Islamic Widget

Selasa, 9 Ogos 2011

Yang Terbaik!

Assalammualaikum,..salam mahabbah..salam ramadhan..apa khabar iman kita hari ini??.. sahabat ana ingin kongsikan sesuatu buat semua..moga berioleh manfaat bersama insyaAllah.. (^_^)

ana pernah mendapat mesej daripada beberapa orang sahabat yang antara lainnya kandungan mesej itu mengandungi nasihat yang pernah disebutkan oleh Sahabat Nabi, Sayyidina Ali Karamallahu Wajhah.


Kata Sayyidina Ali R.A., sesuatu yang terbaik yang turun dari langit adalah taufiq. Adapun sesuatu yang terbaik yang naik dari bumi adalah ikhlas.




Nasihat ini, jika dapat difahami dan diaplikasikan maknanya di dalam kehidupan kita, pasti hidup kita sebagai hamba kepada Allah S.W.T akan lebih terurus kerana Sayyidina Ali apabila menuturkan nasihat yang seperti ini, beliau telahpun menafikan beribu-ribu perkara lain yang ada di alam ini, lantas mengkhususkan bahawa yang terbaik adalah dua ini.


Maknanya, yang terbaik yang turunnya dari langit bukanlah rezeki, bukan juga jodoh, atau apa-apa yang lain yang kita melihatnya sebagai terbaik. Tetapi ianya adalah taufiq.


Begitu juga dengan yang naik dari bumi, apabila dikhususkan bahawa ianya adalah ikhlaslah perkara yang terbaik, maka secara langsung telah diketepikan perkara-perkara lain seperti kasih-sayang, pengorbanan dan lain-lain...wallahualam.. ~



Tiada ulasan: