Islamic Widget

Jumaat, 16 September 2011

Jom promosikan budaya Islam


Assalammualaikum..salam mahabbah buat semua pembaca setia blog ana..sama ada yg meninggalkan jejak ataupun sekadar membaca dalam diam..hehe..berbahas2 pulak...lama sngat rasanya ana x menulis..tertarik pulak pada satu artikel yang ana baca nie..n ana rasa why not kita cuba kan.. ^_^


“Berusaha sedaya upaya menghidupkan adat dan budaya Islam dan melenyapkan budaya asing dalam segenap aspek kehidupan seperti ucap selamat, bahasa pertuturan, sejarah, pakaian, perhiasan rumah, masa bekerja dan rehat, makan minum, cara ketibaan dan bersurai, kesedihan dan keraian dan sebagainya. Hidupkanlah Sunnah dalam setiap perkara di atas.”

Budaya bererti trend, tatacara hidup, kebiasaan atau perlakuan yang kerap kali dilakukan tanpa rasa janggal mahupun aneh.

Adalah menjadi tugas para daie untuk mempromosi dan mempraktikkan budaya-budaya Islam yang sebenar dalm kehidupan seharian. Apa yang dimaksudkan dengan budaya Islam?

Antara budaya-budaya yang paling asas ialah yang dituntut atau disebut dalam hadis sahih, tetapi masih lagi tidak dilaksanakan oleh masyarakat Islam kita. Contoh dalam konteks ibadah ialah seperti membaca surah al-Kahfi pada pagi hari Jumaat, bersolat Dhuha, berpuasa sunat Isnin dan Khamis dan sebagainya.

Kadang-kadang sampai bersolat berjemaah dan bersolat di masjid pun sangat asing bagi masyarakat kita.

Berkopiah, memakai jubah dan berbaju Melayu, menghiasi rumah dengan tulisan khat, hebat bertulisan jawi dan sebagainya juga boleh dikira sebagai berbudaya Islam. Sebab bila orang lihat perlakuan-perlakuan ini dibuat, mereka boleh terus kaitkan dengan Islam.

Apa yang baiknya bangsa Melayu kita ialah, sangat banyak budaya Melayu yang sedia ada memang bercirikan Islam.

Apa-apapun, kita buat dahulu, promosikan budaya-budaya Islami yang senang ini dengan Facebook, ajakan mahupun secara qudwah, dan jadikannya kebiasaan.

p/s: ana mencabar pembaca & jua diri ana sendiri untuk menghapuskan budaya ‘janji Melayu’. Jadilah seseorang yang menepati waktu, hebat menjaga masa, tidak bertangguh, bersedia awal. Datang daurah mesti awal! Usrah mesti start on time! Praktikkan diat / mendenda diri kalau gagal menepati waktu. Adalah sangat pelik melihat seseorang yang hebat tarbiyyah dan dakwah, tetapi gagal menundukkan waktu.

Tiada ulasan: