Islamic Widget

Jumaat, 24 September 2010

Bercinta dan tertaut dengan Syawal

Bismillah ar Rahman ar Rahim,
Salamullahu `alaikum wa Rahmatuhu wa Barakatuh dan Salam di dalam berkah Syawal

.

Alhamdulillah, setelah di beri seminggu kerehatan oleh ALLAH swt, di samping banyak benar cerita tarbiyyah Dia buat saya, sungguh saya sendiri terkedu dengan begitu banyak rezeki yang jauh dari apa yang saya harapkan saat ini. Maka nikmatNya yang mana engkau dustakan wahai manusia?

Alhamdulillah, summal hamdulillah, summal hamdulillah.

Tetapi sebelum itu, suka sekali saya mengetahui keadaan para sahabat maya yang di rahmati ALLAH swt di dalam kemuliaan ramadhan yang berlalu di ganti dengan keindahan Syawal kini. Apa khabar iman kita hari ini? apa cerita ibadah kita sepanjang ramadhan lalu, adakah istiqomah terlaksana sepanjang seminggu syawal ini? Apa khabar rasa dan jiwa serta hati kita? Adakah sesuci dan sebersih mulusnya sewaktu ramadhan? Jom sama-sama tepuk dada tanya hati dan iman.

Mengenang kembali dua minggu bersama syawal di kampung membuat saya tersenyum di apit cinta itu. SubhanALLAH walhamdulillah.

MENGENANG CINTA :

Saya suka dengan cinta. Orang sekarang suka salah sangka. Berkata cinta tersengih sampai ke telinga, merah muka jadinya. Kata sahaja cinta, sudah di katanya bertunang, berkahwin (bagi yang bujang). Senyum sahaja.

Siapa tidak suka dengan cinta? Cinta itu perasaan subur yang hasilnya rasa yang di bajai di dalam hati. Nikmat yang di anugerahkan oleh Al Wadud. Tidak lain kerana Maha Cintanya Dia kepada hambaNya lalu di berinya rasa bercinta kepada ciptaanNya demi untuk memberi kita sepicing gambaran terhadap cintaNya yang agung.

Dan kerana cintaNya, maka bergolek rezeki menjengah buat sekalian manusia.

Alhamdulillah. Syawal kali ini menjadi bulan pertemuan saya bersama cinta saya. Antaranya pertemuan pertama dengan Ahli keluarga yang amat sya rindui dan sayangi.. d hari raya ini lah dapat kami sekeluarga berkumpul kembali menyimpul kasih kerana yang Maha Esa..inilah nikmat yang tersembunyi di sebalik Syawal kurniaan Ilahi.

Atas keizinanNya juga dapat saya bertemu dengan sahabat-sahabat sewaktu di sekolah dahulu. bertaut kembali hati-hati kami yang telah lama terpisah keranaNya.. Maha Suci Allah atas segala kesempatan yang diberikan.





Menyiram keegoaan dengan kemaafan

Rupanya ego itu salah satu sifat semulajadi manusia. Tapi mungkin ada perbincangan lanjut yang lebih mendalam tentang ini. Namun dalam merasai sejuknya kulit saat di hembus angin, di sirami air yang mencurah, sungguh rugi bagi mereka yang masih mempertahankan benteng ego lalu menghalang rasa sejuknya hati dan jiwa di curah sebuah kata maaf.

Rasul Junjungan صلى الله عليه وسلم bersabda :

“Berilah kemaafkan nescaya kamu dimaafkan.”

HR Imam Ahmad ibn Hanbal RahimahuLlahu Ta`ala `Alaih

benar..saya pun berasa benar-benar terkesan dengan sebarang kenyataan yang mampu meracik rasa. Namun dalam masa yang sama, saya seboleh nya mahu meruntuhkan ego saya yang terhina kerana nafsu amarah yang di cuit dek teguran yang sinis. Mungkin ada benarnya, saya tidak pasti, mungkin ketidakpastian saya adalah kerana hati celik saya di hijab dosa kecil yang saya lakukan, di simbah titik hitam dek kerana kekhilafan yang saya tidak cuba sedaya upaya hindarkan.



Lalu di kesempatan ini, saya mohon agar kalian pembaca yang di muliakan ALLAH serta sahabat dapat memaafkan saya kerana ALLAH; semoga ALLAH juga memaafkan anda. Salinglah kita bermaaf-maafan kerana ALLAH dan semoga ALLAH sudi memaafkan kita semua.

Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram.

Jazakallahu khir jazak diatas ingatan dan doa antum kepada ana beserta keluarga sempena Syawal yang Mulia ini.

Tiada ulasan: