Islamic Widget

Selasa, 2 November 2010

Bukan Mudah untuk Berbicara Dari Hati.

MENIPU, DITIPU DAN TERTIPU.

Dalam kesyahduan subuh yang hening ana menulis..air mata berlinangan membasahi pipi...dugaan yang dilalui terasa berat utk dilalui..terkilan rasa dihati..sukar benar ke utk menyatakan yang sebenarnya..??. kenapa perlu mempermainkan hati dan perasaan insan lain ?? Allahu akhbar.. Kuatkan HambaMU..

Ya, ana tahu semua orang melakukan kesilapan. Moga kesilapan yang dilakukannya menjadi iktibar untuk dirinya dan terutamanya pada diri saya (begitu juga anda yang membaca).

Tentu ramai yang pernah menghadapi insiden menipu, ditipu dan tertipu, cuma jalan ceritanya tentu sahaja berbeza.

ana banyak belajar dari episod hidup itu.

Belajar tentang erti kehidupan.
Belajar tentang erti persahabatan.
Belajar tentang erti KEIMANAN & KETAQWAAN.

Akhirnya ana berkata pada diri: Biarlah ana menjadi insan yang ditipu dan tertipu tetapi tidak sekali mahu menjadi insan yang MENIPU.

Nabi s.a.w telah bersabda:

من غشنا فليس منا

Maksudnya: "Siapa yang menipu kami, maka dia bukanlah di kalangan kami"
(Hadith sahih dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No 1058)

Berbahagialah jika anda dihormati dan disayangi kerana agama (Islam) yang menghiasi diri. Namun, jangan sekali pergunakan itu sebagai tiket untuk menutup segala yang dilakukan dan akhirnya menipu orang lain. Penipuan itu teramat sakit rasanya untuk orang yang ditipu dan tertipu bila mana ianya dilakukan oleh ORANG YANG AMAT DIPERCAYAI.

Wallahu'alam


Tiada ulasan: