Islamic Widget

Sabtu, 24 September 2011

Rahsia RahmatNya

Assalamualaikumwarahmatullah...

Puji-pujian bagi Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbir alam. Mengatur seluruh isi alam dan hanya Engkau Yang Maha Berkuasa. Salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah…… Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui. Apa yang terbaik untukku hanyalah DIA yang lebih Mengetahui…kerana ana yakin tiada yang sia-sia

Hidup ini amat indah jika segalanya kerana Allah ..~
"cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai"
Saiyidina Umar Al Khattab

Tiada yang lebih manis dari mengenangkan bahawa segala yang terjadi adalah peraturan dari Allah..pasti ada jalan keluarnya dalam kekusutan itu, pasti ada hikmahnya dalam apa yg tersimpul itu..cuma kesabaran dalam menantikan apa yg tidak pasti seringkali membuat kita tersungkur, tambahan terpukul dengan debu-debu dosa dunia..peringatan buat diri sendiri..

Ya Allah, sambutlah tangan kami ini, pimpinlah ke arah redhaMu dalam apa jua yang kami lakukan, kami mencari suatu rahsia dalam mendidik sebuah keikhlasan agar ianya kekal bertapak di hati ini..Ya Allah, kurniakanlah sebuah ketenangan dan kebahagiaan kepada kami yang segenap ini mendaki langit kehidupan..terkadang tersungkur menilai kaca dan permata, membezakan keperluan dan kehendak, berilah kami hidayahMu, temanilah akal kami dalam membuat pertimbangan, pandulah hati kami dalam mencapai pengetahuan yang sebenar tentangMu..sekian lama kami mencari punca cahayaMu, dekatkanlah kami kepada cahayaMu, terangilah jalan kami dengan petunjukMu..Ya Allah, Kaulah sebaik-baik penolong maka tolonglah kami ini.

Sekian lama kami mencari dan kami jejaki,

rahsia sebuah keikhlasan,

rahsia sabar yang indah,

rahsia ketaqwaan,

rahsia menyalakan zikir,

rahsia sebuah kesyukuran,

rahsia redhanya pada takdirMu,

rahsia senyuman yang menggembirakan…

Ya Allah, tabahkanlah hati-hati ini pada jalanMu ..
moga insan-insan lain juga merasai kemanisan dan kenikmatan ini..

Wahai Tuhanku, aku berpaling untuk-Mu

~ Allahuma Faqihna Fid Deen..~

Ameen~ Bi iznillah Ya ILAHI..

"Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik"
(Al A'raf:56)

Tiada ulasan: