Islamic Widget

Jumaat, 27 Januari 2012

Tika Ujian menyapa

Assalammualaikum....salam mahabbah..salam kasih sayang buat semua.. Selawat dan salam buat junjungan Besar Muhammad S.A.W kekasih hati yg sangat dirindui.. ALLAHHURABBI..besarnya ujianMu Tuhan buat diriku ini..adakalanya rasa ingin jatuh..nmun jika dlihat dari sudut org2 yg faham dan mengerti pasti akan tersingkap hikmah disebalikNya..ujian itu tnda KasihMu.. (^_^) Hamba bersyukur hamba diantara org2 yg terpilih utk melalui ujianMu itu...

dalam kemurungan hati Alhamdulillah hati ana telah disentuh oleh teman2 yg banyak memberikan semangat dan kata2 yg penuh hikmah memulihkan kembali kelesuan diri yg semakin hari terasa tidak berdaya utk melaluinya.. syukran sahabat2ku..ikhlas ku amat menyayangimu kerana Allah....


Berteman dengan orang-orang yang khusyuk yang selalu merenung, bergaul dengan orang yang selalu berfikir& menyendiri, dekat dengan orang yang bertaqwa & soleh yang dari mereka terpancar hikmah & dari wajah mereka terpancar cahaya, & dari hati mereka bertambah makrifat -dan jumlah mereka adalah sedikit- adalah ubat yang mujarab.


Berusahalah berteman dengan orang-orang seperti mereka, selalu bersama mereka, kembali kepada mereka & kamu sambungkan rohmu dengan roh mereka, jiwamu dengan jiwa mereka serta kamu habiskan kebanyakan waktu kosongmu bersama mereka. Carilah orang yang keadaannya membuatmu bangkit bersemangat, perbuatannya membawamu berbuat baik & jika kamu melihatnya maka kamu mengingat Allah.


Berteman dengan orang-orang seperti ini adalah salah satu ubat yang mujarab kerana watak manusia sering mencuri, sehinggalah hati terpengaruh dengan hati yang lain dan jiwa pun mengambil contoh dari jiwa yang lain. Oleh kerana itu, berusahalah untuk menemukan jiwa-jiwa yang soleh sebagai teman.


Saudaraku, berfikir, berzikir di waktu-waktu yang suci, menyendiri, bermunajat serta merenung alam yang indah dan menakjubkan, menggali rahsia keindahan & keagungan alam, meneliti dengan hati & berzikir dengan lisan tentang tanda keagungan yang menakjubkan serta hikmah yang agung ini, termasuk hal yang memberi kehidupan kepada hati dan menyinari kalbu dengan keimanan & keyakinan.

1 ulasan:

nurzalfatulelmiza berkata...

terima kasih kembali leha sayang