Islamic Widget

Rabu, 7 Julai 2010

MENUJU REDHA ILAHI


Assalamualaikum..
Salam sesuci titis qatrunnada..
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad Ya Rasulullah..
Alhamdulillah Tuan pemilik nyawa masih mengkehendakkan kita untuk terus berada dimuka bumi ini untuk melakukan ibadah dan amal kepadaNYA sebelum dijemput ke negeri akhirat sana..
Alhamdulillah..bersyukurlah kerna masih lagi bernyawa..
Hargaila umur yang tersisa ini dan sentiasa isikanlah ia dengan segala amal kebaikan..insyaALLAH..

Dalam meniti ujian-ujian di dunia ni,kita tidak pernah akan lari dari berputus asa,kecewa mahupun marah dan sebagainya.
Tapi tanpa sedar sebenarnya tiap ujian yang tiba itu ada kebaikannya untuk kita..
ALLAH itu maha tahu segala..
Apa yang kita lakukan sehari-hari ni jangan la menggunakan nafsu untuk membuat keputusan,tetapi gunakan akal untuk menentukan..
Kita sering saja lupa diri,lalai dengan dunia persinggahan ini..
Namun Dia tidak pernah lalai untuk menghitung tiap amalan kita..
Minta la ampun kepadaNYA..
Dia maha pengasih..maha penyayang..maha pengampun..maha adil..
PengampunanNYA itu lebih besar dari dosa kita..
Usah malu untuk meminta pengampunan kepadaNYA..

Hidup ini tidak lama…usah sia-siakan dengan perkara yang mendatangkan murka DIA..
Bangunlah dari lena yang panjang,bangkit untuk terus berjuang demi mencari syurga ILAHI..
Masa yang berlalu tidak akan sesekali kembali lagi…
Masa itu akan pergi..dan pergi…hilang tanpa memunculkan diri lagi..
DIA sentiasa menunggu untuk kita meminta kepada DIA…
Lalu apa lagi yang perlu kita cari?
ALLAH..ALLAH..ALLAH…
Bila dipuji jangan sombong meninggi…
Bila diuji jangan sedih melulu hati…
Bersyukurlah sentiasa dengan nikmat kurniaanNYA..
Jadilah hamba yang mengikuti segala perintahNYA..

Tinta perjuangan tiada penghujungnya..
Pena berjalan mengukir kalam cinta…
Bibir berkata mengungkap puisi rindu..
Hati melonjak merobek kasih dalam syahdu..
Panorama sendu menghias kalbu..
Denai titian memendam pilu..
Langkah tercipta menjejak syurga firdausMU..
Dalam keagungan mencium redhaMU…

Salam sayang bertunjang rindu buat sahabat-sahabat sekalian..
Terus berjuang menuju syurgaNYA..
Salam dakwah sekencang jihad!
Buat muslimah-muslimah:semoga kitalah yang akan ALLAH pilih untuk mengindahkan taman-taman syurgaNYA..insyaALLAH..
Bertemu lagi di catatan seterusnya..insyaALLAH..
Ma’assalamah..

Tiada ulasan: