Islamic Widget

Khamis, 30 Jun 2011

Bertambah usiaku


Assalammualaikum....Saban tahun, ucapan yang diterima tidak lari daripada ayat tersebut.‘selamat hari lahir ..Semoga dipanjangkan umur..'



Apalah ertinya mempunyai umur yang panjang??

Seandainya umur tersebut tidak lain hanya menambahkan dosa dan mengurangkan pahala seorang hamba? Seandainya umur tersebut hanya membuatkan kita lalai dan alpa dengan keduniaan? Seandainya kita gagal memanfaatkannya dengan menambahkan amal ibadat untuk mencapai redha dan berkat pada usia tersebut?

Kalaulah umur yang panjang itu hanya membuatkan kita semakin jauh dari Allah swt, hanya membuatkan kita menambah saham dosa berbanding pahala, lantas pendek umur itulah yang terbaik!


‘Semoga dipanjangkan umur dengan keberkatan’..

'Panjang' bukan sekadar dipanjangkan, tetapi dipenuhi keberkatan dan disulami bersama ketaatan. Manifestasi rasa syukur seorang hamba di atas satu lagi nikmat TuhanNya yang besar.

Dipanjangkan usia tadi yakni dengan ditambah kualitinya. Usia masih sama, tetapi pengisiannya padat dengan amalan-amalan yang menjana pahala berganda. Sehingga dengan itu, seolah-olah umur tadi telah dipanjangkan.

Semalam berlalu ,kelmarin ditinggalkan dan esok menanti...Alhamdulillah diberi kesempatan untuk melangkah setapak lagi di atas pentas kehidupan dunia.Allah yang Maha Pemurah itu memberi kesempatan untuk hidup dan merasai begitu banyak nikmatNya di dunia ini.membuatkan monolog berlagu sendiri,adakah selama ini hidup itu untuk diri sendiri @ hidup itu untuk Allah dan Islam yang tercinta??..Allahhu akhbar...


Selasa, 28 Jun 2011

Usrah kita ^_^

Assalamu'alaikum..rindunya ana dengan usrah d U... mmm..dapat freshkan iman nie balik..bkongsi ilmu dgn sahabat2...indahnya..Sebelum ana menceburkan diri dalam dunia dakwah, ana tidak pernah kenal erti “Ukhwah”.


Bagi ana, persahabatan atau berkawan itu cuma perkara biasa dalam hidup… Sekadar sebagai teman di kala sunyi, tempat berkongsi masalah , suka dan duka. Tetapi, berbeza sekali apabila persahabatan itu mempunyai tujuan yang satu iaitu bersama-sama berjuang demi mencari redha Illahi dengan meletakkan ukhwah itu semata-mata kerana Allah Subhanahu Wa Ta’ala… ~ UKHWAHFILLAH…


Alhamdulillah usrah ertinya keluarga jadi pentingnya usrah dalam kehidupan umpama udara segar bagi kita menghirup untuk terus hidup di muka bumi ini. Usrah amat perlu dihadiri demi menjaga hati dan minda kita untuk terus aktif memahami ilmu Islam secara sistematik dan berdisiplin. InsyaAllah sesiapa yang ada usrah tidak akan mudah untuk dipengaruhi dan diganggu serta dicabuli
haknya sebagai seorang insan muslim/ muslimah mukmin / mukminah.




Saat ana menulis post ini, ana merindui ukhwah kita…merindui naqibahku syg..ukhty Husnidah & Ukhty Norazila..tidak dlupakan buat temanku yg sntiasa mengingatkanku pada Allah yg Esa.. Siti Zarina, Mardiana, Zalfatul Elmiza,Shalwanee, Atikah, Erfa,Qila, Ukhwahfillah abadan abada, biiznillah…. Ya! Tiada ungkapan perpisahan dalam ukhwah ini walaupun maut sebagai nokhtahnya. Kerana doa antara saudaranya menjadi penghubung antara kita…

Isnin, 20 Jun 2011

Himpunan Bersih "wujud pilih kasih"

WUJUD DOUBLE STANDARD DAN 'PILIH KASIH' DALAM PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA? RAKYAT MEMERHATI DAN RAKYAT JUA BAKAL MENGADILI DALAM PRU KELAK

Semoga rakyat Malaysia tidak terus 'buta' dan dibutakan serta berterusanberada dalam jurang keGOBLOKan! Kerajaan korup dan
mengamalkan undang-undang terpilih wajar ditumbang dan ditukar!!!

"Inilah Malaysia negaraku, inilah polis di negaraku,"

HIMPUNAN BERSIH Diugut Tangkap, LAWAN BERSIH Tak Mengapa?KUALA LUMPUR, 19 Jun: Sebenarnya tidak ada masalah perhimpunan atau perarakan yang dibuat oleh mana-mana pihak kerana ia adalah hak yang dibenarkan oleh perlembagaan. "Biarlah pihak yang membantah perhimpunan Bersih membuat bantahan," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Beliau mengulas laporan akhbar perdana hari ini mengenai beberapa perarakan membantah perhimpunan Bersih yang dianjurkan oleh 'baby Umno' Perkasa di Kota Bharu dan Alor Setar. Laporan itu menyebut di Kota Bharu dihadiri oleh 2,500 orang ketika membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu yang diketuai oleh Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Azmi Ali dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Tindakan yang sama dibuat oleh Presiden Kimma, Datuk Syed Ibrahim Kader di Kuala Lumpur. Di Alor Setar, kira-kira 500 ahli Perkasa Daerah Kota Setar berkumpul di kawasan dataran berhadapan Masjid Zahir, bagi menyatakan bantahan terhadap perhimpunan Bersih. Himpunan dibuat sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada pukul 10.30 pagi.

"Persoalannya kenapa himpunan aman Bersih pada 9 Julai ini, belum buat sudah diugut untuk ditangkap. Manakala perhimpunan menentang Bersih tidak diapa-apakan. Apakah di negara ini sudah ada dua undang-undang?" soal Idris.

Katanya, jika himpunan dibuat oleh pihak sokong Umno ia kebal daripada sebarang tindakan. Sebaliknya, kata beliau jika pihak Pakatan Rakyat, belum himpunan dibuat sudah hendak ditangkap, seperti kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar kepada penganjur Bersih.a
"Inilah Malaysia negaraku, inilah polis di negaraku," ujarnya. - Harakahdaily

Ahad, 19 Jun 2011

Doaku seiring penantian


Ya Rabbi....
aku berdoa utk seseorang insan yg akan menjadi sebhagian dari hidupku. seseorang yg sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu. seseorg insan yg akan meletakkanku pada tempat keempat di hatinya setelah Engkau, Rasul Mu dan Jihad di jalan Mu. Seseorg yg hidup bukan utk dirinya sendiri, tetapi utkMu.

Kejelitaan, ketampanan, dan daya tarikan fizikal tidaklah penting yg penting adalah sekeping hati yang sungguh mencintaiMu dan sentiasa bertaqarrub kepadaMu dan berusaha menjadikan sifat-sifatMu ternukil pada keindahan dirinya.dan dia haruslah mengetahui bagi siapa dan utk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.

seseorg yang memiliki hati yg bijak tidak hanya otak yg cerdas. seseorg yg tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormatiku. seseorang insan yg tidak hnya menyayangiku tetapi juga dapat menasihatiku ketika aku berbuat salah. seseorg yg mencintaiku bukan kerana paras rupaku tetapi kerana hatiku. seseorg insan yg dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan keadaan. seseorg yg dapat membuatkanku merasa sebagai seorang muslimah ketika aku di sisinya.

Rabbi....
aku tidak meminta yg sempurna namun aku meminta seseorang yg seadanya sehingga aku dapat lengkapkan kesempurnaanya di mataMu. seseorg yg mengimpikan sokonganku sebagai peneguhnya. seseorang insan yg mengharapkan doaku utk kehidupannya. seseorang yg menginginkan senyumanku utk mengatasi kesedihannya. seseorang yg memerlukan diriku utk membuat hidupnya menjadi sempurna.

Rabbi...
aku juga meminta, Buatlah aku menjadi seorang mujahidah yg dapat membuatnya bangga. berikan aku hati yg sungguh mencintaiMu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku. Berikanlah sifat yg lembut sehingga keyakinanku dtg dariMu. Berikan aku tangan yg berkah sehingga aku selalu mampu berdoa utknya. Berikanlah aku penglihatan yg tajam, sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya. Berikanlah aku lisan yg penuh dengan kata-kata bijaksana , agar aku mampu memberikan semangat serta mendukungnya setiap saat dan tersenyum padanya di setiap pagi.

dan..bilamana akhirnya kami akan bertemu aku berharap kami berdua dapat mengatakan " Betapa Maha Besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna"



aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat, dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yg telah Engkau tentukan. Tuhan layarkanku kearah cintaMu. Tuntuniku mengapai RedhaMu. Rimbunan kasihMu ku berteduh kepadaMu ya Tuhan. Berikan secebis keinsafan, bekalan sepanjang perjalanan , mencari ketenangan.....

Amin ya Rabbal 'Alamiiin.......


Jumaat, 17 Jun 2011

Iman 20 sen

Assalammualaikum dan salam mahabbah...selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad .S.A.W.. para sahabat dan tabiin..Alhamdulillah atas nikmat iman dan islam yg Allah kurniakan..syukran lillah ya Allah...nie ana nak bawakkan satu kisah yang ana dapat daripada pembacaan semasa layari internet nie...kisah yg boleh mnjadi tauladan utk kita yg bergelar muslim..insyaAllah...

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabatku... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas?

Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam...

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

p/s : "DUNIA sebagai ALAT, AKHIRAT sebagai MATLAMAT"

Semoga Bermanfaat!



Khamis, 16 Jun 2011

Dah tunaikan???

Assalammualaikum..salam mahabbah semua....Alhamdulillah...ana kmbali sekali lagi menulis...nak tulis sikit ttg janji yang telah kita ucapkan di hadapan ALLAH... dah kita tunaikan tak???...jom bace nie...

Solat adalah kewajiban kita sebagai hamba kepada Allah. Ia juga satu cara untuk melaporkan apa-apa yang kita kerjakan antara dua solat dan kemudian memohon keampunan sekiranya melakukan kesalahan, serta berjanji tidak akan mengulangi lagi kesalahan2 itu, dan minta pertolongan ALLAH agar kita berjaya dalam bekerja untuk ALLAH.
“Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan demikian itu yang diperintahkan…”. (Q.S. Al-An’am:162-163).



Itulah makna solat sesungguhnya yang kita lafazkan berserta janji-janji untuk setia pada yang maha Esa. Dengan itu, barulah solat itu akan memperlihatkan kesan yang positif dalam kehidupan sehari-hari. Maka dengan izin-Nya kita akan terhindar dari perbutan keji dan mungkar.


*p/s : Tadi sewaktu ana keluar utk selesaikan urusan sikit, pastu ana dah terlewat untuk solat asar, sbb x perasan jam dah hampir kul 5...mase on the way ke masjid tadi ada masalah sikit.. Selesai ambil wuduk, ana tengok ada seorang makcik yang baru nak mula solat. Ana tepuk bahunya dengan niat supaya dia menjadi imam namun dia pandang ana sambil cakap "Saya hendak cepat ni. Saya solat sorang je lah.." sambil tangannya memegang henset. Sedihnya hati ana terasa, terngiang2 kata2 dia sebentar tadi. Selepas bersolat, ana termenung sejenak sambil berfikir, bukankah masa kita adalah untuk Allah.. Solat berjemaah memberikan pahala 27 kali ganda dari solat berseorangan... Ana berdoa semoga ana tidak akan dilalaikan oleh duniawi sehingga lupa akan alam yang menanti selepas ini...Astaghfirullah hal adzim...

Isnin, 13 Jun 2011

Barakallah.. (^_^)

Assalammualaikum..salam mahabbah..salam kasih sayang semua...sahabat2 ana baru saje balik dari majlis pernikahan sepupu ana..huhu..ramai sangat orang nikah musim2 cuti nie...waa makan nasi minyak jolah kojonyer..hehe

Oh dah lama tak update blog ni. Hari ni rasa macam nak update balik. .Dan juga bersempena dengan musim orang2 kahwin, ana nak tulis tazkirah tentang kahwin. Tapi tazkirah ni tak ditujukan khas kepada orang yang nak kahwin tapi kepada orang2 yang tak kahwin dan jealous dengan kawan2 dia yang dah kahwin.hehe..

Kepada kawan2 kepada orang yang nak kahwin, anda semua kita semua (termasuk ana) dilarang untuk mengucapkan perkataan jahiliyah kepada kawan kita yang kahwin tu. Perkataan jahiliyah macam mana? Macam yang diterangkan oleh hadis ni.


Dari al-Hasan: Bahawasanya ‘Aqil bin Abi Thalib menikah dengan seorang wanita dari kabilah Jusysyam. Kemudian datanglah para tamu. Mereka mengucapkan, “Birrafa’ wal banin (Semoga bahagia dan banyak anak).” Dia menjawab: “Janganlah kalian melakukannya, sebab Rasullullah SAW melarangnya.” Mereka bertanya: ” Lalu apa yang harus kami ucapkan wahai Abu Zaid” Dia menjawab: “Ucapkanlah “Barakallahu lakum wa baraka ‘alaikum (semoga Allah melimpahkan keberkahan dan semoga Allah melimpahkan keberkahan atas apa yang kalian lakukan).” Begitulah kami diperintahkan”


-Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, Abdurrazaq, an-Nasaq, Ibnu Majah, ad-Darimi, Ibnu Abi Ashim, Abu bakar asy-Syafi’i, Abu Bakar an-Nursi, Ibnus Sunni, Ibnul Arabi, al-Baihaqi, Ahmad, dan Ibnu Asakir.-


Jadi kita jangan sebut yang macam orang2 selalu sebut tu. Cepat dapat anak la, dapat anak banyak2 la, bahagia ke anak cucu la, dan lain2. Tapi sebut la Barakallahu lakum wa baraka ‘alaikum. Oke?


Ah lagi satu, kepada pengantin tu Tak payah la pulak pasang lagu selamat pengantin baru yang cerita Madu Tiga tu time kenduri. Instead, pasang selawat ke.. lagu Maher Zain Barakallah.barulah berkat majlis tu..insyaAllah..n x payah lah jugak bersanding..sbb itu budaya agama Hindu...moga dijauhkanlah.. :-)..



p/s2- Selamat pengantin baru kepada my lovely cousin Askia & suaminya Abd.rahim. Barakallahu laka wa barakallahu ‘alaika wa jama’a bainakuma fii khair (Semoga Allah memberikan keberkahan kepadamu, semoga Allah memberikan keberkahan pada apa yang engkau lakukan, dan semoga Allah mempersatukan kalian berdua dalam kebaikan)

p/s3- jealous mode: on.. hehe (^_^)...

Jumaat, 3 Jun 2011

...DOKTOR....antara kerja dan amanah....


Assalammualaikum sahabat2 semua..untuk entry kali nie ana copy daripada seorang sahabat..iaitu artikel yg dcoretkan oleh:Hilal Asyraf~http://ms.langitilahi.com/...ana rasa sgt2 menarik ttg isu yg ingin dsampaikan..harap dapat kita jdikan ikhtibar..insyaAllah..smg beroleh manfaat... (^_^)


Semalam saya dijemput memberikan sedikit sembang-sembang bersama dengan pelajar-pelajar Perubatan USIM yang datang melawat sambil belajar di Jordan ini. Mereka adalah pelajar-pelajar tahun 3 bagi tahun pengajian 2009/2010.
Sedikit segan pada awalnya, memandangkan saya berbicara dengan pelajar-pelajar PerubatanUSIM, tahun 3 pula tu, semestinya saya merasa rendah diri. Pelajar perubatan biasanya dipandang lebih tinggi dari pelajar agama di mata masyarakat.
Dan hari ini suka saya kongsikan sesuatu yang saya lihat sebagai ‘besar’ dalam medan seorang doktor.
Ketahuilah, doktor yang menghubungkan dirinya dengan Allah SWT, mempunyai medan yang sangat luas dalam berbakti kepada Islam itu sendiri.
Doktor, Tidak perlu mencari pesakit
Doktor sentiasa menjadi tempat rujukan. Sangatlah jarang perlu ada doktor yang melaung: “Siapa sakit, mari datang hospital saya”
Tetapi kebanyakan doktor, didatangi pesakit tanpa perlu dia memanggilnya. Saban hari, ada sahaja orang berjumpa dengan doktor. Tidak terkira banyaknya kalau mahu dihitung.
Inilah dia medan seorang doktor. Berkomunikasi dengan manusia, dan tidak perlu bersusah payah mencari mereka. Doktor didatangi, dijadikan tempat rujukan untuk perubatan, tempat meminta nasihat untuk kesihatan dalam kehidupan dan sebagainya.
Tidakkah anda melihat, betapa doktor adalah seorang yang mempunyai peluang yang banyak?
Tetapi doktor manakah yang menggunakan peluang ini untuk menyebarkan Islam?


Doktor, penyambung harapan kepada Allah
Saya ada satu kisah. Kisah benar seorang sahabat saya. Dia pada awalnya adalah seorang yang tidak matang. Sudah tingkatan lima tetapi perangai masih hingusan seperti kanak-kanak.
Satu hari, Allah SWT menguji sahabat saya ini dengan satu penyakit kronik yang boleh membawanya kepada kematian. Sampai satu tahap, dia ditahan di wad. Tetapi kemudian, Allah SWT menyusun dia sihat semula, dan kembali belajar seperti biasa. Tetapi ada sesuatu yang aneh telah berlaku kepadanya.
Dia menjadi sangat soleh, kemas, matang, dan kata-katanya juga menjadi lembut. Kelihatan selepas itu dia menjadi hamba Allah yang taat, dan ramai orang mula menghormatinya. Hatta saya sendiri terkejut dengan perubahannya.
Saya bertanya: “Apa dah jadi dengan enta?” Dan dia bercerita:
Rupanya, ketika dia di tahap yang kritikal dan dikatakan tidak mempunyai harapan lagi, dia sudah berputus asa. Dia kecewa dengan nasibnya. Dia ketika itu sudah tidak berharap lagi apa-apa. Yang dia nampak pada kehidupannya hanyalah kehancuran, kehancuran, kehancuran. Dia menangis banyak dalam putus asanya, bertanya dan bertanya kenapa nasibnya sedemikian rupa.
Ketika itulah, datang seorang doktor, dan menasihatinya: “Semua susunan Allah ada hikmahnya. Allah yang beri penyakit ni. Sembuhnya juga ada pada Allah. Jadi, apa kata masa yang ada ini kamu merapatkan diri kepada-Nya? Biar kalau kamu pergi, pergi dalam keadaan bersih bertemu dengan-Nya”
Dan sahabat saya bercerita: “Ketika itu, ana macam tersedar. Lepas tu ana mula pergi surau di hospital. Ana habiskan banyak masa malam ana berdoa dan bermohon kepada Allah. Bertaubat dan memohon ampun kepada-Nya. Ana betul-betul harap, kalau ana mati pun, biar ana mati dalam keadaan bersih”
Tapi Allah menyembuhkannya. Dan dia berubah menjadi seorang yang lain.
Penangan nasihat seorang doktor yang faham akan pergantungan kepada Allah SWT.
Tidakkah anda memerhatikan?
Perhatikan apa yang doktor itu telah lakukan?
Dan sahabat saya itu, sehingga hari ini berkata: “Ana ni, hutang dengan doktor tu jasa yang besar”
Ya. Jasa merapatkannya dengan Allah SWT. Saat harapan-harapan lain telah terputus, saat-saat kata manis dari keluarga, sahabat handai tak mampu menyembuh, pergantungan kepada Allah Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya itulah juga yang utuh dan tetap teguh.
Tidakkah kita memerhatikan?


Maka menjadi tanggungjawab seorang doktor mempersiapkan dirinya
Maka adalah satu amanah, seorang doktor muslim lagi mu’min, mempersiapkan dirinya dengan syakhsiah serta hubungan kepada Allah SWT. Tidak mengetahui ilmu usuluddin pada tahap yang tertinggi, atau ilmu fiqh pada tahap yang tertinggi tidak mengapa. Asal tahu perkara asas untuk terus hidup sebagai orang mu’min sudah mencukupi.
Tetapi tidak dapat tidak, seorang doktor perlulah mempunyai akhlak, peribadi yang cantik, serta hubungan dengan Allah SWT yang bersih. Untuk apa? Untuk mengajak pesakit-pesakit yang berjumpa dengannya, yang berada di sekelilingnya, kembali kepada Allah SWT.
Doktor, medan mereka sangat luas. Orang datang kepada mereka tanpa mereka perlu mencari.
Maka kenapa para doktor tidak melihat ini sebagai peluang mereka beramal?


Penutup: Menjadi doktor itu sendiri satu ibadah
Sesiapa yang memagari ‘ibadah’ itu di pagar masjid sahaja, maka dia telah menyempitkan keluasan Islam itu sendiri.
Menjadi doktor itu sendiri satu ibadah, sekiranya diiringi ikhlas dan tidak melanggar batasan syara’. Ditambah pula dengan menyambung harapan mereka yang telah berputus asa kepada Allah SWT. Ditambah dengan menunjukkan syakhsiah yang baik, akhlak yang terpuji dan sentiasa mengembalikan pesakit kepada Allah SWT, ternyata ia satu kerjaya yang sangat cantik dalam medan dakwah kepada Allah SWT.
Sungguh, sahabat saya tadi juga berkata: “Ana kalau tahu doktor boleh buat macam tu, ana ambil kelas sains dari dulu lagi”
Sesungguhnya, segala apa kerja pun, sekiranya kita isi dengan keikhlasan dan ianya tidak terkeluar daripada syara’ yang Allah tetapkan, maka ianya adalah satu ibadah.
Maka kenapa kita tidak jadikan kerjaya-kerjaya kita satu wasilah, jalan, untuk membawa seramai boleh manusia untuk kembali kepada Allah SWT?
Jika tidak boleh dengan bercakap panjang pun, dengan kata-kata pendek sudah mencukupi. Dan semestinya kata-kata itu akan menjadi sangat berkesan sekiranya diiringi dengan akhlak dan syakhsiah yang cantik.

p/s: utk pgtahuan semua impian ana nk jadi seorg medical social worker...jd doakan ana smg dapat mengejar impian n cita2 tu suatu hari nnti..insyaAllah.. (^_^)