Islamic Widget

Rabu, 9 Mei 2012

mari meraih Cinta Allah :)

Assalammualaikum..salam mahabbah..salam kasih sayang buat semua pembaca dalam diam yg sentiasa mengikuti perkembngan..maaf sekali lagi ana pohon atas ketidak konsistennyeer ana menulis blog ni...bukan kerana apa..dibizikan dengan perkara2 lain..kerana ada tgungjawab yg perlu diutamakan... mohon kemaafan.. harap sudi utk terus membaca dan mengambil manfaat darinya :).... ramai org sibuk nk cari cinta manusia (ana jugak).. tp cinta Allah dah kita raih sepenuhnya belum..jom2..kita cuba langkah nie :)








 
marilah sama2 kita dekatkan diri kita dengan pencipta yg Esa.. yg selalu memberi dan xpernah meminta...Cinta Allah cinta sejati,,cinta Suci yg Kekal Abadi (^_^)

Ahad, 1 April 2012

Kerapkan diri mengingati mati

GAMBARAN WAJAH MALAIKAT MAUT UNTUK PENGGEMAR MAKSIAT

Nabi Allah Ibrahim a.s. pernah mminta malaikat maut mnunjukkan wajahnya ketika saat mencabut nyawa seorang pemaksiat. awalnya malaikat maut mnolak kerana khuatir nabi Allah Ibrahim a.s. tidak sanggup untuk melihat namun nabi Allah Ibrahim a.s. menegaskan bahawa dia sanggup.

lalu malaikat maut menampakkan jelmaannya.. ia hadir sebagai makhluk yg brkulit hitam legam, berambut lurus tegak, berbau busuk dan mengenakan pakaian serba hitam. dari mulut dan hidungnya keluar jilatan api.

melihat pemandangan itu nabi Allah Ibrahim a.s. jatuh pengsan. setelah ia sedar semula dan malaikat maut kembali kepada bentuk yg asal.. nabi Allah Ibrahim a.s. berkata:

"wahai malaikat maut, bila seseorang yg menderhaka melihat wajahmu pada saat kematiaannya, nscaya itu sudah cukup menjadi hukumannya."

- itu baru melihat malaikat maut, belum lagi saat nyawamu direntap bagaikan satu persatu dari urat saraf, jiwamu dan sehinggakan tidak berkecuali setiap dari tubuhmu akan merasai kesakitan yg tidak terhingga hingga tidak mampu engkau bertenanga untuk menjerit kesakitan.. nah, sama2 kita fikirkan. kerapkan mengingati mati kerana ia sesuatu yg pasti ,Bahagia itu satu pilihan. :)

Isnin, 19 Mac 2012

kerana aku HAWA

Jujur, aku tidak sepenuhnya mengerti.

Hawa itu kadang keliru. Mahu terus membisu, bimbang disalahtafsir. Mahu berlaku jujur, terpalit segan. Mahu menutur kata, bimbang hati dicemari.

Hawa itu kadang cemburu. Melihat yang lain mendapat itu ini tika dirinya diketerbatasan mampu.

Hawa itu kadang buntu. Mahu diceritakan, dia juga tidak tahu apa puncanya.

Itu kisah Hawa. Mungkin kisah itu tidak bisa menyentuh hati seorang Adam, tapi jika dia Hawa, jiwanya pasti meruntun sayu mendengarnya.

Aneh bukan? Ya, kerna Hawa itu sifatnya aneh.

Lalu, harus bagaimakah?

Pasti, aku juga tidak punya jawapan untuk itu.

Hawa. Hatinya sangat rapuh. Jiwanya sangat sensitif. Matanya mudah saja berkaca. Kata mereka itu tanda lemah. Tapi aku bilang itu fitrah.

Bukan mereka mahu mengundang simpati, tapi cukup untuk meluahkan rasa di hati. Jangan sesekali terjemahkan itu sebagai kekalahan. Tidak sama sekali! Itulah sebenarnya punca kekuatan dalam ketahanan mereka.

Adam, aku khabarkan bukan untuk minta engkau mengerti, kerana aku; Hawa, juga tidak pernah mengerti.

Cukuplah agar engkau tahu. Moga engkau tidak mudah mengusik hatinya. Hati yang punya sarat perasaan. Perasaan yang kadang menjerat dirinya dalam silap menterjemah erti di sebalik kata seorang Adam, dalam silap mentafsir maksud di sebalik tingkah seorang Adam.

Berhentilah. Supaya mereka tidak kepenatan berjuang seorangan jika engkau turut sama berjuang.

Harungilah sujudmu ketepian Redha-Nya. Kirimkanlah untaian kata indah lewat doamu. Moga Hawa itu terus kuat!

Aku pernah jadi perempuan.
Aku pernah jadi gadis.
Aku pernah jadi wanita.
Kini, biar aku jadi muslimah.

(^_^)

Khamis, 15 Mac 2012

Tarbiyah is in the air


Assalammualaikum...salam mahbbbah.. salam kerinduan buat semua.. selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kekasih yg amat kurindui..maaf buat teman2.. sekali lagi ana mohon maaf sebab lama membiarkan blog nie tnpa pengisiannya... sedang mentarbiyah hati nie.. moga Allah berikan ketenangan.. :) "tak semua yang kita inginkan kita akan dapat..." benar kn...



jom2..teruskan membaca....Takdir terbahagi kepada 2 iaitu
  1. Allah tetapkan dengan kehendakNya (rezeki, ajal)
  2. Allah tetapkan dengan ilmuNya yang Maha Luas (amalan, akhir hidup)

Segala rezeki yang kita dapat kat dunia ini Allah tentukan dengan kehendaknya, termasuk kita dapat penajaan ke oversea, kita makan apa hari ni, kita kahwin dengan siapa nanti, semua itu telah ditetapkan dengan kehendakNya.

Tetapi, ada dua perkara yang Allah tetapkan bukan dengan kehendakNya iaitu amalan kita di dunia, dan pengakhiran hidup kita sama ada syurga atau neraka. Contohnya, jika kita tak study untuk exam, itu bukan Allah dah tetapkan, tetapi sebaliknya pilihan kita. Allah cuma menulisnya dengan ilmuNya yang Maha Luas bahawa ‘si polan ini tak study untuk exam‘ kerana Dia tahu kita akan berbuat demikian. Maka, jika kita berbuat dosa, itu bukannya kehendak Allah, tetapi atas pilihan kita sendiri dan akhir hidup kita (syurga/ neraka) juga berdasarkan pilihan kita juga bukan?

Tetapi, Dia tidak pernah zalim.

“Maka, Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan kataqwaan, sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.”

(as-syams 91:8~10)

Sesungguhnya, Dia akan mengilhamkan kepada kita jalan kejahatan dan juga jalan ketaqwaan, tetapi kita yang memilihnya.

Jadi, apa kaitan takdir dengan tarbiyah?

Semua tarbiyah yang datang pada kita itu adalah ditentukan oleh Allah, kerana Dia tidak akan menghukum seorang yang tidak pernah tahu melainkan telah diberitahu. Samalah juga dengan kaum terdahulu, mereka telah didatangkan nabi/rasul untuk memimpin mereka, mengajak kepada kebaikan, tetapi ada di antara meraka yang beriman dan ada juga yang memilih untuk menolak kebenaran. Maka, setelah didakwah habis-habisan oleh utusan Allah, mereka masih menolak, natijahnya adalah azab dari langit!

Ketahuilah bahawa, ‘tarbiyah is in the air’, bagi mereka yang sedang mencari atau masih mencari teruskan berdoa, supaya Allah menunjukkannya pada kita, dan supaya hati kita dicondongkan ke arah jalan ke syurga.

Mereka yang sedang melakukan amalan ahli syurga yang banyak, jangan pernah merasa cukup dan jangan pernah merasa yakin akan dapat ke syurga sebaliknya teruskan beramal keranaNya.

Mereka yang sedang melakukan dosa, jangan putus asa dengan rahmat Allah, carilah hidayah Allah itu, cari sampai mati, kerana Dia tidak pernah zalim.

Tarbiyah is in the air, terpulang kepada kita, untuk memeluknya erat, atau membiarkan ia berlalu pergi begitu sahaja. :)

Rabu, 22 Februari 2012

permulaan dan pengakhiran


Bismillah...Assalammualaikum...salam mahabbah..salam kasih sayang buat semua...selawat dan salam buat junjungan mulia..insan terpilih..Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan para sahabat Baginda...ya Allah syukur atas segala nikmat pemberiaanMu yg tidak terhingga meskipun hamba selalu alpa namun Engkau tetap memberikan yg sebaiknya buat hamba-hambaMu ini...

terasa lama sangat dah tak menulis..rasa rindu nak mencoret sesuatu bingkisan buat semua walaupun hakikatnya dalam kotak fikiran masih ternanti2kn isi yg sebaiknya dicoretkan dekat sini...huhuhu..ya Allah berikan ku ilham....

wink3... tetiba ilham muncul...Alhamdulillah moga sedikit perkongsian bermanfaat buat semua...merujuk tajuk kat atas tu...cewahhh..ayat skema ana muncul disitu..hehehe...xdelah sbnarnya ana nak kongsiakan tentang azam...tapi tajuk kat atas tu knp plak permulaan n pengakhiran ek??? nak tau knp??...okeyy2..sat..teruskn membaca..........

sbbnya kn sekarang nie permulaan sem..dan sekaligus merangkap sem terakhir ana kat u nie...huhuhu..tetibe terasa sedih...mmglah best bila nk habis tapi sedih sbb nnti nak tinggalkan kawan2...mmg still dapat cntac tapi tetap tak sama rasenya....time belajar nielah kita dapat buat itu n ini sesama tp bila dah hbis nnti cmfm buat hal masing2.... :(

tapi itulah perjalanan..sunatullah yg bermula pasti berakhir......okeyyy kembali kepada tujuan asal.... :).. emm sambung tadi ttg azam..biaselah awal2 sem nie mesti masing2 tetapkan azam kn...nak belajar sungguh2..nak dapatkan keputusan yg baik utk exam...nak tingkatkan pointer..byk lagi la kn??...samalah macam ana..ana pun ada tetapkan azam..@ matlamat..

kebetulan..sekarang nie ana tgh menelaah buku "fanzuru" karya Hilal Asyraf..ana sangat suka buku2 dia.. best2..penulisan yg bersahaja n menusuk dalam jiwa...sambil2 menyelak tu adlah ana terbaca ttg angan-angan...humm sape kat sini suka berangan.??? angkat tangan.. saya la tu ..hihihi....sebenarnya x salah kita berangan..kerana dengan angan-angan akan muncul cita-cita, dari cita-cita muncul perancangan, dari perncangan akan hadirnya usaha dan dari usaha barulah adanya natijah..hah..nampak jelas kn....

orang akan memandang angan2 tu sbg satu yg buruk apabila angan 2 tu sesuatu yg nampak seperti tak releven...tapi kalau releven dan anda rasa anda mampu melakukannya.so ape tunggu lagi..bergeraklah kn... "yg bulat takkn datang begolek n yg pipih pulak xkn datang melayang..." jadi kalau kita nak kn sesutu itu menjadi kenyataan kenalah berusaha semampu yg mungkin..n cuba dengan kudrat kita yg Allah pinjamkn nie.. terus n terus mencuba.. insyaAllah...humm rasenya xda apae lagi yg ana nk tuliskan..semoga dengan perkongsian yg sedikit nie dapat menyuntik semangat kita semua utk terus berusaha mencuba sebaik mungkin... :)

belum cuba..belum tau.. "Allah akan tetap membantu kita walaupun orang lain menyisih"




"berdoalah kamu kepada-Ku nescaya akan Aku perkenankan "
(Al- Ghafir 40: 60)

Selasa, 7 Februari 2012

kalau bukan..tetap bukan...


Bismillah...Assalammualaikum.... sedikit perkongsian didalam pengembaraan ilmu...
Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa..kecewa sekali sesuatu yg luput dari genggaman,keinginan yg tidak tercapai dan kenyataan yg tidak sesuai dengan harapan..

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa kita,masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran..masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yg akan memberikan ketenteraman jiwa..

Hidup ini ibarat belantara..tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian.. dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak ,mempunyai keinginan..tetapi bukan semua yg kita inginkan itu dapat dicapai..sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yg bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi..banyak orang yg tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya,harus bahagia atau harus-harus yg lain..

Betapa banyak orang yg berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah s.w.t sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya..begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul..padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yg memang bukan hak kita..padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yg memang bukan hak kita..

Apa yg memang menjadi milik kita di dunia,samada rezeki,jawatan atau kedudukan,pasti Allah akan berikan..tetapi apa yg memang bukan milik kita,kita tidak akan mampu miliki,walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya..

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya..Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah..(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu,dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu..Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri."
{Surah Al-Hadid Ayat: 22-23}


Maka sudahlah,jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!
Wallahu a'lam~
InsyaAllah...

Khamis, 2 Februari 2012

Sejarah akan berulang??

Bismillah..Assalammualaikum...salam mahabbah..salam kasih sayang buat teman2 maya @pun pengikut setia blog ana.. moga Allah rahmati kehidupan kita semua.. selawat dan salam buat junjungan besar yg amat2 ana rindui Muhammad bin Abdullah...ahli keluarga dan sahabat Baginda...Subahanallah, Alhamdulillah, Allahhu Akhbar... masih dihidupakan dengan iman dan islam..nikmat yang amat besar yang akan membawa seseorang hamba menemui CintaNya
yg sebenar2...

Allah..ana sebenarnya tak tahu nak coretkan ape.. (^_^)..tp sekadar mengikut gerakan jari-jemari di keybord sambil menunggu fikiran membuahkan idea utk ana menulis..moga2 terlintas idea yg bermanfaat yg boleh dikongsikan buat semua..hehehe ... boleh lak camtu ek... utk pgtahuan sahabt2 semua..bagi setiap post yg ana update ana akan tulis tajuknya last sekali bila ana habis je menulis...bg tajuk best2..biaselah org biasanyaa akan baca bila tgk tajuknya menarikkan..itulah cara nk pikat pembaca yg perlu diutamakan bg seorg penulis..betul x?? walaupun ana bukanlah penulis yg hebat.. tp ana tahulah jugak serba sedikit berkaitan penulisan yg baik..

humm duk2 menulis nie..ana nk kongsikanlah sikit..sebelum tu ana nak tnyalah dulu..bila sebut ttg sejarah kn apa yg terlintas di benak fikiran sahabat2 semua??/..hehe..mesti jawapnnyer bosan...mengantuk..citer lama...mesti ramai yg x suka subjek sejarah kn?? hehe ana la 2... (^_^).. tapi mase fm4 la..masuk fm 6 terus suka tau... :).. okey sebenarnya bukan nk citer ttg subjek ssejarah..tapi berkaitan sejarah...


hahh...selama nie kite sedar tak..sebenarnyakn SEJARAH la yg akan tentukan mase depan kita...kenapa ana ckp cmtu..nk tau???..mehh sambung baca lagi..sebabnya sejarah merupan satu kehidupan yg sangat pnjang dan akan berulang-ulang kn..ana suka memrhatikan gelagat masyarakat mase kini...tak payah tgk jauh la..kita tgk je fesyen2 anak muda sekarang..nampak tak?? seolah2 nk kembali ke zaman dulu kan.. pakai baju kurung kain cotton ( agak jarang la bila dipakai tu)..bukan ke i2 fesyen zaman nenek moyang kita dulu.. tapi cuma sekarang berbezanya dari segi kemodenannya je.. tapi asasnya ttp sama...bukan tu je..sekarang tgk lelaki bercinta n berkahwin dgn sesama jenis..ish2..bukan ke i2 sama kisahnya dgn kaum Nabi Luth yg pernah berlaku sebelum masihi lagi... Astaghfirullah... kalau nk dibongkarkan banyak lagi.... sangat sedihh....


sejarah...?? entahlah knp agaknya sejak akhir2 nie hati kecil ana sering je bertnya.. " knp?? apa yg akan terjadi "...sejarah akan berulang ker??? persoalan yg kita sendiri perlu mencari jawapannyer...tak mustahil suatu mase nanti kita kan jadi sebahagian daripada sejarah itu sendiri...




bercakap ttg sejarah nie akan timbulkan kebimbangan dalam diri ana.. tapi dalam masa yg same .. semngat utk memperjuangkan Islam jugak kmbali berkobar...walaupun bukanlah seperti Mujahidah yg hebat namun akan ana cuba membantu sekadar kemampuan..InsyaAllah...tapi untuk kuatkan semangat tu bukan perkara yg mudah kita kenalah selalu muhasabah diri... janganlah kita sekadar menjadi penonton tnpa menyumbangkan apa2 utk islam.. sama2 koreksi diri..

Ayuh sahabat2..Islam sekarang sedang ditindas..xde mase utk bersenang- lenang.. !!!

"dan demi sesungguhnya! Kami (telah binasakan bandar itu dan telah) tinggalkan bekas-bekasnya sebgai satu tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang-orang yang mahu memahaminya "

oklah semua ana mintak diri dulu..jumpa lagi d penulisan yg akan datang..kutip apa yg baik sahaja yer.. (^_^)..moga bermanfaat..Assalammualaikum...