Islamic Widget

Khamis, 15 Mac 2012

Tarbiyah is in the air


Assalammualaikum...salam mahbbbah.. salam kerinduan buat semua.. selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kekasih yg amat kurindui..maaf buat teman2.. sekali lagi ana mohon maaf sebab lama membiarkan blog nie tnpa pengisiannya... sedang mentarbiyah hati nie.. moga Allah berikan ketenangan.. :) "tak semua yang kita inginkan kita akan dapat..." benar kn...



jom2..teruskan membaca....Takdir terbahagi kepada 2 iaitu
  1. Allah tetapkan dengan kehendakNya (rezeki, ajal)
  2. Allah tetapkan dengan ilmuNya yang Maha Luas (amalan, akhir hidup)

Segala rezeki yang kita dapat kat dunia ini Allah tentukan dengan kehendaknya, termasuk kita dapat penajaan ke oversea, kita makan apa hari ni, kita kahwin dengan siapa nanti, semua itu telah ditetapkan dengan kehendakNya.

Tetapi, ada dua perkara yang Allah tetapkan bukan dengan kehendakNya iaitu amalan kita di dunia, dan pengakhiran hidup kita sama ada syurga atau neraka. Contohnya, jika kita tak study untuk exam, itu bukan Allah dah tetapkan, tetapi sebaliknya pilihan kita. Allah cuma menulisnya dengan ilmuNya yang Maha Luas bahawa ‘si polan ini tak study untuk exam‘ kerana Dia tahu kita akan berbuat demikian. Maka, jika kita berbuat dosa, itu bukannya kehendak Allah, tetapi atas pilihan kita sendiri dan akhir hidup kita (syurga/ neraka) juga berdasarkan pilihan kita juga bukan?

Tetapi, Dia tidak pernah zalim.

“Maka, Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan kataqwaan, sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.”

(as-syams 91:8~10)

Sesungguhnya, Dia akan mengilhamkan kepada kita jalan kejahatan dan juga jalan ketaqwaan, tetapi kita yang memilihnya.

Jadi, apa kaitan takdir dengan tarbiyah?

Semua tarbiyah yang datang pada kita itu adalah ditentukan oleh Allah, kerana Dia tidak akan menghukum seorang yang tidak pernah tahu melainkan telah diberitahu. Samalah juga dengan kaum terdahulu, mereka telah didatangkan nabi/rasul untuk memimpin mereka, mengajak kepada kebaikan, tetapi ada di antara meraka yang beriman dan ada juga yang memilih untuk menolak kebenaran. Maka, setelah didakwah habis-habisan oleh utusan Allah, mereka masih menolak, natijahnya adalah azab dari langit!

Ketahuilah bahawa, ‘tarbiyah is in the air’, bagi mereka yang sedang mencari atau masih mencari teruskan berdoa, supaya Allah menunjukkannya pada kita, dan supaya hati kita dicondongkan ke arah jalan ke syurga.

Mereka yang sedang melakukan amalan ahli syurga yang banyak, jangan pernah merasa cukup dan jangan pernah merasa yakin akan dapat ke syurga sebaliknya teruskan beramal keranaNya.

Mereka yang sedang melakukan dosa, jangan putus asa dengan rahmat Allah, carilah hidayah Allah itu, cari sampai mati, kerana Dia tidak pernah zalim.

Tarbiyah is in the air, terpulang kepada kita, untuk memeluknya erat, atau membiarkan ia berlalu pergi begitu sahaja. :)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMUALAIKUM...
satu lagi coretan yang baik... tahniah..
Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :

* Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
* Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.

Selalu ingatkan kepada diri kita agar melakukan apa yang kita ungkapkan...sebabnya orang yng berilmu itu adalah orang yang ada ilmu dam mengamalkannya...
jangan jadi macam orang-orang yang bercakap tentang redha dan ketakwaan dan ihsan tetapi mereka yang mendustakannya.
Terus menulis pasti ada yang akan terus menanti perkongsian daripada anda...
wallahhualam...