Islamic Widget

Isnin, 14 Februari 2011

Mesti tahu maknanya dahulu..

bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum wbt buat sahabat2 yang ana cintai kerana Allah..buat semua pengunjung setia blog ana..Alahamdulillah dberikan ksempatan oleh Allah utk ana menyambung pengisian blog ana buat kali ni..

menjadi seorang manusia walau bagaimana pun kita rasa kita dekat dengan Allah, ujian Nya tetap ada buat kita. ana salah seorang manusia yang tak dapat lari daripada ujian Allah. tapi alhamdulillah Allah permudahkan. syukur..

hari ni rasa stress dan tension tak tentu pasal. sendiri punya salah. tak siapkan kerja. otak jam. tiba2 disumbat dengan semua jenis kerja dalam satu masa.dalam pada masa macam tu, Allah datang kan seorang hambaNya. yang ada untuk menasihati. yang datang untuk memberi semangat. yang hadir untuk mengingatkan tujuan kita belajar....ya, semata2 kerana Allah.

alhamdulillah berkat kesabaran nya menasihati, menegur untuk betulkan kembali niat, untuk sentiasa balik pada Allah pabila saat2 diuji, maka ana mampu berdiri kembali alhamdulillah..dan memang pasti. semua itu kerja Allah. Allah beri bantuan selama mana kita terus mengharap hanya padaNya... ok ana nak sambung entry kali nie dgn tajuk yg agak serupa dgn entry yg lepas..jomm bace..

apa sebenarnya ukhwah fillah?




kita faham bahawa ukhwah fillah itu adalah dengan menjalinkan hubungan persaudaraan kerana Allah supaya Allah redha. persoalannya, bagaimana kita mahu Allah redha dengan perhubungan itu?

di sinilah erti sebenar ukhwah fillah. ukhwah yang terjalin kerana mahukan keredhaan Allah. bukan untuk diri kita sendiri. tapi untuk kita bersama :)

ukhwah yang terjalin bukan sekadar melepaskan diri kita saja dari api neraka, tapi ukhwah ini adalah untuk turut sama menyelamatkan saudara kita. siapa saudara kita? mereka itulah orang2 yang berukhwah dengan kita semata2 kerana Allah.

kita berukhwah dengan orang. kita tahu sekarang tujuan nya semata2 mencapat keredhaan Allah. tapi kita perlu tahu, keredhaan Allah itu adalah apabila Allah redha dengan kita.

jadi cuba kita fikir,
adakah Allah redha sekiranya kita biar sahaja kawan2 kita terus menjadi orang yang jahil agama?
adakah Allah akan redha jika kita biarkan saudara kita terus bergelumang dengan dosa? adakah Allah akan redha jika kita biarkan saja saudara2 islam kita ditipu dan ditindas oleh orang2 kafir?

inilah makna sebenar ukhwah fillah. ukhwah semata2 mahu keredhaan Allah. ukhwah semata2 mahu Allah redha melihat kita dan saudara kita sama2 berjaya di akhirat kelak. ukhwah semata2 mahu Allah redha kerana hamba2Nya bersaudara semata2 untuk bersama2 berdakwah menegakkan agama islam.

perluaskan makna ukhwah fillah. pasti apabila kita berada dalam sesuatu hubungan, ibu bapa, adik beradik, kawan2, suami isteri, dan jiran tetangga, akan lahir walau sekelumit rasa untuk kita bersama2 mereka mejauhi neraka Allah! dan bersama2 menuju syurga Allah yang indah itu!

tapi jangan sampai jadi macam ni pula ye..hehe..

********************************************************************************************************************************************************
Allah tolong jika kita berdoa padaNya.

Allah permudahkan sekiranya kita tidak lupa padaNya.

benar katamu sahabat, itu adalah ujian yang sedikit pada kita yang Allah beri. untuk menguji sejauh mana hamba2Nya taat padaNya dalam masa susah atau senang.

jazakumullah semua. taqabbalallahuminna waminkum. Aminn ya rabb.
p/s :jadi mari kita sama2 berukhwah kerana Allah. buktikan kita adalah saudara islam! ^_^

Tiada ulasan: