Islamic Widget

Khamis, 12 Mei 2011

~ Allah Jika dia takdirku ~


salam mahabbah...salam kasih syang semua.....maaf lama tak masukkan entry baru...ana tgh exam sekarang nie...doakan ana yer...nie pun ana curi mase stdy sikit..hehe....jom bace entry baru nie... (^_^)..

Orang kata pengalaman mendewasakan..ana kata pengalaman memang amat diperlukan,tapi tak semestinya mendewasakan.well,u know what i mean..
Setiap org perlu melalui kegagalan terlebih dahulu sblm merasai kejayaan..Setiap org mesti merasai kepahitan sebelum mendapat kemanisannya.Kerana itu wahai kawan2,jangan merintih atau menyesal atas 1 kegagalan mahupun kesakitan. mungkin sekejap shj kita akan menjadi terus fobia atau terus putus asa atas jodoh yg tak kesampaian.


Pertama skali apa yg harus dilakukan slps gagal bercinta ialah menyebut,’innalillahi wa innailaihi raajiuun‘.. redha di atas kegagalan ini dan terimalah memang anda sudah gagal bercinta.

Kedua, teruskan kehidupan seperti biasa. Jika anda rasa nak menangis,menangislah sepuasnya…Kalau tiba2 rasa nak gelak,gelak lah..Kalau rasa nak terjun bangunan,terjunlah!! huhu..ana bergurau jer...
Ketiga, berdoa dan yakin Allah mendengar rintihan kita. Berdoa dengan mengakui kejahilan kita dlm melayari kehidupan ini. Dan yakinlah hanya Allah yg mempunyai rencana yg terbaik buat kita.Ada ketentuanNya di hujung jalan sana. Cuma atas kejahilan kita ini,kurangnya ilmu, kita sering sahaja memasuki jalan yg salah sampai tak nampak apa yg telah ditentukan Allah buat kita.Kebahagiaan yg sedang menanti..Jangan terus menyerah pd takdir sehingga terdetik, "dah nasib aku macam ni nak buat mcmana?" –> ayat sebegini merujuk kepada meletak kesalahan pd Allah yg menetukan kehidupan kita tanpa merasai kebahagiaan. Tak bagus! ana tak setuju!

Kawan-kawanku yg masih mencari..di setiap perjalanan pasti ada perhentian..jgn rasa malu atau takut dgn melihat seorg demi seorg kawan2 kita yg telah berkahwin.Kenapa mesti dibanding2kan kehidupan kita dgn kehidupan org lain?? Kita adalah siapa diri kita. Org lain adalah entiti kehidupan yg berlainan. Sudah tersurat dan tersirat cara kehidupan yg berbeza tetapi pengakhiran kita adalah sama.

Jangan kecewa atau merendah diri apalagi berputus asa. Berusahalah..bukan berusaha mencari2 jodoh di tepi2 jalan atau di lelaman2 web yg penuh dgn fantasi kini..berusahalah di dunia realiti.Carilah ilmu..Kerana dengan ilmu sahaja yg akan menuntun kita ke jalan yg betul di mana di sana sudah ditentukan kebahagiaan yg abadi buat kita.

Allah amat Pengasih dan Penyayang terhadap semua termasuk diri kita. Diujinya kita berkali2 agar kita mendpt pengajaran dan akan lebih menghargai apa yg kita akan dapat di kemudian hari.Dan yg paling penting Allah itu seperti sangkaan hamba2nya..Berfikiran positif yg anda juga mempunyai hak merasai kebahagiaan di dunia ini seperti org lain. Ilmu yg ada skrg masih tidak mencukupi.
Bersabar..Carilah lagi..Jgn meninggi diri..(maksudnya,dikurniakan kerja dan gaji yg bagus dan selesa sehingga anda berasakan bahawa itu semua adalah hasil usaha anda sendiri bukan di atas pertolongan Allah,nauzubillah..).Mohon agar diberi seseorg yg lebih baik dr sbllmnya..Dan percayalah, Allah akan beri..
Jika sudah memiliki, berpeganglah dan berusahalah ke matlamat yg satu iaitu perkahwinan..Dalam mencari tak semestinya berani..Dalam mencari tak semestinya lengkap sempurna..Kerana apa yg ditentukan buat kita hanyalah manusia juga. Pasti ada yg lompongnya..Walaupun kita kenal siapa diri kita,seorg yg amat mementingkan kesempurnaan,percayalah itu semua karut!

Jodoh kita adalah seseorang yg tidak mungkin sempurna.Dia mungkin tak akan sama sperti siapa diri kita.Kerana dia diciptakan untuk MELENGKAPI kita. Jangan harapkan kesempurnaan kerana itu semua tidak akan berkekalan..Terima dan bertawakallah walaupun anda slalu ‘tak sebulu’ dgn dia, walaupun anda slalu lihat dia ‘amat selebet’..Walaupun anda merasakan bahawa dia ‘amat menyedihkan’ tapi di satu pandangan atau situasi yg berbeza dia adalah pelengkap anda dan penyelamat anda..Kerana di situlah ketentuannya..

Selamat Memperjuangkan diri anda dan kehidupan anda yg seterusnya! (^_^)...moga beroleh manfaat....

Tiada ulasan: