Islamic Widget

Jumaat, 7 Mei 2010

Alhamdulillah...

assalammualaikum ku ucapkan kpada smua sahabat yg sudi sggah di blog ana yg x seberapa nie...syukur kehadrat Ilahi masih dkurniakan nikmat iman dan islam ddalam diri ni..masih juga dberikan kesempatan utuk menghirup udaranya...berjalan diatas buminya yg penuh keindahan ini...Alhamdulillah....=)


syukur harini selesai sudah exam ana...lpas paper yg keenam....masa awal exam haritu kami satu kos agak kebinggunggan sbb ade 4 paper strait sekaligus,pening jugak la kepala nie dbuatnya mase tu..hmm kelam kabut rasa x sempat je nk stdy semua...hihi nilah akibatnya..(sape suh stdy last minit kn..padan muke..(Y_Y)..).tp alhamdulillah dberikan masa utk stdy n berusaha sebaik mungkin dan akhirnya dberikan kemudahan untuk menjawab kesemuanya...i2lah..bila kita terasa susah Allah mudahkan segalanya utuk kita kn..tit..tit...teringat pulak msg yg ku terima dari sahabat sebelum mula exam tu... "apabila kita menghadapi kesulitan dalam sesuatu ujian,jangan katakan oh..besarnya masalah nie...tapi katakanlah hai masalah..aku ada Tuhan yang Maha Besar.. Allahuakhbar..!!!..Allah ada bersama kita...innallaha ma'ana...msg nie buatkanku mkin bersemangat...(jiwa baru..cehhh)..betapa indahnya Iman jika dihiasi dengan Ilmu ,betapa indahnya Ilmu jika dihiasi dengan Beramal...

............apa2pun segalanya dah berakhir....exam pun dah selesai..tggal tunggu resault jew...sekarang tawakkal kpd Allah...moga dberikan keputusan yg terbaik utuk diriku dan juga sahabat2 seperjuangan ku...x krelah walau dmana pun kalian berada....

sebaik jew exam habis td..ku terus pulang ke bilikku..seperti biasa bersama roomateku....n sekarang kami brkerah tenaga untuk mengemas semua barang2 untuk dsimpan ddalam pantri...(sbb tu dah tgh malam pun x tdo lg nie..)..sambil2 kemas tadi ayhku tercinta telefon..hmmm syggg ayah..doakan anakmu d sini ayah...anakmu masih ada tnggungjawab yg ingin dselesaikan..Firman Allah s.w.t. bermaksud: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).( Luqman: 14)

tp siap kemas pun still kne tggu 18 haribulan nnti baru bleh pulang ke desa tercinta...YaAllah..teramatlah sangat rindu pada ibu ayah n adik2ku....solehah..bersabar ye...beberapa hari je lagi...

hmmm..tbe2 teringat pulak dekat sahabat2 yg akan bertolak ke perak esok untuk menyampaikan risalah islam..(sedih sbb ana xdapat nk join)..ada komitmen lain..insyaAllah jika dpnjangkan usia ana trut serta d pgram yg berikutnya yer..ape2pun ana doakan segalanya dipermudahkan dan segalanya berjalan dengan lancar....Takbirr!!...

"Janganlah kamu takut kepada makhluk dan janganlah kamu berharap kepada mereka, kerana hal itu menunjukkan betapa lemahnya imanmu. Hendaklah engkau istiqamah dalam cita-citamu, sehingga engkau memperolehi ketinggian, kerana Allah SWT akan memberimu sesuatu yang layak dengan cita-citamu, dengan kebenaran dan keikhlasanmu. Bersungguh-sungguhlah engkau, songsong dan kejarlah, kerana sesuatu itu tidak akan datang kepadamu begitu sahaja, tanpa berusaha memperolehinya, sedangkan engkau mempunyai kewajiban untuk melakukan amal kebaikan sebagaimana engkau diwajibkan untuk mencari rezeki."

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah, Malaikat dan Ahli (penduduk) langit dan bumi; hingga semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia..riwayat al-Tarmizi.

selamat berjuang semua....(^_^)...
oklah hari pun dah semakin lewat nie...ana minta diri dulu..insyaAllah berjumpa d lain mase.....

Tiada ulasan: