Islamic Widget

Selasa, 13 Julai 2010

BENCANA ALAM..FENOMENA @ PENGAJARAN TUHAN



Assalammualaikum..salam kasih sayang untuk semua pembaca setia blog ana...syukran jazillan...syukur kehadrah Ilahi kerana masih dihidupkan dengan nikmat iman dan islam d dalam diri...kali ini ana ingin Mengajak sahabat-sahabat untuk berfikir tentang kejadian-kejadian bencana alam yang kini semakin kerap terjadi.Ayuh kita bersama fikir-fikirkan!

1. Apakah yang kita faham tentang "Bencana Alam" ?

2.Bencana alam dari 2 perspektif pemikiran manusia:
(a)Saintifik
Kejadian fenomena bencana alam dinilai 100% berdasarkan teori logika.Manusia mengkaji dan membuat kesimpulan bencana terbabit berdasarkan bukti saintifik semata-mata.

(b)Bahasa Tuhan
Manusia menerima hakikat fenomena ini bukan "kejadian alam tanpa pengajaran" dan meyakini setiap yang berlaku punya hikmah dan tauladan yang perlu difikirkan.

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat) "
Surah Ar-Rum:41

3.Contoh-contoh bencana alam

(a)Bencana alam yang menimpa umat nabi-nabi terdahulu:
- Nabi Nuh : Banjir besar yang menenggelamkan segenap pelusuk bumi.
- Nabi Hud : Kekeringan yang melanda ladang-ladang.
Gumpalan awan dan mega hitam - ribut taufan dan guruh.
- Nabi Luth : Gempa bumi, ribut dan hujan batu sijjil.

(b)Bencana alam yang menimpa umat hari ini:
- Tsunami
- Banjir besar
- Gempa bumi
- Ribut taufan dan lain-lain

4.Kesimpulan
-Menilai setiap kejadian dengan tujuan untuk muhasabah diri
-Menginsafi diri dan bertaubat atas dosa-dosa yang telah dilakukan
-Menginsafi bahawa setiap yang berlaku adalah atas kekuasaan Allah swt.Jika Allah berkehendakkan sesuatu perkara itu terjadi hanya dengan menyebut "kun fayakun",jadilah! maka jadilah ia.

*Selain bencana alam, "wabak penyakit" dan "peperangan" juga boleh ditauladani sebagai balasan kemungkaran manusia terhadap Allah swt.

p/s : Jadi, marilah sama-sama kita muhasabah diri kita.Sedarlah bahawa ia bukanlah setakat lumrah fenomena alam yang biasa tapi adalah bahasa tuhan sebagai peringatan buat kita.Lalu mengapa tidak kita mengambil pelajaran dari apa yang telah berlaku itu (juga peringatan buat diri hamba yang lemah ini).

Tiada ulasan: