Islamic Widget

Ahad, 30 Mei 2010

Kembali Semula

salam kerinduan dan salam kasih sayang ku ucapkan kepada semua sahabat2....bersyukur kehadrat Yang Maha Esa kerana masih d berikan nikmat iman dan islam..dan masih diberikan kesempatan untuk diri ini menulis kembali...hmm rndu rasanya nk menulis...apakan daya kekangan masa....

Puji-pujian buat-Mu Tuhan...
Lantaran menjadikan aku seorang muslim,
seorang perempuan, seindah kejadian..
21 tahun sudah bermusafir di dunia,
adakah sedar bahawa akan pulang kepada-Nya?
Hidup di dunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah aku hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak disana rendah darjatnya.

Namun, walaupun telah kusemai bibit-bibit ilmu..
Namun, belumku mampu mencongak,
adakah setiap putik akan menjadi bunga dan berbuah?
atau terus gugur menyembah tanah kemarau yang merekah?

‘Allah akan mengangkat orang beriman di antaramu dan orang berilmu beberapa darjat.’
(QS al-Mujadilah: 11)

Hmmm, alangkah jahilnya diri,
alangkah kerdilnya,
alangkah hinanya,
namun...kenapa masih lalai?
kenapa masih ingkar?
kenapa??kenapa??

Wahai diri,
Yang digubah dengan kekuatan perasaan,
Mengatasi panjangnya akal fikiran,
Sebagai fitrah dan anugerah kejadian,
Seringkah kau mencari jalan??
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya,
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu ..

Diri..
Tentu dirimu menyedari bahawa,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,..
Oleh itu diri, tekadkan keyakinan,
Ingatlah, kau umat pilihan,

Lantaran itu, carilah reda Tuhan,
Dengan sebaik-baik amalan..
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak pernah berkesudahan..

Sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
dan mara berlari kencang,
mencipta taufan.

Berjuanglah diriku!!!
Tanpa mengenal penat dan jemu,
Biar hidup derita dengan usaha,

Kelak, inshAllah akan di mulia,
Jika tidak di dunia,
Nun di syurga.

Tinggallah diriku di dunia..
inshAllah sebagai ábidah,
daíyah & mujahidah,
pejuang ummah ...
anak ummi & ayah,
sebagai muslimah yang solehah ...

‘Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa yang diberikan alah dan Rasul-Nya kepada mereka dan berkata: cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya dan demikian pula Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah, (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka).’ (QS At-Taubah: 59)

Umur makin menganjak, setapak ke belakang ke alam kubur. (^__^)

Tiada ulasan: