Islamic Widget

Sabtu, 27 Ogos 2011

Ramadhan dan Syawal

Assalammualaikum..salam mahabbah..salam ramadhan..salam aidilfitri semua..maaf atas kelewatan ana mengisi entry baru d ruangan ini.. =) sedihnya ramadhan dah nak berakhir...

Ramai memahami bahawa Ramadan itu, kehadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi. Selain itu, semua bersetuju bahawa ketibaan Syawal perlu dirai. Gembira, bersedih dan seterusnya bergembira, seolah-olah itulah aturannya. Pertukaran perasaan dan emosi sebegini hakikatnya adalah satu seni dan tarbiah buat diri manusia. Tidak ada produk atau formula saintifik yang boleh mengawal perasaan ini, kerana ianya adalah seni. Seni inilah yang mendidik jiwa hamba supaya tahu meletakkan hidayah perasaan kurniaan Ilahi kena pada tempatnya.

Di penghujung Ramadhan ini, renungilah bagaimana perasaan para sahabat di saat perpisahan ini. Mereka akan menangisi pemergiannya. Masakan tidak sedih berpisah dengan tempoh masa di mana sifat Pemurah dan Penerima Taubat Allah itu berlipat ganda. Masakan tidak sedih berpisah dengan saat di mana bala syaitan itu digari. Masakan tidak sedih berpisah dengan saat pintu syurga dibuka seluasnya, dan pintu neraka itu ditutup serapatnya. Masakan tidak sedih berpisah dengan tempoh masa khusus untuk melahirkan generasi bertaqwa, berasaskan kepada hidayah al-Quran. Semua ganjaran ini, hanya ditawarkan terhad sepanjang Ramadhan sahaja. Mereka akan berdoa supaya diterima amalan mereka sepanjang bulan barakah ini, serta dikurniakan lagi Ramadhan untuk tahun akan datang.

MENANGISI PEMERGIAN RAMADHAN

ana tertarik dengan doa yang dibaca oleh Imam al-Sudaisi, yang sewajarnya kita baca di senja Ramadhan ini:

اللهم اوصلنا الى رمضان كريم اعواما عديدة

Allahumma ausilna ila Ramadan Karim a’waman adidah.

Ya Allah, sampaikanlah (usia kami) hingga ke Ramadan Karim tahun-tahun mendatang.


Akhirnya, persoalan apa bestnya raya hanya mempunyai satu jawapan sahaja, iaitu best raya sekiranya kita best menunaikan ibadah Ramadhan, serta memahami falsafah Eidul Fitri.

Selamat hari raya ana ucapkan kepada semua yang mengenali ana sekeluarga. Maaf zahir dan batin. Manfaatkan akhir Ramadhan untuk mengejar ganjaran yang berbaki di bulan barokah ini. Tiada jaminan yang kita akan menemuinya pada tahun-tahun mendatang.

Taqaballahu minna wa minkum. (^_^)

Tiada ulasan: