Islamic Widget

Ahad, 30 Mei 2010

Kembali Semula

salam kerinduan dan salam kasih sayang ku ucapkan kepada semua sahabat2....bersyukur kehadrat Yang Maha Esa kerana masih d berikan nikmat iman dan islam..dan masih diberikan kesempatan untuk diri ini menulis kembali...hmm rndu rasanya nk menulis...apakan daya kekangan masa....

Puji-pujian buat-Mu Tuhan...
Lantaran menjadikan aku seorang muslim,
seorang perempuan, seindah kejadian..
21 tahun sudah bermusafir di dunia,
adakah sedar bahawa akan pulang kepada-Nya?
Hidup di dunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah aku hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak disana rendah darjatnya.

Namun, walaupun telah kusemai bibit-bibit ilmu..
Namun, belumku mampu mencongak,
adakah setiap putik akan menjadi bunga dan berbuah?
atau terus gugur menyembah tanah kemarau yang merekah?

‘Allah akan mengangkat orang beriman di antaramu dan orang berilmu beberapa darjat.’
(QS al-Mujadilah: 11)

Hmmm, alangkah jahilnya diri,
alangkah kerdilnya,
alangkah hinanya,
namun...kenapa masih lalai?
kenapa masih ingkar?
kenapa??kenapa??

Wahai diri,
Yang digubah dengan kekuatan perasaan,
Mengatasi panjangnya akal fikiran,
Sebagai fitrah dan anugerah kejadian,
Seringkah kau mencari jalan??
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya,
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu ..

Diri..
Tentu dirimu menyedari bahawa,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,..
Oleh itu diri, tekadkan keyakinan,
Ingatlah, kau umat pilihan,

Lantaran itu, carilah reda Tuhan,
Dengan sebaik-baik amalan..
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak pernah berkesudahan..

Sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
dan mara berlari kencang,
mencipta taufan.

Berjuanglah diriku!!!
Tanpa mengenal penat dan jemu,
Biar hidup derita dengan usaha,

Kelak, inshAllah akan di mulia,
Jika tidak di dunia,
Nun di syurga.

Tinggallah diriku di dunia..
inshAllah sebagai ábidah,
daíyah & mujahidah,
pejuang ummah ...
anak ummi & ayah,
sebagai muslimah yang solehah ...

‘Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa yang diberikan alah dan Rasul-Nya kepada mereka dan berkata: cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya dan demikian pula Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah, (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka).’ (QS At-Taubah: 59)

Umur makin menganjak, setapak ke belakang ke alam kubur. (^__^)

Jumaat, 7 Mei 2010

Ku Damba Keampunan

Ku Damba Keampunan
Album : Diari Rindu
Munsyid : Amar

Apabila aku terkenangkan janjiMu
Terasa gerunnya di hatiku
Betapa fakirnya fitrahku padaMu
Betapa jauhnya diriku dariMu

Sepanjang aku dibuai mimpi
Telah kulupakan janjiMu oh Ilahi
Lenaku masih belum terjaga lagi
Ya Allah sedarkanlah daku
Oh Tuhan kini ku telah jaga
JanjiMu takkan mungkir
Pada hamba yang ingkar
Diriku tidak kan terlepas
Kesalku makin menekan
Insafku kian meningkat

Apakah masih tersisakah titisan rahmat
Moga dirikuk dikurniakan berkat
Tidak tertahan diriku oh Ya Allah
Menanggung azab siksaanMu
Tidak sanggup merasa diriku Ya Allah
Menanggung kemurkaanMu

Ya Allah ampunlah kesalahanku
Ya Allah ampun keterlanjuranku
Ku memohon rahmat daripadaMu
Semoga dihazafkan dosaku...

Assalammualaikum semua.... =)

bait-bait senikata lagu nie benar-benar menyentuh kalbu ana.... terasa bahawa setiap detik diri nie melakukan kesilapan tapi..sering juga alpa dalam kenikmatan hidup..Astaghfirullah..ampunkan hambamu ini YaAllah....bila teringat dosa2 semalam terasa takutnya untuk menghadapi azabnya diakhirat kelak...kerana itulah diri ini sedang cuba untuk mengubah diri...menjadi muslimah yang diredhaiNya..berusaha kearah menjadi mawar berduri....juga sedang berusaha untuk membentuk identiti seindah namaku sendiri.."solehah"....alhamdulillah...indah nama yg Allah ilhamkan kepada ibu bapaku untuk dberikan kepadaku....(^_^)...tapi mampukahku....insyaAllah...Allah akn bantu....yakinnn!!!!!....dan istiqomah.....

terkenang pula waktu daku menyatakan hasrat ingin berubah kepada seorang sahabat...(miss Nurul Syahidah Roslan)...syukur dikuriakan sahabat yg membimbing ana kejalanNya...waktu tu mmg byk lagi perkara yg ana x tahu...tapi bila ikut usrah,ceramah n beberapa kuliah..Alhamdulillah..mula bertambah ilmu...dulu msa mula2 masuk ke U nie..ana slalu tgk dari jauh je....x mampu lagi nak ikut jemaah...tapi bila dah mula masuk sem 2..mulalah jauh langkahnya...mula berani nak ikut program sana sini....terasa mmg indah...mmg indahhhh sgt2... ukhuwah itu indah bila bertemu dan berpisah keana Allah....

bermula saat tu jugalah ana kuatkan tekad ana untuk berubah...(sekarang masih dalam proses..)..praktik....hmmm sambung crte ttg sahabat ana tu...ana betul2 rasa terharu...bila jew ana critekan hasrat tu kat dia..dia terus tlg ana...*perkara yg x mgkn dapat ana lupakan...dia berikan ana hadiah yg cukup bermakna...hasil buatan tangan dia sendiri pulak tu...mmm..menitis jugalah air mataku saat tu...terharu sgt2....ana akan pakai sampai bila2..insyaALLAH..sekarang koleksinya pun makin bertambah... =)... balik rumah nnti nak tambah lagi....

mmmm..msti sahabat2 nak tau kn ape hadiah yg dberikan oleh sahabat ana tu...jeng3...hehe...sahabat ana tu berikan tudung labuh pada ana....sbb ana cakap kat dia ana nak ubah imej.... bkn sekadar luaran tapi juga dalaman...sbb tu ana mengharapkan doa2 dr sahabat yg lain2 juga utuk doakan ana agar sentiasa istiqomah...i2lah salah satu kenangan manis yg x mgkn ana lupakan...indahnya bersahabat kerana Allah...

mcm yg ana katakan td..skrg nie ana dalam proses belajar...jd tolong tunjukkn jika ana tersilap langkah ye....bkn niat utk riak @ bangga diri ye bila ubah imej nie..tapi sekadar ingin berkongsi pengalaman....hmm knp yer agknyer ana berminat pakai tudung labuh????...sebabnya..ana rasa lebih tenang..selamat..n indah tau... x percaya cubalah... (~_~)....indahnya bersyariat..thats true..!....

ISLAM AD-DIN PEMBAWA RAHMAT
PENYELAMAT UMMAH DUNIA AKHIRAT
JADIKAN IA SATU IKUTAN
KEKAL ABADI SEPANJANG ZAMAN..

ok...ana ingin menutup tirai.....papepun skrg nie ana rasa lebih tenang =)..susah nk d ungkp dgn kata2..hanya Allah yg mengetahuinya...

..............sampai bertemu lagi..............

Alhamdulillah...

assalammualaikum ku ucapkan kpada smua sahabat yg sudi sggah di blog ana yg x seberapa nie...syukur kehadrat Ilahi masih dkurniakan nikmat iman dan islam ddalam diri ni..masih juga dberikan kesempatan utuk menghirup udaranya...berjalan diatas buminya yg penuh keindahan ini...Alhamdulillah....=)


syukur harini selesai sudah exam ana...lpas paper yg keenam....masa awal exam haritu kami satu kos agak kebinggunggan sbb ade 4 paper strait sekaligus,pening jugak la kepala nie dbuatnya mase tu..hmm kelam kabut rasa x sempat je nk stdy semua...hihi nilah akibatnya..(sape suh stdy last minit kn..padan muke..(Y_Y)..).tp alhamdulillah dberikan masa utk stdy n berusaha sebaik mungkin dan akhirnya dberikan kemudahan untuk menjawab kesemuanya...i2lah..bila kita terasa susah Allah mudahkan segalanya utuk kita kn..tit..tit...teringat pulak msg yg ku terima dari sahabat sebelum mula exam tu... "apabila kita menghadapi kesulitan dalam sesuatu ujian,jangan katakan oh..besarnya masalah nie...tapi katakanlah hai masalah..aku ada Tuhan yang Maha Besar.. Allahuakhbar..!!!..Allah ada bersama kita...innallaha ma'ana...msg nie buatkanku mkin bersemangat...(jiwa baru..cehhh)..betapa indahnya Iman jika dihiasi dengan Ilmu ,betapa indahnya Ilmu jika dihiasi dengan Beramal...

............apa2pun segalanya dah berakhir....exam pun dah selesai..tggal tunggu resault jew...sekarang tawakkal kpd Allah...moga dberikan keputusan yg terbaik utuk diriku dan juga sahabat2 seperjuangan ku...x krelah walau dmana pun kalian berada....

sebaik jew exam habis td..ku terus pulang ke bilikku..seperti biasa bersama roomateku....n sekarang kami brkerah tenaga untuk mengemas semua barang2 untuk dsimpan ddalam pantri...(sbb tu dah tgh malam pun x tdo lg nie..)..sambil2 kemas tadi ayhku tercinta telefon..hmmm syggg ayah..doakan anakmu d sini ayah...anakmu masih ada tnggungjawab yg ingin dselesaikan..Firman Allah s.w.t. bermaksud: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).( Luqman: 14)

tp siap kemas pun still kne tggu 18 haribulan nnti baru bleh pulang ke desa tercinta...YaAllah..teramatlah sangat rindu pada ibu ayah n adik2ku....solehah..bersabar ye...beberapa hari je lagi...

hmmm..tbe2 teringat pulak dekat sahabat2 yg akan bertolak ke perak esok untuk menyampaikan risalah islam..(sedih sbb ana xdapat nk join)..ada komitmen lain..insyaAllah jika dpnjangkan usia ana trut serta d pgram yg berikutnya yer..ape2pun ana doakan segalanya dipermudahkan dan segalanya berjalan dengan lancar....Takbirr!!...

"Janganlah kamu takut kepada makhluk dan janganlah kamu berharap kepada mereka, kerana hal itu menunjukkan betapa lemahnya imanmu. Hendaklah engkau istiqamah dalam cita-citamu, sehingga engkau memperolehi ketinggian, kerana Allah SWT akan memberimu sesuatu yang layak dengan cita-citamu, dengan kebenaran dan keikhlasanmu. Bersungguh-sungguhlah engkau, songsong dan kejarlah, kerana sesuatu itu tidak akan datang kepadamu begitu sahaja, tanpa berusaha memperolehinya, sedangkan engkau mempunyai kewajiban untuk melakukan amal kebaikan sebagaimana engkau diwajibkan untuk mencari rezeki."

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah, Malaikat dan Ahli (penduduk) langit dan bumi; hingga semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia..riwayat al-Tarmizi.

selamat berjuang semua....(^_^)...
oklah hari pun dah semakin lewat nie...ana minta diri dulu..insyaAllah berjumpa d lain mase.....

Khamis, 6 Mei 2010

Kepastian



Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

Di antara hikmah di balik terjadinya musibah adalah :

1. Untuk memunculkan bentuk ibadah berupa doa, yang sebelumnya tidak pernah nampak.

Seseorang berkata: ”Maha Suci Dzat yang telah memunculkan doa hambaNya dengan cara memberinya cubaan.” Dalam sebuah atsar disebutkan bahawa Allah memberikan cubaan kepada seorang hambaNya yang soleh, lalu Allah berfirman kepada para malaikatNya:”Tujuannya adalah agar Aku medengar suaranya.”Maksudnya, doa dan permohonannya.

2. Untuk meredakan nafsu manusia yang cenderung melampaui batas.

Allah berfirman: Ketahuilah! Sesungguhnya manusia itu benar-benar melampaui batas.Ketika melihat dirinya merasa serba cukup. (Al-An’aam: 6-7)

3. Untuk membangkitkan kesedaran manusia untuk menyayangi dan mendoakan orang yang tertimpa musibah.

Sesungguhnya manusia mempunyai kecenderungan untuk bersimpati dan saling membantu ketika tertimpa musibah dan bencana.

4. Untuk menunjukkan adanya anugerah yang nilainya jauh lebih besar daripada musibah itu sendiri.

Kerana musibah yang menimpa seseorang jauh lebih kecil bila dibandingkan dengan besarnya nilai anugerah yang bakal diberikan kepadanya.Seseorang yang ditimpa musibah akan diberi ampunan atas dosa-dosanya dan kesalahannaya dan akan diberi pahala oleh Allah. Jika seorang hamba telah mengetahui bahawa semua hal yang telah disebutkan di atas adalah hikmah yang dapat dipetik dari adanya musibah, nescaya ia akan tenang, tenteram, tidak akan gelisah, dan tidak akan berputus asa tatkala mendapat musibah. ......sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang akan dicukupkan pahala mereka tanpa batas. (Az-Zumar : 10)

Selasa, 4 Mei 2010

Soalan Jibril Kepada Kerbau,Kelawar Dan Cacing

soalan Jibril Kepada Kerbau, Kelawar Dan Cacing

Pada suatu hari, Allah memerintahkan malaikat Jibril menemui seekor kerbau dan meminta dia bertanya satu soalan kepada kerbau itu. Malaikat Jibril segera pergi mematuhi perintah itu.

Pada waktu siang yang panas itu, si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril mendekatinya lalu bertanya, “Hai kerbau, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah sebagai seekor kerbau?”

Si kerbau menjawab, “Masya Allah! Alhamdulillah, Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau. Ini sangat berbeza jika aku dijadikan sebagai seekor kelawar yang mandi dengan air kencingnya sendiri.”

Mendengar jawapan itu, malaikat Jibril segera pergi menemui seekor kelawar yang pada ketika itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua.

Kemudian dia bertanya, “Hai kelawar, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah sebagai seekor kelawar?”

"Masya Allah! Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada dijadikanku seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, dan berjalan menggunakan perutnya,”jawab si kelawar.

Mendengar jawaban itu, malaikat Jibril segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Lalu Jibril bertanya kepada si cacing, “Wahai cacing yang kecil. Apakah kamu selesa dijadikan Allah sebagai seekor cacing?”

Si cacing menjawab, “Masya Allah, Alhamdulillah! Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing daripada dijadikanku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal, ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya.”

MasyaAllah..sama2lah kita memperbaiki diri atas segala kekurangan...