Islamic Widget

Khamis, 18 November 2010

Beraya di Rumah Juga.. ^_^

Di kesempatan ini ana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca blog, "Bingkisan Nurani" dan kepada rakan blogger sekalian.

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.



Semoga Aidiladha kali ni membawa seribu pengertian untuk kita semua.

Alhamdulillah ana dpt beraya d rumah, wlpun pada asalnya mmg rancang raye kat kedah je sbb mggu exam.. rupanya Allah dah tetapkan yg lain...exam d tunda so..dptlah beraya kat rumah.. ^_^


makcik,sepupu n anak buah

Kepada yang pulang ke kampung, kirimkan salam ana pada famili you all ok. Atau mungkin ada family member yang menunaikan haji? Sama-sama kita doakan mereka mendapat haji yang mabrur. Atau mungkin ada yang korban kambing, kerbau, lembu atau unta tahun ni? Ha, jangan lupa bagi ana sikit!..hehehe...

bersantai d pondok yg ayah buat

Tak lupa juga kepada blogger di perantauan, jangan sedih-sedih. Di mana pun kita beraya, kita masih di Bumi Allah. Ada kesempatan, bolehlah celebrate di Malaysia.

Anyway, ampun maaf andai ada tersalah kata atau apa-apa saja. I'm only human. I'll be back to blog very soon.insyaAllah..

Tiada ulasan: