan iman paling erat seperti yang dinyatakan Rasulullah di dalam hadis bermaksud: "Ikatan iman yang paling kuat ialah berkasih sayang kerana Allah dan marah kerana Allah."

Daripada perspektif Islam, persaudaraan satu sendi yang menjadi tunjang dalam usaha memperkuatkan binaan masyarakat Islam dan mengeratkan hubungan antara penganutnya. Persaudaraan atas dasar iman sentiasa dijadikan keutamaan di dalam nasihat-menasihati, memberikan khidmat, berkorban dan mengutamakan saudaranya melebihi dirinya sendiri.

Persaudaraan yang diwujudkan Islam mempunyai kedudukan paling tinggi daripada segala-galanya. Ia dapat dilihat kemuncak kepada persaudaraan ini yang terlaksana dengan jayanya pada zaman kehidupan Rasulullah dan sahabat selepasnya. Lanjutan daripada itu, ukhuwwah yang dibina dan dibentuk oleh Rasulullah juga dapat membentuk sebuah negara Islam yang dihormati dan disegani di seluruh dunia.

Imam al-Ghazali di dalam analisisnya membahagikan persaudaraan ini kepada pecahan yang besar iaitu persaudaraan secara pilihan sendiri atau yang diusahakan dan persaudaraan yang berlaku secara kebetulan.

Daripada penganalisaan itu, beliau selanjutnya mengklasifikasikan persaudaraan kepada empat kategori iaitu pertama, persaudaraan atas dasar untuk mendapatkan keseronokan.

Kedua, persaudaraan atas dasar kepentingan diri sendiri. Ketiga, persaudaraan yang diusahakan untuk mendapat kebahagiaan di akhirat seperti penuntut ilmu yang mengasihi gurunya dan seterusnya yang keempat iaitu persaudaraan yang diusahakan hasil cetusan daripada kesedaran iman dan takwa kepada Allah.

Kategori dibuat oleh Imam al-Ghazali itu, marilah kita kembali menilai diri kita adakah persaudaraan yang kita bina selama ini adalah kerana Allah atau sebaliknya. Persaudaraan yang berlandaskan keredaan Allah adalah satu ibadah dan penunaian ibadah itu akan memberi implikasi kebahagiaan, keampunan dan kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Untuk membuktikan ketepatan dan kebenaran persaudaraan yang sempurna dalam kategori yang keempat, Imam al-Ghazali membawakan contoh doa Rasulullah iaitu yang bermaksud:

"Ya Allah berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat."

Oleh itu, sebarang usaha untuk berkasih sayang, cinta mencintai, hormat menghormati, bekerjasama, tolong-menolong dan sebagainya sesama umat Islam yang diniatkan semata-mata kerana Allah adalah ikatan persaudaraan yang sempurna dalam erti kata yang sebenar.

Seterusnya Islam amat memerlukan supaya ikatan persaudaraan dapat mendalami hingga menjadi satu bangunan yang kuat serta saling berpaut antara satu sama lain. Dalam satu hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Perumpamaan kaum muslimin yang saling kasih mengasihi dan cinta mencintai antara satu sama lain ibarat satu tubuh. Jika salah satu anggota berasa sakit maka seluruh tubuh akan turut berasa sakit dan tidak dapat tidur." (Riwayat Bukhari).

Dalam konteks ini, rohani dan jasmani akan terbentuk melalui ukhuwwah yang dipraktikkan dan sentiasa istiqamah dengannya. Ia juga berperanan sebagai 'jambatan emas' ke arah pencapaian keamanan dan kesejahteraan yang diimpikan oleh setiap manusia ke arah menghalang unsur perpecahan dan permusuhan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara. Oleh itu, damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. (Surah al-Hujurat : ayat 10)

Pembentukan jasmani yang didasari melalui ikatan ukhuwwah akan berjaya kerana melaluinya manusia dapat melaksanakan apa saja yang mereka ingini ke arah penyempurnaan keperluan hidup mereka. Persaudaraan Islam juga akan melahirkan semangat untuk bekerjasama, bergotong royong dan saling bantu-membantu dalam memenuhi kesempurnaan dalam hidup.

Selasa, 13 Julai 2010

TIKA KESUNYIAN ITU DATANG



Sahabat, mungkin kita pernah merasakan kesunyian melanda sanubari. Yang ketika hal itu terjadi, kita merasa diri kita ini amat hampa, ada yang seakan hilang entah kemana atau pergi mengembara jauh ke sana. Hati terasa begitu tersiksa sehingga di malam hari pun kita selalu terjaga.

Sahabat, bila hal itu terjadi tatkala kita merasa tidak seorang pun yang dapat memahami kita, tidak ada tempat untuk berbagi cerita, berbagi duka, dan berbagi rasa. Hidup akan terasa semakin tersiksa hingga tak lagi bermakna.

Sahabat, bila itu yang kita rasakan. Mungkin ada yang selama ini kita lupakan. Bahwa ketika kita sadar dari mimpi dan tertegun dalam kesunyian, disaat itu sebenarnya Allah ada. Ia selalu memantau dan menemani kita dengan kasih sayang yang begitu dalam. Ia akan selalu mengiringi tidur kita yang sepi dan menjaga diri kita yang lemah ini.

Namun, hal itu hanya bisa terjadi bila kita mau meyakini bahwa Allah itu benar adanya dan tentunya namaNya tertera dalam hati kita. Dengan kata lain, kita mau mengimani dan mencintaiNya dengan sepenuh jiwa.

Pernahkah kita menyadari hal itu?

Betapa Allah telah memberikan begitu banyak nikmat dan anugerah kepada kita. Allah telah membuat hati yang muram menjadi bersahaja, yang suram menjadi bercahaya, yang lugu menjadi dewasa, dan yang kerdil menjadi raksasa. Sepertinya kita tidak boleh larut dalam kesedihan, karena boleh jadi Allah menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita untuk menguji betapa kuat cinta kita. Sehingga dengan sepi itu kita mampu lebih khusyu' mendekatiNya.

Sahabat, disaat seperti itulah, kita harusnya melakukan perenungan yang lebih panjang dan mendalam untuk berkaca dan mengamati apa yang ada di hati kita. Adakalanya hati kita tidak sanggup lagi menahan duka kesepian itu, sehingga jiwa merasa pedih dan sedih. Dan kita terpaksa harus membiarkan air mata mengalir membasahi pipi kita. Bila itu yang terjadi, maka biarkanlah! Berikan kesempatan bagi hati untuk menangis, membebaskan kegelisahannya, mengungkapkan keluh kesahnya, dan mengeluarkan beban yang begitu berat ditanggungnya.

Namun niatkanlah tangis itu untuk Allah semata, niatkanlah tangis itu untuk mengadu padaNya, sebagai tanda bahwa kita sayang dan bergantung padaNya. Ingatlah apa yang dikatakan oleh Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah, "Allah memberikan kita air dengan hujan dan menebarnya di tujuh samudera, sementara ia hanya meminta beberapa tetes dari air mata kita dan itupun kita masih saja enggan memberikannya."

Sahabat, tidak ada yang sia-sia dari setiap takdir yang telah Allah tentukan bagi umatNya, selalu ada manfaat dalam ciptaanNya, selalu ada kemudahan setelah kesulitan, dan selalu ada balasan setelah penghitungan. Segalanya telah diatur sesuai kadar kemampuannya masing-masing. Tinggal bagaimana kita mau bersungguh-sungguh menjadikan semua itu sebagai proses pembelajaran guna meningkatkan potensi diri atau hanya berpangku tangan menunggu keajaiban datang. Jangan mimpi di siang hari, sahabatku!

Sahabat, ada baiknya kita ucapkan saja selamat tinggal duka, pupuskan semua rasa kecewa, angankan kembali cita-cita, besarkan hati dan pertebal rasa percaya diri serta bersungguh-sungguh berusaha dan berdo'a. Insya Allah kesuksesan telah menanti. Jadi untuk apa bersedih? Raih kebahagiaanmu sekarang juga!

Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa. Seluruh perkara dalam hidupnya bernilai positif baginya. Ketika mendapatkan kemudahan maka dia bersyukur. Sesungguhnya itu baik (positif) baginya. Dan ketika mendapatkan kesulitan maka dia akan bersabar dan itupun baik (positif) baginya."

BENCANA ALAM..FENOMENA @ PENGAJARAN TUHAN



Assalammualaikum..salam kasih sayang untuk semua pembaca setia blog ana...syukran jazillan...syukur kehadrah Ilahi kerana masih dihidupkan dengan nikmat iman dan islam d dalam diri...kali ini ana ingin Mengajak sahabat-sahabat untuk berfikir tentang kejadian-kejadian bencana alam yang kini semakin kerap terjadi.Ayuh kita bersama fikir-fikirkan!

1. Apakah yang kita faham tentang "Bencana Alam" ?

2.Bencana alam dari 2 perspektif pemikiran manusia:
(a)Saintifik
Kejadian fenomena bencana alam dinilai 100% berdasarkan teori logika.Manusia mengkaji dan membuat kesimpulan bencana terbabit berdasarkan bukti saintifik semata-mata.

(b)Bahasa Tuhan
Manusia menerima hakikat fenomena ini bukan "kejadian alam tanpa pengajaran" dan meyakini setiap yang berlaku punya hikmah dan tauladan yang perlu difikirkan.

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat) "
Surah Ar-Rum:41

3.Contoh-contoh bencana alam

(a)Bencana alam yang menimpa umat nabi-nabi terdahulu:
- Nabi Nuh : Banjir besar yang menenggelamkan segenap pelusuk bumi.
- Nabi Hud : Kekeringan yang melanda ladang-ladang.
Gumpalan awan dan mega hitam - ribut taufan dan guruh.
- Nabi Luth : Gempa bumi, ribut dan hujan batu sijjil.

(b)Bencana alam yang menimpa umat hari ini:
- Tsunami
- Banjir besar
- Gempa bumi
- Ribut taufan dan lain-lain

4.Kesimpulan
-Menilai setiap kejadian dengan tujuan untuk muhasabah diri
-Menginsafi diri dan bertaubat atas dosa-dosa yang telah dilakukan
-Menginsafi bahawa setiap yang berlaku adalah atas kekuasaan Allah swt.Jika Allah berkehendakkan sesuatu perkara itu terjadi hanya dengan menyebut "kun fayakun",jadilah! maka jadilah ia.

*Selain bencana alam, "wabak penyakit" dan "peperangan" juga boleh ditauladani sebagai balasan kemungkaran manusia terhadap Allah swt.

p/s : Jadi, marilah sama-sama kita muhasabah diri kita.Sedarlah bahawa ia bukanlah setakat lumrah fenomena alam yang biasa tapi adalah bahasa tuhan sebagai peringatan buat kita.Lalu mengapa tidak kita mengambil pelajaran dari apa yang telah berlaku itu (juga peringatan buat diri hamba yang lemah ini).

Jumaat, 9 Julai 2010

BELUM BERAKHIR DI SINI..


Assalammualaikum...syukur kehadrat Ilahi Kerana masih diberikan kekuatan dan kesempatan utk ana meneruskan penulisan ana di blog ini...selawat dan salam keats junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat baginda...terasa lama tidak menulis...hehe..mungkin kerana sibuk sedikit dengan program orentasi...almaklumlah pelajar baru dah masuk kan...dharap pembaca blog ana dapat memaafkan ana d ats kelewatan mengupdate blog...

alhamdulillah hari ni berakhir sudah sesi orentasi berasama pelajar baru... ana sebagai fasiliator pusat islam memenjatkan syukur yang tidak terhinnga kerana dberikan kesempatan oleh Allah utk sama2 berjuang dalam mentarbiah adik2 kita ini..d samping memperbaiki kelemahan diri sendiri... bersyukur juga kerana sepanjang program ini ana dkelilingi oleh sahabat2 yang banyak membantu,memberikan tunjuk ajar kepada ana hingga ana rasa ukhuwah antara kita begitu utuh...semoga Allah merahmati kita semua...

perjuangan kita belum selesai..sebagai daie'..masih byk tanggungjawab yg perlu kita laksanakan utk ummah ini..utk sma2 menegakkan islam..menyambung perjuangan Rasulullah... semarakkan islam d mata dunia..insyaAllah...jihad fisabilillah...
segala yang kita lakukan jika kita niat krn Allah insyaAllah pasti akan dipermudahkan..yg penting kita istiqomah dalam berjuang... semoga apa yang cuba kita sampaikan akan diterima jua..jika bkn hari ini..mgkn akan datang...yang penting jgn sesekali kita berputus asa..Allah sntisa bersama kita... doa adalah senjata mukmin.. insyaAllah..sama2 kita laksanakan..

so..utk semua fasilitator pusat islam...salam perjuangan dari ana...TAKBIR!!!..ALLAHHU AKHBAR..

Rabu, 7 Julai 2010

MENUJU REDHA ILAHI


Assalamualaikum..
Salam sesuci titis qatrunnada..
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad Ya Rasulullah..
Alhamdulillah Tuan pemilik nyawa masih mengkehendakkan kita untuk terus berada dimuka bumi ini untuk melakukan ibadah dan amal kepadaNYA sebelum dijemput ke negeri akhirat sana..
Alhamdulillah..bersyukurlah kerna masih lagi bernyawa..
Hargaila umur yang tersisa ini dan sentiasa isikanlah ia dengan segala amal kebaikan..insyaALLAH..

Dalam meniti ujian-ujian di dunia ni,kita tidak pernah akan lari dari berputus asa,kecewa mahupun marah dan sebagainya.
Tapi tanpa sedar sebenarnya tiap ujian yang tiba itu ada kebaikannya untuk kita..
ALLAH itu maha tahu segala..
Apa yang kita lakukan sehari-hari ni jangan la menggunakan nafsu untuk membuat keputusan,tetapi gunakan akal untuk menentukan..
Kita sering saja lupa diri,lalai dengan dunia persinggahan ini..
Namun Dia tidak pernah lalai untuk menghitung tiap amalan kita..
Minta la ampun kepadaNYA..
Dia maha pengasih..maha penyayang..maha pengampun..maha adil..
PengampunanNYA itu lebih besar dari dosa kita..
Usah malu untuk meminta pengampunan kepadaNYA..

Hidup ini tidak lama…usah sia-siakan dengan perkara yang mendatangkan murka DIA..
Bangunlah dari lena yang panjang,bangkit untuk terus berjuang demi mencari syurga ILAHI..
Masa yang berlalu tidak akan sesekali kembali lagi…
Masa itu akan pergi..dan pergi…hilang tanpa memunculkan diri lagi..
DIA sentiasa menunggu untuk kita meminta kepada DIA…
Lalu apa lagi yang perlu kita cari?
ALLAH..ALLAH..ALLAH…
Bila dipuji jangan sombong meninggi…
Bila diuji jangan sedih melulu hati…
Bersyukurlah sentiasa dengan nikmat kurniaanNYA..
Jadilah hamba yang mengikuti segala perintahNYA..

Tinta perjuangan tiada penghujungnya..
Pena berjalan mengukir kalam cinta…
Bibir berkata mengungkap puisi rindu..
Hati melonjak merobek kasih dalam syahdu..
Panorama sendu menghias kalbu..
Denai titian memendam pilu..
Langkah tercipta menjejak syurga firdausMU..
Dalam keagungan mencium redhaMU…

Salam sayang bertunjang rindu buat sahabat-sahabat sekalian..
Terus berjuang menuju syurgaNYA..
Salam dakwah sekencang jihad!
Buat muslimah-muslimah:semoga kitalah yang akan ALLAH pilih untuk mengindahkan taman-taman syurgaNYA..insyaALLAH..
Bertemu lagi di catatan seterusnya..insyaALLAH..
Ma’assalamah..

Isnin, 5 Julai 2010

TAUBATNYA ABU HURAIRAH r.a

TAUBATNYA ABU HURAIRAH r.a

Dari Abu Hurairah, ia berkata, “Pada suatu malam setelah solat Isya’ saya keluar bersama Rasulullah saw. Tiba-tiba di hadapanku ada seorang wanita bercadar yg sedang berdiri di tengah jalan, seraya berkata, “Wahai Abu Hurairah! Sesungguhnya aku telah melakukan perbuatan dosa besar. Apakah masih ada kesempatan bagiku untuk bertaubat?”

Lalu saya tanya wanita itu, “Apakah dosamu itu?”
Dia menjawab, “Aku telah berzina dan membunuh anakku dari hasil zina itu.” Kukatakan padanya, “Kau telah binasakan dirimu dan telah binasakan orang lain. Demi Allah, tidak ada kesempatan bertaubat bagimu.”

Mendengar jawabanku, wanitu itu menjerit histeria dan jatuh pengsan. Setelah siuman dia pun lantas pergi. Aku berkata di dalam hati, “Aku berfatwa, padahal Rasulullah saw. ada ditengah-tengah kami?”

Pada pagi harinya aku menemui Rasulullah dan berkata, “Wahai Rasulullah! Tadi malam ada seorang wanita meminta fatwa kepadaku berkenaan dengan ini…. dan ini….” Setelah mendengar penjelasan aku, beliau bersabda,

“Innaa lillahi wa inna ilahi raajiun! Demi Allah, celakalah engkau dan telah mencelakakan orang lain. Tidakkah kau ingat ayat ini :





“Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya),



=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5490356956085287394" />

(yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina,





kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. Al-Furqaan:68-70)

Maka aku keluar dari sisi Rasulullah saw. dan berlari menyusuri gang-gang jalan Madinah, sambil bertanya-tanya, “Siapakah yg bisa menunjukkan aku kepada seorang wanita yang meminta fatwa kepadaku tentang begini dan begini tadi malam?” Sementara anak-anak bersorak, “Abu Hurairah sudah gila!” Hingga menjelang larut malam, baru aku menemukannya di tempat itu.

Maka kuberitahukan segera pada wanita itu seperti apa yang dikatakan Rasulullah saw. bahwa dia boleh bertaubat. Wanita itu kembali menjerit kegirangan seraya berkata, “Kebun yg kumiliki akan kusedekahkan kepada orang-orang miskin karena dosaku.”