Islamic Widget

Sabtu, 30 Jun 2012

Zaman itu...ana rindu...

Bismillahirrahmanirrahim..Assalammualaikum...Biar aku mulakan kalam ini dengan menyebut asma' Allah Yang Maha Mulia. Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar. Segala puji dan puja hanya layak untukNya. Selawat dan salam untuk Rasulullah SAW.


Zaman kanak-kanak, boleh dikatakan semua orang akan mengakui zaman itulah yang paling gembira. Tidak pernah berasa runsing untuk memikir masalah kerana semua bagi kanak-kanak adalah permain
an. Senyum sentiasa sahaja terukir di bibir, kerana sucinya seorang kanak-kanak itu. Terlukis indah di wajah mereka.




Kita sekarang? Wajah suci berseri kerana iman sepertinya susah sekali ditemui. Ya, terlalu kotornya kita dengan dosa dan maksiat. Astagfirullahal'azim.

Ana rindu zaman suci itu. Ana rindu zaman kanak-kanakku.

Kerana kita hidup di era globalisasi, kerana itulah kita perlu mempunyai kehidupan yang global juga lagaknya. H
uh! Global itu bermaksud baratkah kalian? Aku kecewa melihat saudara Islam sendiri. Kehidupan sosial kita terlalu banyak terpengaruh dengan barat. haih~

Astagfirullahal'azim, astagfirullahal'azim, astagfirullahal'azim..

Wahai Solehah yang kanak-kanak dahulu, ana rindu kamu. Kamu masih suci ketika itu. Tidak terpalit dosa nafsu. Suci, ana rindu itu.

Cooppp....Mengapa ana tuliskan semua ini? Kerana ana mahu kita semua mencari semula yang suci. Suci itu bukan milik dahulu, tetapi sentiasa.

Ana pernah melalui zaman awal remaja yang melalaikan, terlalu lemah kepada nafsu. Ketika itu iman terlalu sedikit. Astagfirullahal'azim. Cukuplah tempoh itu cuma, ana tidak mahu mengulang kembali.

Tetapi ana tidaklah terlalu membenci zaman itu, kerana jika tiada ana yang dahulu tiadalah ana yang sekarang. Satu ayat yang ana selalu terapkan dalam diri ialah 'mistake happens is for us to learn from it and try our best not to repeat it'. Kita tidak akan belajar sesuatu jika kita tidak melakukan salah terlebih dahulu, ana yakin begitu.

Ana yang dahulu sudah ana jadikan kisah silam. Biarlah ia menjadi salah satu persinggahan dalam perjalanan hidupku. Ana, adalah ana yang hari ini. Ana hidup kerana Allah ta'ala untuk hari esok. Perjalanan hidupku masih banyak perhentiannya. Pasti, tidak semuanya indah. Tetapi ana yakin ada sesuatu yang boleh dipelajari darinya. InsyaAllah. :) 

:::::bertambah lagi usiaku:::::

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MERANCANG DAN MELAKSANA

ASSALAMUALAIKUM..
ALHAMDULILLAH..SEKALI LAGI DAPAT KITA MENGHIRUP UDARA YANG MANA TELAH PUN DIIZINKAN DAN SELAGI MANA ITU KITA MASIH AKAN BERNYAWA.

KITA SEMEMANGNYA MAMPU MERANCANG AKAN SEGALA PERIHAL DALM KEHIDUPAN KITA BERMULA DARI SEKECIL-KECIL HAL HINGGALAH KEPADA SEBESAR-BESAR PERKARA...
KITA SENTIASA RASAKAN PERANCANGAN KITA ADALH YANG TERBAIK UNTUK KITA DAN YANG PALING BAIK APABILA PERANCANGAN ITU MEMBERIKAN KEBAIKAN PADA YANG LAINNYA...
IANYA PASTI MEMBUATKAN KITA MERASAKAN NIKMAT YANG TIDAK TERHINGGA...
NAMUN BEGITU KITA PERLU INGAT ADA LAGI MAHA PERANCANG YANG LEBIH MENGETAHUI AKAN SEGALA PERIHAL DI SISI-NYA.SEKECIL-KECIL PERKARA SEHINGGALAH SEBESAR-BESAR PERKARA...
DAN...PERANCANGAN-NYA SELALUNYA LEBIH BAIK...
MENYALAHKAN DIRI ATAS PERKARA YANG TIDAK BOLEH DICAPAI MENJADI KEBIASAAN...
MENANGIS MENANGISI KEGAGALAN JUGA SATU KEBIASAAN..
TAPI KITA PERLU INGAT TIDAK DAPAT APA YANG DI HAJAT DAN GAGAL DALAM MELAKSANAKAN ADALAH KEHENDAK MAHA PERANCANG YANG MENGUASAI AKAN SEGALANYA...
MOGA HATI KITA TERUS KUAT MENGHADAPI SEGALA BENTUK PERANCANGAN DARI-NYA...
MOGA KITA DAPAT MENJADI INSAN YNAG SENTIASA BERSYUKUR AKAN SEGALA YANG DIBERIKAN OLEH-NYA PADA MASA DATANG...
WALLAHUALAM... :P

Tanpa Nama berkata...

haha