Islamic Widget

Khamis, 14 Oktober 2010

Petiklah Bunga itu wahai kumbang Sakti.



Bunga mekar di taman larangan Elok kelopaknya, elok harumannya Dijaga rapi Sang Penjaga Dihias tertib tiada tercelaAku menyaksikan bunga itu kembang dan aku juga menyaksikan bunga itu layu. Lantas! Siapa yang harus kupersalahkan? Bunga itu? Atau kamu sang kumbang? Atau kamu?

Tika bunga itu mula menjalar indah ke hentian tertinggi, kau datang merampas langkahnya. Kau datang menghalang Cintanya. Ya! Kamu datang menghalang cintanya pada Raja Segala Cinta. Masakan tidak kamu ketahui? Cintanya itu milik Raja Segala Cinta! Kamu tahu itu? Kamu sedar itu? Bukankah kamu kumbang sakti? Mengapa tegar untukmu merampas dan merosak cintanya pada Si Dia?

Kamu datang membawa sejuta janji Kamu datang membawa sejuta pengharapan Dia itu bunga, wahai kumbang. Dia itu bunga. Disentuh oleh tangan asing, layulah dia Dibuai cerita angkasa melangit, terbanglah dia.

Jangan kau gantung dia tiada bertali Jangan kau biarkan dia lemah tiada hati Jika benar kamu kumbang sakti, bunga itu tidak perlu tersungkur. Petiklah dia. Secepatnya. Lekas! Jangan sampai bunga itu hilang seri Saktimu dan serinya akan mengembalikan cahaya alam buana ini. Bukankah itu ajaran Rasul kita? Bukankah itu mengelakkan kemurkaan Tuhan kita? Dari kamu berterus-terusan menghentak kaki, ego tiada bertepi, lekaslahhh.. Petik bunga itu dan berlarilah kamu di syurga nanti

Aku sayangkan bunga dan kamu wahai kumbang Cinta mana yang harus kusumpah menjadi racun? Cinta yang membuatkan bunga dan kumbang tenggelam di alam fantasi.

Siramkan air dan baja Mentari! Pancarkan cahaya!

Sempurnakan ia mengikut acuan yang sudah ditetapkan Jangan diambil racun berbisa andai taman syurga bisa jadi milik kalian berdua

Petik dia. Mohon petunjuk Raja Segala Cinta Minta restu kedua orang tua Dan aku mendoakan sentiasa

bukan aku memaksa. tapi aku terpaksa sampai bila harus kau biarkan bunga itu terkulai di situ? dia perlukan jawapan. petik dia secepat yang kau mampu kumbang.. andai bunga itu yang hadir dalam petunjukNya andai bunga itu yang tersenyum indah dalam mimpimu

andai kamulah kumbang sakti itu.. buktikan pada dunia kamu punya kuasa itu..insyaAllah,

Allah akan mempermudahkan segalanya. Janji Allah itu pasti ^-^

*Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. *

Tiada ulasan: