Islamic Widget

Selasa, 22 Mac 2011

Bergurau Juga Ada Batasnya.

bsalam mahabbah..salam sayang buat semua teman2 maya yg ana cintai kerana Allah...Alhamdulillah ana masih dihidupkan oleh Allah dgn Nikmat Iman dan iSlam..masih dikuatkan kai utk terus melangkah meneruskan perjuangan dlm hidup..walaupun kadang2 terasa lelah dipertengahan jalan.selawat dan salam buat Insan agung yang ana amat rindui..Muhammad S.A.W..para sahabt dan tabi'in...InsyaAllah harini ana ada sedikit perkongsian yg ingin ana bawakan utk semua..termasuklah ana sendiri..dsebabkan selalu juga kita leka maka perlulah selalu dberikan peringatan agar kita tak terkandas...insyaAllah...sama2 menuju Redha Ilahi....

sahabat...DALAM pergaulan sehari-hari, kita tidak boleh terlepas daripada bergurau. Malah bergurau itu hampir disenangi oleh setiap orang. Bergurau diibaratkan bunga dalam pergaulan dan pengubat ketika duka.

Ada orang beranggapan dengan suka bergurau wajah seseorang itu kelihatan ceria, muda dan tenang. Berbeza pula dengan orang serius dan pendiam, mereka kelihatan murung dan agak tua walaupun umur masih muda.

Tanggapan itu hanya sepintas gambaran mengenai perbezaan antara orang suka bergurau dengan orang tidak suka bergurau.

Gambaran seperti itu tidak dapat dijadikan suatu panduan kekal. Ramai juga yang tidak suka bergurau, namun masih juga kelihatan muda, ceria dan tenang.

Dalam Islam, bergurau tidak dilarang asalkan ia gurauan yang haq (benar).

Sebaliknya jika gurau itu sengaja dimaksudkan untuk membuat orang lain tertawa atau supaya ditertawakan, maka sudah tentu ia dilarang.

Rasulullah bersabda bermaksud, “Sesiapa berbicara dengan sesuatu perkataan sehingga perkataan itu menjadikan sahabatnya tertawa, nescaya Allah akan menyeksa kelak di neraka.” (Tanqih al-Qaul, halaman 54).

Sebenarnya Rasulullah pernah bergurau dengan keluarga atau sahabatnya. Mengikut hadis yang bersumberkan daripada Hassan, ada seorang nenek datang menghadap Rasulullah. Di hadapan Rasulullah nenek itu berkata,“Wahai Rasulullah, doakanlah agar saya dapat masuk syurga.”. Kemudian baginda berkata, “Wahai nenek, ketahuilah bahawa di syurga tidak ada orang tua seperti kamu.”

Sebaik saja mendengar jawapan Rasulullah, nenek itu terus menangis. Tetapi kemudian sambil tersenyum baginda bersabda lagi yang bermaksud,“Bukankah aku katakan bahawa tidak ada orang tua masuk syurga. Semuanya berubah menjadi gadis perawan.”

Selepas mendengar penjelasan Rasulullah, nenek itu terus berhenti menangis. Kemudian dia tertawa kerana mengerti bahawa dirinya kelak akan kembali menjadi gadis di syurga.

Berdasarkan peristiwa itu, Rasulullah dalam pergaulan sehari-hari tidak terlepas daripada bergurau.

Mungkin kerana sifat baginda yang suka bergurau, menyebabkan Baginda mudah didekati oleh pengikutnya.

Malah mereka juga tidak berasa bosan walaupun berada dalam suasana menderita akibat tekanan dan gangguan daripada orang kafir Quraisy. Mereka menghadapi semua penderitaan itu dengan penuh ketenangan dan kegembiraan.

Itulah keperibadian Rasulullah suka bergurau dalam pergaulannya. Dengan demikian, suasana kehidupan menjadi lebih ceria dan semakin kukuh ikatan perpaduan.

Sebenarnya bukan Rasulullah saja yang suka bergurau, malah sahabat dan khalifah Islam selepas Rasulullah juga suka bergurau.

Khalifah Harun al-Rasyid (salah seorang Raja amat terkenal pada masa kerajaan Abbasiah) juga bersifat sedemikian. Pada masa pemerintahannya, dia tidak pula mengabaikan sifat bergurau dalam pergaulan sehari-hari.

Oleh itu, sekalipun Khalifah Harun al-Rasyid sudah berkali-kali disakitkan hatinya oleh Abu Nawas, salah seorang rakyatnya yang sangat terkenal kerana gurau tetapi ia menyukainya. Bahkan ia selalu berasa rindu apabila lama tidak bertemu dengan Abu Nawas. Kadangkala Abu Nawas sengaja dijemput ke istana semata-mata untuk menghiburnya.

Meskipun Islam tidak menghalang daripada bergurau, namun kita tidak boleh sembarangan bergurau. Ini kerana terlalu banyak bergurau boleh mendatangkan kesan yang tidak baik. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, “Sesiapa banyak ketawa, nescaya orang bakal meremehkannya.” (Tanqih al-Qaul hal. 54).

Menurut al-Ahnaf pula, “Banyak ketawa boleh menghilangkan kewibawaan,

sedang banyak bergurau boleh menghilangkan harga diri”.

Oleh itu, jelaslah bahawa bergurau adalah diharuskan dalam pergaulan. Tetapi janganlah pula bergurau sehingga melampaui batas dan melanggari tatacara dalam pergaulan. Dalam erti kata lain, bergurau dengan sopan sehingga jangan sampai menyinggung perasaan seseorang dan menghinakan agama.

Selang-selikan kehidupan dengan bergurau yang sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW. Bergurau dibenarkan dalam Islam tetapi perlu ada batasannya. Jangan sampai bergurau melukakan perasaan orang lain.Mudah-mudahan kehidupan kita ini selalu ceria, tenang, penuh semangat untuk beribadah dan bekerja tanpa ada rasa kebosanan. (~_^).....


sekadar gambar hiasan..dua org anak buah ana yg cute miut nie.. (^_^).. suke tgk mereka...

Jumaat, 18 Mac 2011

HaBiBuL QaLB


HaBiBuL QaLB

Ya Allah...
Tika Kau hadiahkan Aku kekasih...
Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanmu...
Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku...
Kau jadikanlah kekasihku ini sebagai teman sepanjang hidupku,
peniup semangat jiwaku,
saling memikul tanggungjawab sebagai khalifah dibumiMu...
Kau jadikanlah ukhwah ini disemai atas redhaMu...
Teguhnya atas cinta padaMu...
Dilindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan kami dari mengingatimu...
Ya Allah.....
bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh kekasihku dengan cinta kepadaMu...




IstiKhaRah CiNta..

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

Khamis, 17 Mac 2011

kembali yakin =)


assalammu`alaikum...
alhamdulillah..
sekian lama tak update....
maaf..maaf..maaf ana pinta..
kadang2 tak berkesempatan..
kadang2 idea tak ada..
kadang2 ada idea tp tak tahu nak tulis macam mana..
tp doakan ana yea..
teringin nak gilap kemahiran2 nak menulis2 ni..


sebenarnya..teringin ana nak kongsikan apa yang ana dapat dalam beberapa hari ni yg jadikan hati kembali kukuh dan yakin..

bismillah..

Dalam hari-hari dalam hidup kita, kita tak akan lari dari berhubung, berkomunikasi, bergaul dengan individu2 yang ada disekeliling kita..individu2 itu boleh jadi sahabat2 kita, teman2 kita, ketua2 kita, orang2 bawahan kita ( andai kita seorg ketua), boleh jadi juga adik2 junior kita, keluarga dan lain2 lagi...
Ana yakin setiap org mesti nak pergaulan dan perhubungan dia dgn org lain dalam keadaan yang baik ( dan semestinya tak langgar syara` / perintah Allah )..tapi kadangkala Allah izin kita ada masalah dalam perhubungan dan pergaulan itu..tak sefahaman..terasa hati, bergaduh, dan macam2 lagi masalah..
mungkin sesetengah org dapat hadapi dgn tenang...mungkin juga sesetengah org akan rasa down dan lemah..

ana akui ana juga rasa begitu...kalau tiba2 ada masalah dengan sahabat dan kawan sendiri, membuatkan hati jadi sakit sgt..dan akan rasa down dan lemah..sampai tak boleh nak fokus sgt dalam kerja2 yang perlu dibuat..teringat- ingat masalah tersebut..bila dah teringat-ingat..terfikir-fikir..mula rasa nak ubah diri dari banyak cakap dan bergaul dgn org lain kepada mendiamkan diri..ckp bila perlu shj..rasa macam nk jadi low profile..nak duduk sorg2..tak nak bergaul dengan org lain sebab tak nak wujudkan perselisihan dan pergaduhan dengan org lain dan tak nak hati jadi sakit...
ana seringkali akan rasa begitu..selalunya bila begitu..apa yang ana boleh buat hanya diam dan bersabar..tp ana tetap tercari-cari satu jawapan yang akan jadikan hati lebih yakin dan kukuh..

dan hari ini ana temui jawapannya..

" Rasulullah bersabda:
seseorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar atas tindakan-tindakan mereka yang menyakitkan, itu lebih baik daripada orang yang tidak bergaul dengan orang ramai dan tidak sabar atas tindakan-tindakan mereka yang menyakitkan"
(Hadis riwayat Ahmad)


jadi SABAR laa jawapannya..
dan sabar itu walau pahit tetapi Allah akan ganjarkan pahala buat kita..
Alhamdulillah..rasa bersyukur kerana Allah pilih untuk mengikuti beberapa program kali ini..kalau Allah tak pilih ana utk menghadiri program ini, maka ana tak akan berpeluang mendapat hadis ini..ALhamdulillah.. ^^

Ayuh...
kita bebaskan diri...
jangan menyendiri...
bergaul lah dengan orang lain seikhlas hati..
walaupun hati kita akan disakiti..
kerna...
dengan kesakitan itu..
kita cuba bersabar..
kita dapat lah ganjarannya...
kalau menyendiri...
tak akan rasa sakit hati..
tak perlu nak sabar..
tapi tak ada lah sumber pahala yang akan kita dapat..
jadi..
pilihan di tgn kita....

............................................................

Sabar..sabar..sabar..
wahai hati..wahai diri..

akan ku cuba tetap bersabar dengan kerenah kalian...
kerna kalian sumber pahala bagiku..
sayang kalian kerna Allah..


maaf atas segalanya..pohon doa dari semua...

Khamis, 10 Mac 2011

Ana Solehah..(Me)..

  • a simple person, who is always seeking Allah's blessings fidduniya wal akhirah. i only have 2 options, whether want to Live With Dignity or Die As A Martyr.

  • blog ini dihasilkan untuk memberi peringatan (tazkirah) kpd diriku sendiri terutamanya serta bertujuan ingin berkongsi segala ilmu yang ku ada bersama sesiapa shj. bila ada ilmu,diamalkan dan dikongsi bersama,Allah akan bangunkan sebuah istana drp cahaya buat kita di syurga kelak.insyaAllah.

  • obviously blog ni bukan untukku menunjukkan betapa sempurnanya diriku atau betapa baiknya diriku atau lain2 sifat mazmumah spt takabbur, riak,ujub dan ingin merendahkan org lain.absolutely that is not my intention.ku akui diriku ini tidak sesempurna mana.so dun get me wrong.yg pasti semuanya ku lakukan utk mendapatkankeredhaanNya.

  • Tiada yang lebih bererti dalam kehidupan seorang insan melainkan mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.Dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang (Ar-Ra'd 13:28).Smoga ku terus tsabat (tetap/teguh) dlm perjuangan ini...Ku berdoa.

  • Hadis Rasulullah: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.wallahu'alam.


    ::sharing is caring:: wassalam